Thursday, 2 March 2023

4 Chinese Historical Drama yang awesome 2

Nihao..review historical drama dari China Mainland yang best.
  

1) The Longest Day in Chang'an (2019)


Kisah sehari sebelum Lantern Festival di kota Chang'an (Xi'an) di zaman Dinasti Tang. Team perisik yang diketuai oleh Chief Li Bi mendapat maklumat mengenai rancangan untuk membuat huru-hara and membunuh Emperor semasa Lantern Festival. 

Maklumat yang diterima begitu ringkas dan mereka tidak tahu nak mula menyiasat dari mana. Mereka cuma ada 24 jam untuk menghalang tindakan pengganas. Chief Li Bi meminta bantuan Zhang Xiao Jing, seorang banduan akhir yang menerima hukuman mati. Xiao Jing ialah seorang bekas tentera dan bekas konstable polis.


Pada masa yang sama, Emperor akan mengumumkan pengganti dia samada Crown Prince atau Perdana Menteri. Chief Li Bi ialah penyokong Crown Prince. Banyaklah politiking dalam drama ni...team Crown Prince dan team Perdana Menteri. Sepanjang 48 episod kita dibawa untuk race against time untuk menyiasat dan menghalang terrorist attack di Lantern Festival.

Soompi menggariskan 4 perkara kenapa drama ni sangat best - excellent storytelling, impeccable acting, mesmerizing asthetics, high attention to details and historical acurateness..so true..cinematografi yang sangat cantik..


The Longest Day in Chang'an is an immersive, visually stunning, culturally authentic and thrilling journey back over 1000 years in time to Lantern Festival in Chang'an at the peak of the Tang Dynasty.The production basks in rich historical and cultural detail that marvels over the intellectual, political, legal, administrative, military, cultural and scientific sophistication of Chang'an and the Tang Dynasty more broadly (source: Mydramalist).
 

2) Goodbye My Princess (2019)


Drama yang sedih dan buat hati geram je. Menonton di netflix, drama 52 episod ni terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama, kisah di Central Plains/steppe dan bahagian kedua pula ialah kisah di Eastern Palace, Li Empire.

Drama mengisahkan Xiao Feng, puteri ke-9 Xi State, yang menolak political marriage dengan Li Cheng Yin, putera ke-5 Li Empire. Xiao Feng melarikan diri ke penempatan datuk sebelah ibu dia di kawasan Central Plains. Cheng Yin pula mengembara ke Central Plains tetapi menyamar sebagai tea merchant bernama Gu Xiao Wu. Xiao Feng dan Gu Xiao Wu bertemu, jatuh cinta dan berkahwin dengan restu datuk Xiao Feng. 

Xiao Feng dan Gu Xiao Wu di saat bahagia di Central Plains

Cheng Yin sebenarnya ada muslihat tersendiri. Dia nak impress bapa dia dan nak rebut jawatan Crown Prince. Walaupun dia memang jatuh cinta dengan Xiao Feng, tapi dia teruskan hasrat nak musnahkan kaum datuk Xiao Feng, yang kononnya telah menyerang Li Empire. Habis semua kaum datuk Xiao Feng dibunuhnya. Xiao Feng sangat sedih dan kecewa, lalu terjun ke satu sungai yang boleh menghilangkan ingatan masa lalu. Cheng Yin (Gu Xiao Wu) turut terjun ke sungai tersebut untuk menyelamatkan Xiao Feng. Dua-dua hilang ingatan tentang kisah mereka berdua di masa lalu.


Beberapa tahun berikutnya, Xiao Feng dikahwinkan dengan Cheng Yin, yang ketika itu dah jadi Crown Prince. Dia tinggal dengan Cheng Yin di Li Empire. Tetapi mereka berdua tidak punyai memori masa lalu. Cheng Yin ada gundik kesayangan dia. Di bahagian kedua ni, drama berkisar kepada perebutan kuasa di istana dan harem politik. Geram je tengok cara Cheng Yin melayan Xiao Feng.

Ending dia memang puas hatilah..itulah kan sapa suruh jahat sangat..haha. Yang best drama ni cinematografi yang menarik dan high production quality - cantik2 costume, props..


Recommended for viewing..

 

3) The Wind Blows from Longxi (2022)

Exciting spy drama di zaman perang diantara three kingdom di China - Wei, Shu dan Wu. Pelakon mostly lelaki, pelakon perempuan tak berapa significant. Dua watak utama ialah Chen Gong dan Xun Xu. Mereka berdua bekerja dengan agensi risikan tentera milik kerajaan Shu.

Chen Gong ialah spy kerajaan Shu yang dihantar ke Wei state dan berjaya menjawat jawatan penting di Wei. Semasa expedisi tentera Shu berperang dengan tentera Wei, Chen Gong hantar maklumat ke kerajaan Shu tetapi maklumat tersebut telah ditukar dan menyebabkan kekalahan tentera Shu. Agensi risikan Shu menganggap Chen Gong sebagai pengkhianat negara dan menghantar Xun Xu ke Wei state untuk membunuh Chen Gong.


Xun Xu ialah sepupu kepada Di Yue, isteri Chen Gong. Di Yue juga seorang perisik yang dihantar ke Wuxian Sect, kaum yang menyokong Wei state. Di Wei state, Xun Xu dan Chen Gong menyiasat kenapa maklumat boleh bertukar dan mendapati ada perisik Wei bernama Zhu Long di agensi risikan tentera Shu. Mereka berdua merangka strategi untuk memerangkap Zhu Long.
 
Drama ni heavy sikit tapi best, berkisar tentang risikan, strategi, sapa yang khianat sapa. Mula-mula tu pening juga sebab pakaian lebih kurang sama, lepas tu bertukar antara Wei dan Shu state, kendian masuk pula Wuxian Sect..
 
Tapi oklah, siapa yang suka spy drama, drama ni memang best..

 

4) The Only Girl You Haven't Seen S1 & S2 (2022)

 

Drama ni cuma 12 minit je setiap episod. Drama mengisahkan heroine, Aqi, anak perdana menteri negeri Yan telah dianiaya dan dibunuh oleh Putera ke-3, He Lian Chen. Mayatnya dicampak ke dalam tasik. 

Pada masa yang sama, Leng Li, anak perempuan General Leng Shao of Yanguo, terjatuh ke dalam tasik yang sama kerana melarikan diri daripada berkahwin dengan Putera ke-5 iaitu He Lian Xuan. Dengan kuasa magik, Aqi bertukar jadi Leng Li dan Leng Li diselamatkan oleh keluarga dia. Aqi tersedar yang dia dah jadi Leng Li dan meneruskan kehidupan sebagai Leng Li.

He Lian Xuan seorang putera yang lemah dan bodoh-bodoh alang. Leng Li (Aqi) banyak kali melindungi dan menyelamat Lian Xuan daripada dibuli oleh adik-beradik yang lain. Tapi Lian Xuan ada rahsia tersendiri.


Bolehlah layan, tengok di youtube je, jumlah episod 36 je untuk Season 1 & 2, setiap season, 18 episod.


Bagi peminat drama historical, recommended to view these dramas...

Wednesday, 1 March 2023

Di antara Kepah, Kupang dan Lala..

 Mereka bertiga ni satu species, species bercengkerang

kekadang terkeliru sebab rupa paras lebih kurang sama


 jom tengok yang mana satu

lala

kupang hijau

kepah
 

 satu lagi kerang, yang tu semua kenal kan...hihi..
remis tak pernah jumpa

Tuesday, 28 February 2023

Sedap ke vegetarian foods?

Kisah bulan di Disember 2022..

Ada kerja di area Jalan Riong, Bangsar. So, sajelah nak mencuba vegetarian foods di restoran vegetarian yang femes di Lembah Klang ni iaitu Restoran Ganga di Jalan Kurau.

Terletak di kawasan perumahan, ada sederet rumah kedai. Nice ambience.

just a small neighbourhood commercial area

semua restoran & cafe

resto yang cozy


total vegetarian - no eggs

Oder cendawan tikka, roti garlic naan dan air lemonade 

cendawan tikka

Garlic Naan

Not bad, sedap juga cendawan tikka tu. Just nice, terasa rempah ratusnya. 
Garlic naan just ok sebab ada lagi yg lagi sedap..

 total damage : RM37.95..fuhh..

cukuplah sekali..hihi..

diantara gambar yang ada didinding - celebrity chef David Rocco..

Mostly menu disini menggunakan kentang, cendawan, sayur-sayuran

bayam, kentang dan cendawan
 
cauliflower, kentang, cendawan, chili, capsicum, chutney
 
overall, sedap juga vegetarian foods, mengenyangkan, rasa organik
tapi tang harga tu kena fikir 2-3 kali, hehe..nak mencuba, silakan...