Sambung cerita Pulau Pangkor...masih lagi di hari Jumaat..
Selepas ronda-ronda pulau, semua keletihan, lepak dan tidur je dalam bilik hotel, tambahan pula hari masih panas terik..
Di sebelah petangnya, keluar meninjau keadaaan...wahh, dah semakin ramai pengunjung. Keluar je ke jalan besar, ternampak orang tengah berbaris..
kenapa mereka berbaris? curious, curious..
rupanya, berbaris sebab nak beli lempeng pisang..mesti sedap lempeng ni..
lempeng pisang dibakar dalam daun pisang macam dulu-dulu
penjual hadkan setiap pembeli cuma boleh beli up to 10 keping sahaja
penjual hadkan setiap pembeli cuma boleh beli up to 10 keping sahaja
Kami takde join barisan, bergerak ke tebing, untuk meninjau keadaan pantai..ramainya bermandi-manda, beraktiviti di pantai..
meriah
akhir sekali semua dihumban ke laut
sambung berjalan ke arah utara, tengok apa yang ada di sana
rancak berniaga
gerai-gerai seafood mula dibuka, makan sambil tengok laut
Ramai pelanggan di gerai char kuey teow
Kembali semula di tebing, kali ni santai-santai makan rojak buah. Rojak buah dijual macam di supermarket. Mula-mula pilih buah, then penjual akan potong, letak dalam bekas dan ditimbang. Harga RM2.50 untuk 100 gram. Ambik sepotong buah nenas, sebiji buah mangga, sekali timbang..ting! harga RM18...huhu..redho jelah..kenyang makan rojak buah, dinner makan mi segera je...haha..
Keluar semula di malam hari...
ramainya...restoran pun penuh
Lepak di tebing, meninjau keadaan pantai..menarik!
ada 'bangku angin' berwarna-warni
lepak di tepi pantai di malam hari
Meriah betul di kawasan Teluk Nipah di malam hari Jumaat.
Hari minggu mesti lagi meriah. Tapi tak dapat saksikan..
esok dah nak balik..
Dah lama tak ke Pangkor, byk perubahan dah skrg ni.
ReplyDeleteyg dulu x sama dgn sekrg...saya baru pertama kali jejak kaki di sini..
DeleteMeriah, meriah. Dulu, takde la meriah macam ni. Saya rasa, banyak dah yang berubah.
ReplyDeletemeriah dgn pengunjung...mungkin kwsan ni je kot..
DeletePehhhh, lapan belas!
ReplyDeleteSy pertama kali ke sini masa umur 21 tak silap, sampailah skrg dah tak pernah pergi lagi.
redho jelah, dah potong..hehe...lama tu, kena gi lagi, bercuti bersama keluarga pula..
Deleteteringin benar nak ke Pangkor..cuma mampu sampai ke Teluk Batik aje dulu...dlm thn 1995 rasanya..
ReplyDeletesemoga ada peluang AK ke Pangkor...
DeleteMenariknya lempeng pisang tu.. jarang org jual mcm tu
ReplyDeleteold school...lempeng pisang makan panas2..layann...
DeleteKena RM18 tapi makan kenyang, takpelah kan.
ReplyDeleteMeriah sungguh, memang jauh beza masa saya pergi zaman dulu kala 😄
kenyang makan rojak buah...hehe....ramai pengunjung di kwsn ni..
DeleteMeriah ya dengan pelbagai aktiviti perniagaan. Rasa macam hendak pergi. Hehe.
ReplyDeletedgr khabar gerai2 tepi jalan ni akan dipindahkan ke bangunan baru, tengah bina dkt situ jg...mungkin dah takde suasana mcm ni lg..
DeleteBetul. Time weekand meriah laa gerai2 tepi jalan . Haritu ccl pergi time week day . Memang tak meriah sangat . Bila malam sunyi sepi . Nak makan pun jenuh mencari juga
ReplyDeleteoo..ya ke..saya pergi time cuti sekolah, hari Khamis tu, banyak jg kedai buka, orang pun ramai keluar waktu malam..
Deletecantik jugak pantainya. beli buah timbang tu memang selalu begitu kalau tak beringat. redha jelah bila bayar
ReplyDeletemenarik pantainya..byk aktiviti...itulah kan, masa pilih x ingat dunia...hehe..
Delete