Wednesday, 22 March 2023
Tuesday, 21 March 2023
Pulau Pangkor : Last Day
Last day in Pangkor..
Pagi Sabtu, kakak dan anak lelaki dia pergi berkayak, kakak seorang lagi pergi berendam di swimming pool dengan anak saudara perempuan. Saya dan mak pergi beli breakfast di jalan besar...beli nasi lemak dan mee lipat..
gambar rumah tradisional dalam bilik hotel
Check out pukul 11.30 pagi, sewa teksi van ke jeti. Masih awal lagi, tiket feri pukul 2.15 petang. Transit di Restoran Haida di pekan Pangkor. Group berpecah dua, saya dan mak tunggu beg, yang lain-lain pergi shopping di kawasan kedai bebas cukai.
Restoran Haida - ramai orang makan di sini
suasana sesak, pelanggan silih berganti
Order laksa penang
syurga bilis mata biru - blue eyes paradise
Kakak saya datang selepas habis shopping, ganti jaga beg. Saya dan mak pergi shopping pula.
satu lagi Maybank
Selesai membeli-belah, top up ikan bilis, bergerak ke Restoran Haida.
Bergerak ke jeti, ramai yang baru tiba, ramai juga yang nak balik.
feri ke jeti Lumut pun ikut sini juga, pastikan destinasi anda
Goodbye Pangkor, till we meet again!
Monday, 20 March 2023
Pulau Pangkor : Petang & Malam Hari Jumaat
Sambung cerita Pulau Pangkor...masih lagi di hari Jumaat..
Selepas ronda-ronda pulau, semua keletihan, lepak dan tidur je dalam bilik hotel, tambahan pula hari masih panas terik..
Di sebelah petangnya, keluar meninjau keadaaan...wahh, dah semakin ramai pengunjung. Keluar je ke jalan besar, ternampak orang tengah berbaris..
kenapa mereka berbaris? curious, curious..
rupanya, berbaris sebab nak beli lempeng pisang..mesti sedap lempeng ni..
lempeng pisang dibakar dalam daun pisang macam dulu-dulu
penjual hadkan setiap pembeli cuma boleh beli up to 10 keping sahaja
penjual hadkan setiap pembeli cuma boleh beli up to 10 keping sahaja
Kami takde join barisan, bergerak ke tebing, untuk meninjau keadaan pantai..ramainya bermandi-manda, beraktiviti di pantai..
meriah
akhir sekali semua dihumban ke laut
sambung berjalan ke arah utara, tengok apa yang ada di sana
rancak berniaga
gerai-gerai seafood mula dibuka, makan sambil tengok laut
Ramai pelanggan di gerai char kuey teow
Kembali semula di tebing, kali ni santai-santai makan rojak buah. Rojak buah dijual macam di supermarket. Mula-mula pilih buah, then penjual akan potong, letak dalam bekas dan ditimbang. Harga RM2.50 untuk 100 gram. Ambik sepotong buah nenas, sebiji buah mangga, sekali timbang..ting! harga RM18...huhu..redho jelah..kenyang makan rojak buah, dinner makan mi segera je...haha..
Keluar semula di malam hari...
ramainya...restoran pun penuh
Lepak di tebing, meninjau keadaan pantai..menarik!
ada 'bangku angin' berwarna-warni
lepak di tepi pantai di malam hari
Meriah betul di kawasan Teluk Nipah di malam hari Jumaat.
Hari minggu mesti lagi meriah. Tapi tak dapat saksikan..
esok dah nak balik..
Subscribe to:
Posts (Atom)