Tuesday, 21 March 2023

Pulau Pangkor : Last Day

Last day in Pangkor..

Pagi Sabtu, kakak dan anak lelaki dia pergi berkayak, kakak seorang lagi pergi berendam di swimming pool dengan anak saudara perempuan. Saya dan mak pergi beli breakfast di jalan besar...beli nasi lemak dan mee lipat..

gambar rumah tradisional dalam bilik hotel
 
Check out pukul 11.30 pagi, sewa teksi van ke jeti. Masih awal lagi, tiket feri pukul 2.15 petang. Transit di Restoran Haida di pekan Pangkor. Group berpecah dua, saya dan mak tunggu beg, yang lain-lain pergi shopping di kawasan kedai bebas cukai. 
 
Restoran Haida - ramai orang makan di sini
suasana sesak, pelanggan silih berganti
 
ada jual laksa penang dan laksa pangkor
Order laksa penang

sedappp...harga RM5.00
 
balai bomba di pekan Pangkor
 
pusat membeli belah utama di pekan Pangkor
syurga bilis mata biru - blue eyes paradise
 
Kakak saya datang selepas habis shopping, ganti jaga beg. Saya dan mak pergi shopping pula.
 
deretan kedai bebas cukai
 
bilis pun ada yang murah di sini
 
dua daripada tiga bank di pekan Pangkor
satu lagi Maybank
 
Selesai membeli-belah, top up ikan bilis, bergerak ke Restoran Haida.
 
deretan restoran dan orang berjualan
 
tempat photoshoot

Bergerak ke jeti, ramai yang baru tiba, ramai juga yang nak balik.
 
jeti Pangkor
 
menunggu gate buka
feri ke jeti Lumut pun ikut sini juga, pastikan destinasi anda
 
tenang melihat laut dan langit
 
menuju ke feri ke Marina Island
 
Goodbye Pangkor, till we meet again!

22 comments:

  1. lama dah kak ana tak ke Pangkor walau tak jauh dari kampung kak ana di Teluk Intan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari Teluk Intan dah dekat....seronok jalan2 ke Pangkor..

      Delete
  2. Nanti datang lagi, ye. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah...nak jln2 jg ke Teluk Batik & Teluk Senangin..

      Delete
  3. laksa penang tahu la.. laksa pangkor macam mana tuh? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksa pangkor kuah sup ikan..guna mi khas pangkor....ada gambar dlm entry Part 3

      Delete
  4. Tengok kuah laksa pun dah nampak sedap. Laksa pangkor ke tu?
    Ikan bilis segar rugi kalau tak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak, itu laksa penang...laksa pangkor ada dlm entry Part 3...ikan bilis cantik2, mmg rambang mata...

      Delete
  5. Nanti kalau balik utara, nak masukkan PP ni dalam list la.

    ReplyDelete
  6. Saya suka tengok pemandangan laut dan bot-bot. Memang rasa tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, tenang je tengok bot & laut...kalau bot tengah berlayar lg syok tengok..

      Delete
  7. Semakin ramai orang ke Pangkor sejak jadi Pulau Bebas Cukai.

    ReplyDelete
  8. Sakan betul beli-belah saat-saat akhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..last minute shopping...kedai pulak dekat2..

      Delete
  9. Replies
    1. best kan..rasa nak repeat pangkor..duduk tempat lain pula..

      Delete
  10. Pulau Pangkor ni saya tak sampai lagi. habis jauh pun Lumut je. Moga ada peluang satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk pun baru first time pergi...moga ada rezeki Sal ke sana..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!