Monday, 1 August 2022

Booster Kedua and Cafe 7 Eleven

Assalamualaikum..salam tahun baru hijrah..salam hari Isnin..

Tahun baru hijrah kita sambut di pejabat. Pukul 9 malam, gerak balik ke rumah, singgah di pasar malam. Pasar malam di sini pada hari Jumaat. Baru beroperasi semula di pertengahan bulan Jun.. suasana dah tak macam dulu..banyak yang lompong sebab dah tak ramai peniaga..

Di antara makanan wajib beli di pasar malam..Yong Tau Fu...

Feveret nih

Sebelum PKP dulu, ada 3 orang yang berniaga YTF, sekarang tinggal satu ni je. Sampai sini dah pukul 9.30, peniaga pun dah nak berkemas, hajat hati nak beli pecal, pecal dah habis...huhu..

tinggal mee goreng je
 
dinner - YTF
 
---------------------------------------------------
 
Hari Sabtu - 30 Julai 2022
 
Ada appointment untuk cucuk booster kedua di klinik dekat Sentul Boulevard
 

Alhamdulillah, untuk booster kedua, boleh pilih nak vaksin jenis apa. So kita pilih sama dengan yang pertama iaitu vaksin Comirnaty (Pfizer). Klinik pun KKM bagi yang dekat rumah, boleh pilih klinik juga.
 
Dah selesai, nak pi check out 7 Eleven di sini. Baru buka selepas renovation, ada tambahan Cafe..jom tengok apa yang menarik 7-E yang ada cafe ni..
 

Banyak juga barang-barang baru di 7-E ni, yang tak pernah nampak dijual di outlet lain..Ada produk Boots..exclusive di 7-Eleven. Boots ni macam Guardian..jual produk kesihatan, kecantikan...


di sini cuma jual skincare jenama Boots


Menarik juga 7-Eleven berwajah baru ni, ralit tengok barang-barang..
 
susu dari Hokkaido
 
protein smoothie dari Starbucks
 
biskut HobNob coklat..suka-suka..

vegan coklat dari Belanda
 
pelbagai perisa kekacang..perisa kari..
 
Nama pun ada cafe, so macam-macam makanan dan minuman ada dijual
 
Ada ais krim, pau, siew mai, croffle, pulut ayam pun ada
croffle ni marshmallow bubuh mcm2 topping, belum dicuba
 
pelbagai jenis minuman
 
Menarik outlet 7-eleven ni, bolehlah singgah kalau ada di Sentul Boulevard

tajuk tahun baru hijrah, citer 7-eleven...hentam sajalah labu..hehe..

Good day to you all

Saturday, 30 July 2022

Salam Ma'al Hijrah 1444H

 Hijrah itu permulaan, Hijrah itu persaudaraan

Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1444H 

Salam Awal Muharram

Tahun baru, azam baru

Semoga hari-hari yang mendatang ini lebih baik dari hari-hari sebelumnya

Thursday, 28 July 2022

'Stranger Things' di Chinatown KL

Kisah ronda-ronda di kawasan Chinatown KL, cari bidai buluh bercorak dalam entri Di KL pun ada juga. Kawasan rondaan merangkumi Jalan Panggong, Lorong Panggong, Jalan Balai Polis dan Jalan Petaling.

Semasa di Lorong Panggong, dekat kawasan Kwai Chai Hong, ternampak mural ni...diilhamkan dari drama Netflix 'Stranger Things'..

dilukis oleh artis Amir Andhar dari Melaka
kalau waktu malam, cantikk..bila lampu-lampu dinyalakan

Teman tak tengok citer 'Stranger Things' tu..blogger Nur (blog Kait dan Lari) ada buat entry tentang drama ni, katanya best..sekarang ni dah Season 4..genre misteri, seram, super-natural..

Dah terlanjur citer di kawasan Chinatown, meh lah tengok bangunan-bangunan antik lagi menarik di kawasan ni..kedai 3 sederet..teman suka gaya vintage dan klasik...

cafe Luckin' Kopi
beratur pelanggan nak masuk cafe ni

Kaffe16

Kedai coklat Beryls
 
 kaki lima
 
daun pintu yang klasik
 
bahagian belakang kedai Beryls
 
port gantung padlock 
 
Malaya Garden - kafe menarik untuk dicuba..
 
tengok dari luar macam dipenuhi rimbunan hijau
budak pompuan 2 orang tu tengah menunggu giliran 
untuk masuk dalam cafe ni
 
Bila lalu di sini, ternampak cafe Mary Jane, satu lagi cafe hipster yang menarik di Chinatown..
 
Entry lain di Chinatown:
Suasana Lorong Panggung di tahun 2014 : Jejak Warisan KL - Chinatown