Wednesday, 10 August 2022
Tuesday, 9 August 2022
Soul Journey : Kenali Potensi, Merungkai Solusi
Assalamualaikum semua, Salam Keluarga Malaysia..
Hari Rabu lepas, ada hadiri satu majlis anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dinamakan 'Soul Journey : Kenali Potensi, Merungkai Solusi'.
Program 'meet & greet' bersama Pengerusi MAIWP, YBhg Tan Sri Mohd Daud Bakar, iaitu pertemuan wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) dengan MAIWP. Pertemuan 'mover & shaker' NGO Malaysia.
Banyak nama-nama besar NGO yang hadir seperti Islamic Relief, Muslim Care, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Cinta Tanpa Sempadan (Care Borderless), Gabungan Dakwah Malaysia..kita ni dari NGO kerdil je, part time pulak tu..depa mostly bergiat secara full time..yang buat kerja-kerja kebajikan sampai di luar negara..
Prrogram bertempat di Dewan Tun Dr Ismail di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur. Memang gah lah tempatnya..
Dewan Tun Dr Ismail
Ucaptama Pengerusi MAIWP
suka dengan ucapan YBhg Tan Sri, very empowering
tanpa teks pulak tu
Diantara intipati ucapan Pengerusi ialah aspirasi MAIWP untuk mewujudkan hubungan strategik dengan NGO² bagi meningkatkan kualiti asnaf di kotaraya Kuala Lumpur. Tujuan utama untuk mengurangkan golongan miskin bandar. Bahagian Pembangunan Asnaf diwujudkan untuk tujuan ini. Bergerak disamping bhg Baitulmal yang memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Bantuan Baitulmal ni memang kita selalu dengar, Ada bantuan bulanan, ada bantuan sewa rumah, ada bantuan nak buka peniagaan. Sekarang ni kita bergerak ke arah 'anjakan paradigma' supaya golongan asnaf ni mempunyai daya usaha untuk mengubah kehidupan mereka (tranformasi).
Tan Sri mempengerusi Round Table Discussion
NGO yang memahami degup denyut jantung kehidupan masyarakat diharap dapat membuat program yang sesuai dengan pelan strategik MAIWP, berkolaborasi dengan MAIWP menghasilkan program yang berimpak tinggi, dengan tagline 'Quicker, Cheaper, Smarter'. Berubah dari 'red ocean' kepada 'blue ocean'..kendian ada 'white ocean' pula. Teman baru nak baca management/marketing strategi ni...
Baguslah program sebegini, membuka minda. Dapatlah kita dengar pengalaman mereka yang aktif dalam bidang kebajikan. Macam-macam kisah, kita ni baru setahun jagung...
Seeruu 'ala barakotillah (berjalanlah dengan diiringi keberkatan daripada Allah SWT) kepada semua penggerak NGO..membujur lalu, melintang patah..
Untuk bacaan on sustainable community change : What's Wrong to What's Strong
Thursday, 4 August 2022
Tempat Urut Badan & Refleksologi OKU Penglihatan
Assalamualaikum..Salam Keluarga Malaysia..
Mencari tempat urut badan dan kaki di kotaraya Kuala Lumpur?
Apakata, cuba di pusat urut milik mereka yang istimewa,
golongan OKU penglihatan (orang buta), orang kita
jom bantu mereka. Semua outlet dekat area Medan MARA. Sambil-sambil shopping di Sogo & Jalan TAR, bolehlah singgah di sini, urut-urut kaki..
1) Maju Therapy Zone di Tingkat 5, Busana MARA
dalam bangunan Hotel Primera
Banyak kali juga datang sini, lebih baik buat appointment dulu supaya tak keciwa
boleh juga walk-in
2) Nuri Wellness Centre, di tingkat 2, Medan MARA
pernah sekali datang sini, lama dulu
c) Suria Wellness Centre di Tingkat 1, Medan MARA
sebelah Pasar Rakyat
Belum pernah gi sini. Dulu tempat ni ialah restoran.
Tempat urut orang buta yang lain banyak di kawasan Brickfields, ada pusat latihan untuk mereka di Brickfields, bolehlah mereka berdikari, buat bisnes..
Selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)