Thursday, 27 April 2023

Kenangan Ramadan 1444H

Orang cerita Syawal, kita u-turn ke bulan Ramadan...saja nak abadikan di sini, buat kenang-kenangan..

Di hari Ahad terakhir sebelum raya, kita roaming Taman Datuk Senu, menjalankan amanah menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan..semua sumbangan dibeli dengan hasil derma/infaq orang ramai..Alhamdulillah..

makcik ni keluar mencari kami, jiran dia maklumkan kami datang rumah
bagi disini sahaja, rumah dia di bhg belakang 
 
rumah di sini jenis compact house, bercantum 4 buah rumah
jenis yang takde pintu belakang 

mencabar juga cari nombor rumah
 
Alhamdulillah, berjaya juga menyampaikan 10 bakul dapur dan wang tunai.
 
Di hari minggu sebelum-sebelum tu, sumbangan disampaikan di majlis anjuran surau dan juga persatuan penduduk.
 
majlis sumbangan di Flat Sri Negeri Sembilan
 
di Surau Al-Ikhlas, Kampung Melayu Wira Damai

 Alhamdulillah, terima kasih kepada para penyumbang

---------------------------------------------

Throwback ke hari terakhir Ramadan 1444H, hari Jumaat..
berbuka untuk hari terakhir Ramadan, adik-adik dah ada di kampung

dah lama tak berkumpul, berbuka bersama
 
ada beli lemang juga, lemang biasa dan lemang jagung, makan dengan rendang ayam dan daging dendeng
 
---------------------------------------------------
 
Pukul 12.00 malam 1 Syawal, kedengaran bunyi meriam memecah keheningan malam...berdentum-dentum..move over mercun & bunga api..

dah jadi tradisi di Kampung Talang membakor meriam di malam raya, sampai ke subuh, masih kedengaran dentuman meriam
sejak teman kecik lagi, tradisi ni masih dikekalkan sampai sekarang
 
deretan meriam (sumber: berita harian)
 
Katanya meriah suasana disini, dah macam pesta, ntahlah teman tak pernah gi..
 
 
Sekian, kenangan di bulan Ramadan 2023

Kedai runcit lejen

Salam semua...hari ni dah mula bekerja..

Throwback Thursday...kisah kedai runcit lejen di kampung kami. Seingat teman, sebelum teman masuk sekolah darjah satu, kedai runcit ni dah wujud...lama sungguh..

dari dulu hinggalah zaman sekarang, besar ni je kedainya
kedai ni lokasinya ditepi jalan utama, memang strategik sungguh, parking pun mudah
 
Kami panggil kedai abi, mak teman panggil kedai ahpok, semuanya nama adik-beradik bangsa Cina yang jaga kedai runcit ni...zaman dulu, kedai runcit ni saja yang ada kat kawasan atas bukit ni..
 
 
Walaupun kecik, boleh dikatakan semua barang ada dijual, barang-barang keperluan penduduk setempat..pagi-pagi ada jual sedikit sayur, ikan, ayam mentah..ada orang Melayu yang letak kuih-muih, nasi lemak. Dulu-dulu kami juga pernah letak buah nangka cucuk dan kuih-muih untuk dijual di sini...arghh..kenangan betul..
 
 
Amoi yang dari dulu jaga kedai ni, fasih giler cakap Melayu..dah kenal sangat dengan mak saya. Amoi yang memahami adat resam orang Melayu..dulu2 tak jual garam waktu malam...teman pun tak faham pantang larang tak boleh jual garam waktu malam..
 

Tudia..ok jugalah susunannya..
hanya tuannya saja yang tahu kat mana barang2 disimpan...haha..
 
Banyak jual jajan...dulu2 kedai ni jadi 'pit-stop' masa jalan-jalan time raya, dapat duit raya singgah sini, beli jajan..hihi...
 
Kali ni singgah nak beli minyak tanah..kami panggil minyak gas (loghat perak: gess). Gen Y and milenial kenal tak minyak tanah ni? hehe...dan juga beli mancis cap cili. Alhamdulillah, dua-dua benda ni ada dijual disini. Dengar khabar kilang mancis ni dah nak tutup...huhu..
 
Ternampak ikan pekasam ni..
 

 Teringat drama Kiah Pekasam...hihi..
 
Begitulah kisah kedai runcit yang sangat sinonim dengan masyarakat Melayu diatas bukit ni..dari dulu hingga sekarang, tak tahu sampai bila...
 
Sekarang ni dah ada kawasan perniagaan di Taman Chandan Puteri, dah ada pilihan untuk membeli barang, namun kedai runcit ni tetap ada pelanggannya...

Monday, 24 April 2023

Raya ke-3 : dah cari yang lain..

Hari ni dah masuk hari raya ketiga..mula mencari menu yang lain dari menu hari raya..rendang masih ada dalam peti es..tak lalu dah nak mamam..

Turun ke pekan kuale..jalan² ditepi sungai, di esplanade..

Ditepian Sungai Perak

Banyak gerai beroperasi, peniaga dah mula berniaga..
 
 gerai air balang & gorengan

van milo tak buka pula

Gerai jual laksa, bakso, cendol, ABC

Singgah makan bakso di gerai ni. Order cendol juga

pelbagai jenis bakso ada
 
bakso special..ada saiz besar & kecik
 
cendol dalam cawan
 
dah habis makan bakso, jalan² ke gerai nasi campur pula, nak beli lauk untuk omma. Omma tak suka bakso, omma lebih suka makan nasi putih panas kat rumah...nak makan rendang ayam..
 
 ada 3 gerai, semua penuh, ada yang lauk dah habis...yang popular ikan bakar, lauk-pauk kampung..

ikan bakar
 
masak lemak - beli masak lemak nangka

dah makan, dah beli lauk, jomlah balik, hari panas lit-lit..order piza kat kakak, dia makan piza di pizza hut..

balik makan piza pula
 
Sepupu whatsapp nak beraya ke rumah, kakak masak pasta spiral goreng
 
versi cerah
 
mak tak suka, takde rasa apa katanya, mak improvise, buh kicap, buh sos, jadi versi ni pula

versi gelap
 
jamu versi gelap ke tetamu yang datang, Alhamdulillah, semua suka..
 
Sekian saja kisah di hari ke-3 Syawal..

Esok dah nak balik KL..InshaaAllah..