1) The Longest Day in Chang'an (2019)
Kisah sehari sebelum Lantern Festival di kota Chang'an (Xi'an) di zaman Dinasti Tang. Team perisik yang diketuai oleh Chief Li Bi mendapat maklumat mengenai rancangan untuk membuat huru-hara and membunuh Emperor semasa Lantern Festival.
Maklumat yang diterima begitu ringkas dan mereka tidak tahu nak mula menyiasat dari mana. Mereka cuma ada 24 jam untuk menghalang tindakan pengganas. Chief Li Bi meminta bantuan Zhang Xiao Jing, seorang banduan akhir yang menerima hukuman mati. Xiao Jing ialah seorang bekas tentera dan bekas konstable polis.
Pada masa yang sama, Emperor akan mengumumkan pengganti dia samada Crown Prince atau Perdana Menteri. Chief Li Bi ialah penyokong Crown Prince. Banyaklah politiking dalam drama ni...team Crown Prince dan team Perdana Menteri. Sepanjang 48 episod kita dibawa untuk race against time untuk menyiasat dan menghalang terrorist attack di Lantern Festival.
Soompi menggariskan 4 perkara kenapa drama ni sangat best - excellent storytelling, impeccable acting, mesmerizing asthetics, high attention to details and historical acurateness..so true..cinematografi yang sangat cantik..
2) Goodbye My Princess (2019)
Drama yang sedih dan buat hati geram je. Menonton di netflix, drama 52 episod ni terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama, kisah di Central Plains/steppe dan bahagian kedua pula ialah kisah di Eastern Palace, Li Empire.
Drama mengisahkan Xiao Feng, puteri ke-9 Xi State, yang menolak political marriage dengan Li Cheng Yin, putera ke-5 Li Empire. Xiao Feng melarikan diri ke penempatan datuk sebelah ibu dia di kawasan Central Plains. Cheng Yin pula mengembara ke Central Plains tetapi menyamar sebagai tea merchant bernama Gu Xiao Wu. Xiao Feng dan Gu Xiao Wu bertemu, jatuh cinta dan berkahwin dengan restu datuk Xiao Feng.
Cheng Yin sebenarnya ada muslihat tersendiri. Dia nak impress bapa dia dan nak rebut jawatan Crown Prince. Walaupun dia memang jatuh cinta dengan Xiao Feng, tapi dia teruskan hasrat nak musnahkan kaum datuk Xiao Feng, yang kononnya telah menyerang Li Empire. Habis semua kaum datuk Xiao Feng dibunuhnya. Xiao Feng sangat sedih dan kecewa, lalu terjun ke satu sungai yang boleh menghilangkan ingatan masa lalu. Cheng Yin (Gu Xiao Wu) turut terjun ke sungai tersebut untuk menyelamatkan Xiao Feng. Dua-dua hilang ingatan tentang kisah mereka berdua di masa lalu.
3) The Wind Blows from Longxi (2022)
Exciting spy drama di zaman perang diantara three kingdom di China - Wei, Shu dan Wu. Pelakon mostly lelaki, pelakon perempuan tak berapa significant. Dua watak utama ialah Chen Gong dan Xun Xu. Mereka berdua bekerja dengan agensi risikan tentera milik kerajaan Shu.
Chen Gong ialah spy kerajaan Shu yang dihantar ke Wei state dan berjaya menjawat jawatan penting di Wei. Semasa expedisi tentera Shu berperang dengan tentera Wei, Chen Gong hantar maklumat ke kerajaan Shu tetapi maklumat tersebut telah ditukar dan menyebabkan kekalahan tentera Shu. Agensi risikan Shu menganggap Chen Gong sebagai pengkhianat negara dan menghantar Xun Xu ke Wei state untuk membunuh Chen Gong.
4) The Only Girl You Haven't Seen S1 & S2 (2022)
Drama ni cuma 12 minit je setiap episod. Drama mengisahkan heroine, Aqi, anak perdana menteri negeri Yan telah dianiaya dan dibunuh oleh Putera ke-3, He Lian Chen. Mayatnya dicampak ke dalam tasik.
Pada masa yang sama, Leng Li, anak perempuan General Leng Shao of Yanguo, terjatuh ke dalam tasik yang sama kerana melarikan diri daripada berkahwin dengan Putera ke-5 iaitu He Lian Xuan. Dengan kuasa magik, Aqi bertukar jadi Leng Li dan Leng Li diselamatkan oleh keluarga dia. Aqi tersedar yang dia dah jadi Leng Li dan meneruskan kehidupan sebagai Leng Li.
He Lian Xuan seorang putera yang lemah dan bodoh-bodoh alang. Leng Li (Aqi) banyak kali melindungi dan menyelamat Lian Xuan daripada dibuli oleh adik-beradik yang lain. Tapi Lian Xuan ada rahsia tersendiri.
Bolehlah layan, tengok di youtube je, jumlah episod 36 je untuk Season 1 & 2, setiap season, 18 episod.
Bagi peminat drama historical, recommended to view these dramas...
satu pun belum tengok lagi.. nak try tngok Goodbye Princess, rasa ada kat neflix drama ni..
ReplyDeleteya, ada tayang di netflix..
DeleteNanti nak tengoklah Goodbye My Princess tu
ReplyDeleteselamat menonton!!
DeleteMinat jugak cerita historical. Mungkin nak try tonton The Longest Day tu.
ReplyDeleteselamat menonton..
DeleteMENARIK DRAMA N ULASANNYA
ReplyDeletethank you Kak PI..
DeleteLebih kurang je komposisi gambar2 tu kan?
ReplyDeletegambar zaman dulu2..
DeleteNo 3 ada dekat iqiyi.. Boleh tengok nanti.. Yang no 4 tu dah save dekat playlist youtube.. hehehe..
ReplyDeleteselamat menonton...enjoy!!
DeleteSekarang ni tetiba tersuka drama jepun. Sebab episode tak byk sgt :) best jugak jalan cerita
ReplyDeleteada jg layan drama jepun...betul, x byk episod...hehe..
DeleteTerima kasih atas recommendation
ReplyDeletesama2...
DeleteXtgk lg
ReplyDeleteselamat menonton..
DeleteCantiknya cinematography drama di China. Kalah K-drama agaknya. Drama The Longest Day in Chang'an tu ada kat Netflix ke nohas?
ReplyDeletehistorical drama china yg high production mmg cantik2 attire, props...takde di Netflix, saya tengok di dramacool..
Deletemintak2 dia tayang kat 8tv le. Sekarang tgh layan love like the galaxy
ReplyDeleteoo..tv tayang drama baru2..oklah kan..
Delete