Assalamualaikum..salam tahun baru hijrah..salam hari Isnin..
Tahun baru hijrah kita sambut di pejabat. Pukul 9 malam, gerak balik ke rumah, singgah di pasar malam. Pasar malam di sini pada hari Jumaat. Baru beroperasi semula di pertengahan bulan Jun.. suasana dah tak macam dulu..banyak yang lompong sebab dah tak ramai peniaga..
Di antara makanan wajib beli di pasar malam..Yong Tau Fu...
Feveret nih
Sebelum PKP dulu, ada 3 orang yang berniaga YTF, sekarang tinggal satu ni je. Sampai sini dah pukul 9.30, peniaga pun dah nak berkemas, hajat hati nak beli pecal, pecal dah habis...huhu..
tinggal mee goreng je
---------------------------------------------------
Hari Sabtu - 30 Julai 2022
Ada appointment untuk cucuk booster kedua di klinik dekat Sentul Boulevard
Alhamdulillah, untuk booster kedua, boleh pilih nak vaksin jenis apa. So kita pilih sama dengan yang pertama iaitu vaksin Comirnaty (Pfizer). Klinik pun KKM bagi yang dekat rumah, boleh pilih klinik juga.
Dah selesai, nak pi check out 7 Eleven di sini. Baru buka selepas renovation, ada tambahan Cafe..jom tengok apa yang menarik 7-E yang ada cafe ni..
Banyak juga barang-barang baru di 7-E ni, yang tak pernah nampak dijual di outlet lain..Ada produk Boots..exclusive di 7-Eleven. Boots ni macam Guardian..jual produk kesihatan, kecantikan...
di sini cuma jual skincare jenama Boots
Menarik juga 7-Eleven berwajah baru ni, ralit tengok barang-barang..
susu dari Hokkaido
protein smoothie dari Starbucks
biskut HobNob coklat..suka-suka.. vegan coklat dari Belanda
pelbagai perisa kekacang..perisa kari..
Nama pun ada cafe, so macam-macam makanan dan minuman ada dijual
Ada ais krim, pau, siew mai, croffle, pulut ayam pun ada croffle ni marshmallow bubuh mcm2 topping, belum dicuba
Menarik outlet 7-eleven ni, bolehlah singgah kalau ada di Sentul Boulevard
tajuk tahun baru hijrah, citer 7-eleven...hentam sajalah labu..hehe..
Good day to you all