Monday 1 August 2022

Booster Kedua and Cafe 7 Eleven

Assalamualaikum..salam tahun baru hijrah..salam hari Isnin..

Tahun baru hijrah kita sambut di pejabat. Pukul 9 malam, gerak balik ke rumah, singgah di pasar malam. Pasar malam di sini pada hari Jumaat. Baru beroperasi semula di pertengahan bulan Jun.. suasana dah tak macam dulu..banyak yang lompong sebab dah tak ramai peniaga..

Di antara makanan wajib beli di pasar malam..Yong Tau Fu...

Feveret nih

Sebelum PKP dulu, ada 3 orang yang berniaga YTF, sekarang tinggal satu ni je. Sampai sini dah pukul 9.30, peniaga pun dah nak berkemas, hajat hati nak beli pecal, pecal dah habis...huhu..

tinggal mee goreng je
 
dinner - YTF
 
---------------------------------------------------
 
Hari Sabtu - 30 Julai 2022
 
Ada appointment untuk cucuk booster kedua di klinik dekat Sentul Boulevard
 

Alhamdulillah, untuk booster kedua, boleh pilih nak vaksin jenis apa. So kita pilih sama dengan yang pertama iaitu vaksin Comirnaty (Pfizer). Klinik pun KKM bagi yang dekat rumah, boleh pilih klinik juga.
 
Dah selesai, nak pi check out 7 Eleven di sini. Baru buka selepas renovation, ada tambahan Cafe..jom tengok apa yang menarik 7-E yang ada cafe ni..
 

Banyak juga barang-barang baru di 7-E ni, yang tak pernah nampak dijual di outlet lain..Ada produk Boots..exclusive di 7-Eleven. Boots ni macam Guardian..jual produk kesihatan, kecantikan...


di sini cuma jual skincare jenama Boots


Menarik juga 7-Eleven berwajah baru ni, ralit tengok barang-barang..
 
susu dari Hokkaido
 
protein smoothie dari Starbucks
 
biskut HobNob coklat..suka-suka..

vegan coklat dari Belanda
 
pelbagai perisa kekacang..perisa kari..
 
Nama pun ada cafe, so macam-macam makanan dan minuman ada dijual
 
Ada ais krim, pau, siew mai, croffle, pulut ayam pun ada
croffle ni marshmallow bubuh mcm2 topping, belum dicuba
 
pelbagai jenis minuman
 
Menarik outlet 7-eleven ni, bolehlah singgah kalau ada di Sentul Boulevard

tajuk tahun baru hijrah, citer 7-eleven...hentam sajalah labu..hehe..

Good day to you all

24 comments:

  1. eh eh booster tu kita x dapat pun appointment tp kita dpt link kena pilih sndiri tmpt nk cucuk klu nak... ermm...kita nk AZ tp mostly semua tmpt pun dah abis vaksin ni hehehe.. so x decide lagi nak cucuk kat mana dan vaksin apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. booster yg kedua ni kena pilih jenis vaksin dulu, kendian baru pilih klinik & tarikh appointment...sbb Ret x pilih vaksin, depa x bagi tarikh appointment..

      Delete
    2. kat mana dapat link nak pilih tempat cucuk tu? hantar melalui sms ke?

      Delete
    3. hantar dalam Mysejahtera..

      Delete
  2. Mcm2 aktiviti.
    selamat thn baru hijrah
    semoga kita akan.lebihh baik dari sblmnya .aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin2...selamat tahun baru jg Cik Nor..

      Delete
  3. baca entry ni terus google 7 Cafe. rupanya dekat je dengan rumah. kena cuba ni. croffle tu macam best je

    ReplyDelete
    Replies
    1. 7-11 yg ada cafe ni mcm best je..belum cuba lg makanan & minuman di 7-e ni..

      Delete
  4. Wah 7E di sana ada cafe. Macam-macam benda baru ya. Kalau orang yang suka cuba boleh cuba satu-persatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada beli barang2 je..makanan/minuman belum dicuba..

      Delete
  5. Replies
    1. kat KL, dah banyak pilihan convenience store..

      Delete
  6. Outlet 7 eleven memang menarik..area umah Sa siap ada jual Jovian nyer Facemask lepas tu ada macam2 barangan yang jarang nampak kat 7E...cumanya dah jarang la masuk 7E ni..kat NuSentral ada outlet dia tapi dah tutup...sekejap je kat situ..rasanya tempat x strategic

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, ada outlet yg biasa2, ada yang menarik...oo..dah tutup, lokasi x strategik x ramai pelanggan..

      Delete
  7. Lewat nohas balik dari ofis, mesti byk kerja tu. Wah, kebetulan saya pun singgah di pasar malam Fasa 8 & 9 Jumaat lepas, tapi dalam pukul 8. Beli nasi goreng, jagung, mihun sup & buah mangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kerja...huhu..oo..kalau saya awal, mungkin berselisih bahu di pasar malam...hehe..

      Delete
  8. wah booster 2x dah terbaik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan bagi free, kita ambik je..berusaha mencegah..

      Delete
  9. Wah, dah second booster dah nohas.
    Menarik 7-Eleven nya. Macam C U Mart la. Ada banyak makanan, minuman, bayar, dan buat sendiri. Produk kecantikan macam facemask tu pun ada, dah ralit tengok barang dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, KKM dah panggil....ralit tengok barang2..adalah beli seketul dua..hehe..

      Delete
  10. Tahniah dah ambik booster kedua.
    Menarik ya 7E. Meriah nampaknya.
    Saya dah lama tak masuk 7E.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah selesai....bila ada cafe ni, nampak meriah dgn makanan/minuman..

      Delete
  11. Satu hari nak terjah jugalah 7E cafe ni...

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!