Tuesday, 2 August 2022

Nuttelex - Sapuan Roti berasaskan Minyak Kelapa

Sesekali layan roti untuk sarapan. Paling mudah, sapu roti dengan jem, kaya ataupun butter.

Bagi mereka yang vegetarian atau alah dengan produk tenusu, boleh pilih sapuan roti jenama Nuttelex yang berasaskan minyak kelapa.

 Produk bebas tenusu, produk Australia

Setiap 5 sen pembelian produk ni disumbangkan ke Orangutan Foundation International untuk melindungi dan menambahbaik habitat perhutanan di Borneo..untuk kelangsungan hidup orang utan.

bebas minyak kelapa sawit...huhu..
minyak sawit le bagus..
 
banyaknya 'Free'..betul-betul healthy ni..
ada cop halal dari Australia
 
masa beli tu ada 2 pilihan je, 2nd time datang dah ada 5..
 
sejenis soft spread, yang tak membeku bila disimpan dalam peti ais 
disapu diatas roti, then boleh terus ngap..

Monday, 1 August 2022

Booster Kedua and Cafe 7 Eleven

Assalamualaikum..salam tahun baru hijrah..salam hari Isnin..

Tahun baru hijrah kita sambut di pejabat. Pukul 9 malam, gerak balik ke rumah, singgah di pasar malam. Pasar malam di sini pada hari Jumaat. Baru beroperasi semula di pertengahan bulan Jun.. suasana dah tak macam dulu..banyak yang lompong sebab dah tak ramai peniaga..

Di antara makanan wajib beli di pasar malam..Yong Tau Fu...

Feveret nih

Sebelum PKP dulu, ada 3 orang yang berniaga YTF, sekarang tinggal satu ni je. Sampai sini dah pukul 9.30, peniaga pun dah nak berkemas, hajat hati nak beli pecal, pecal dah habis...huhu..

tinggal mee goreng je
 
dinner - YTF
 
---------------------------------------------------
 
Hari Sabtu - 30 Julai 2022
 
Ada appointment untuk cucuk booster kedua di klinik dekat Sentul Boulevard
 

Alhamdulillah, untuk booster kedua, boleh pilih nak vaksin jenis apa. So kita pilih sama dengan yang pertama iaitu vaksin Comirnaty (Pfizer). Klinik pun KKM bagi yang dekat rumah, boleh pilih klinik juga.
 
Dah selesai, nak pi check out 7 Eleven di sini. Baru buka selepas renovation, ada tambahan Cafe..jom tengok apa yang menarik 7-E yang ada cafe ni..
 

Banyak juga barang-barang baru di 7-E ni, yang tak pernah nampak dijual di outlet lain..Ada produk Boots..exclusive di 7-Eleven. Boots ni macam Guardian..jual produk kesihatan, kecantikan...


di sini cuma jual skincare jenama Boots


Menarik juga 7-Eleven berwajah baru ni, ralit tengok barang-barang..
 
susu dari Hokkaido
 
protein smoothie dari Starbucks
 
biskut HobNob coklat..suka-suka..

vegan coklat dari Belanda
 
pelbagai perisa kekacang..perisa kari..
 
Nama pun ada cafe, so macam-macam makanan dan minuman ada dijual
 
Ada ais krim, pau, siew mai, croffle, pulut ayam pun ada
croffle ni marshmallow bubuh mcm2 topping, belum dicuba
 
pelbagai jenis minuman
 
Menarik outlet 7-eleven ni, bolehlah singgah kalau ada di Sentul Boulevard

tajuk tahun baru hijrah, citer 7-eleven...hentam sajalah labu..hehe..

Good day to you all

Saturday, 30 July 2022

Salam Ma'al Hijrah 1444H

 Hijrah itu permulaan, Hijrah itu persaudaraan

Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1444H 

Salam Awal Muharram

Tahun baru, azam baru

Semoga hari-hari yang mendatang ini lebih baik dari hari-hari sebelumnya