Thursday, 20 October 2022

Birthday Celebration for Executive Chairman

My Executive Chairman turns 83 this year..actual birthday pada 13 Oktober, tak jadi buat celebration on 14 Oktober, kita celebrate on Tuesday baru ni..

Minum petang sponsored by Sports Club...simple je majlis nya... 

buah-buahan dan kuih-muih

 

 birthday boy

warna-warni kuih muih & buah-buahan

table for minuman, ais kacang & popiah basah

makan kuih muih dulu

chicken wings, sate & ketiau goreng
 half way makan, baru teringat nak snap gambo 
 
 
Alhamdulillah, semoga Tan Sri sentiasa dalam keadaan sihat & ceria..
semoga company terus sukses!

Tuesday, 18 October 2022

Drama China Era Republican

Nihao..review drama cina era Republikan..

Era Republikan ialah zaman penjajahan Jepun di negara China masa perang dunia ke-2 iaitu diantara tahun 1930 - 1945. Masa ni, China dah moden. Suka tengok suasana time ni, kombinasi budaya cina dan western. The set is stunning, the costume, the train, the building, the house's interior...menarik semuanya..

Jom tengok 5 drama era Republican yang best..

1) Medical Examiner Dr Qin (2016) 


Drama ni ada banyak season. Yang ni yang pertama. Drama penyiasatan melibatkan ahli forensik bernama Qin Ming dan pembantunya yang macam tomboy (Li Da Bao) dan seorang detektif (Lin Tao). Bila melibatkan forensik ni, memang banyaklah scene bedah mayat. Semua kes bunuh, memang gross..
 
Di episod-episod akhir, Dr Qin diperangkap dan dituduh bunuh guru dia. Skrip memang tight, tak dapat nak teka siapa penjahat tapi bestlah drama ni..walaupun kes serius tapi ada comedic relief..persahabatan mereka bertiga..
 

2) Detective L (2019)

 

Drama penyiasatan juga. Mengisahkan heroine, Qin Xiao Man, seorang fresh graduate daripada police academy kena bekerja dengan hero, Luo Fei, seorang detektif terkenal. Macam-macam kisah penyiasatan termasuklah konspirasi kongsi gelap Jepun.
 

3) Fall in Love (2021)

 

Kisah heroine, Mu Wan Qing, yang tinggal di Jepun, kembali ke Shanghai dengan tujuan menyimpan abu mayat mak dia dan juga menyiasat kematian adik lelaki dia. Hero, Tan Xuan Lin, seorang komander tentera yang merampas kuasa di Shanghai. Dia dan heroin bekerjasama menyiasat kematian yang berlaku pada ahli keluarga mereka serta konspirasi jahat semasa zaman Jepun.

4) City of Streamer (2022)

 

Kisah balas dendam heroin (Feng Shi Zeng) dan hero kedua (Meng Xu An) terhadap keluarga hero (Rong Jia Shang). Keluarga angkat Feng jatuh miskin disebabkan kebakaran yang memusnahkan perniagaan bapa angkat dia. Feng dapat tahu daripada Meng yang bapa hero, Rong Ding Kun ialah dalang dalam kebakaran tersebut. Rong Ding Kun ialah seorang ahli perniagaan yang kaya-raya dan terkenal di Shanghai.

Feng berpakat dengan Meng untuk membalas dendam terhadap Rong Ding Kun. Meng pula nak balas dendam sebab Rong Ding Kun dah merosakkan kakak dia dengan ganja, kemudian tinggalkan kakak dia yang sedang mengandung. Feng masuk ke dalam keluarga Rong sebagai tutor untuk anak-anak dia termasuk hero. Hero terjatuh cinta dengan Feng menyebabkan Feng serba-salah nak teruskan niat dia. Bila dah lama menyiasat, terbongkar perkara yang lebih mengejutkan mengenai keluarga sebenar Feng dan Rong Ding Kun.

drama ni best, suka strong female lead, setting dan costume yang cantik. drama yang serius, the business side pun interesting..hero pula hensem, eye candy betul..


5) Checkmate (2022)

 

Kisah penyiasatan ala-ala Agatha Christie dan konspirasi kongsi gelap Jepun di China.

Si Tu Yan, seorang peguam muda dari Peking telah dipecat daripada jawatannya kerana berpegang pada prinsipnya. Dalam perjalanan ke Harbin menaiki keretapi, dia bertemu dan berkawan dengan Luo Shao Chuan, seorang anggota polis daripada keluarga kaya di Harbin. Penjenayah kes Si Tu Yan yang menyebabkan dia dipecat, telah dibunuh dalam keretapi tersebut. Si Tu Yan dan Luo Shao Chuan dengan pertolongan seorang wartawan menyiasat kes tersebut sebelum sampai Harbin.
 
Semasa di Harbin, Si Tu Yan terus jadi penyiasat bila guru dia mati mengejut dalam satu jamuan. Kemudiannya, dia menyelesaikan beberapa kes pembunuhan yang berlaku di Harbin, yang menemukan dia dengan Zhou Mo Wan, seorang guru muzik yang sama-sama membantu dalam penyiasatan. Rupa-rupanya ada konspirasi yang lebih besar yang merancang untuk perangkap Si Tu Yuan.


Banyak juga drama China era republican yang best, yang genre penyiasatan, perisik, anti-Jepun, perniagaan dan lain-lain.

Monday, 17 October 2022

Kenangan Le Tour de Langkawi 2022

 Minggu lepas penuh depan hotel dengan krew LTdL ni..

kuning, hijau, merah & putih

Yang tahu cuma jersi kuning je, sebab nampak juara terus sarung jersi kuning ni atas stage masa ambik piala

rupanya ada macam-macam jersi 

jersi merah - King of Mountain (Raja Bukit)

jersi putih - Asian Champion (pelumba Asia terbaik)

jersi hijau - Sprint Champion (Raja Pecut)


dah ke Langkawi, mereka semua..

menunggu siapakah yang akan menyarung jersi kuning..