Monday 24 April 2023

Raya ke-3 : dah cari yang lain..

Hari ni dah masuk hari raya ketiga..mula mencari menu yang lain dari menu hari raya..rendang masih ada dalam peti es..tak lalu dah nak mamam..

Turun ke pekan kuale..jalan² ditepi sungai, di esplanade..

Ditepian Sungai Perak

Banyak gerai beroperasi, peniaga dah mula berniaga..
 
 gerai air balang & gorengan

van milo tak buka pula

Gerai jual laksa, bakso, cendol, ABC

Singgah makan bakso di gerai ni. Order cendol juga

pelbagai jenis bakso ada
 
bakso special..ada saiz besar & kecik
 
cendol dalam cawan
 
dah habis makan bakso, jalan² ke gerai nasi campur pula, nak beli lauk untuk omma. Omma tak suka bakso, omma lebih suka makan nasi putih panas kat rumah...nak makan rendang ayam..
 
 ada 3 gerai, semua penuh, ada yang lauk dah habis...yang popular ikan bakar, lauk-pauk kampung..

ikan bakar
 
masak lemak - beli masak lemak nangka

dah makan, dah beli lauk, jomlah balik, hari panas lit-lit..order piza kat kakak, dia makan piza di pizza hut..

balik makan piza pula
 
Sepupu whatsapp nak beraya ke rumah, kakak masak pasta spiral goreng
 
versi cerah
 
mak tak suka, takde rasa apa katanya, mak improvise, buh kicap, buh sos, jadi versi ni pula

versi gelap
 
jamu versi gelap ke tetamu yang datang, Alhamdulillah, semua suka..
 
Sekian saja kisah di hari ke-3 Syawal..

Esok dah nak balik KL..InshaaAllah..

21 comments:

  1. Selamat Hari Raya.. semoga sihat selalu ....👍

    ReplyDelete
  2. Selamat balik KL ye. Hati² di jalanraya. Sedap tengok bakso special, dan spiral yang mak masak. 😋 Haritu saya sekeluarga singgah kuala, pukul 8 malam, isi minyak. Jalan jem sana, raya kedua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Nur...Alhamdulillah, selamat perjalanan balik...sedap bakso nya..sup dia tak byk aji..just nice..oo..malam2 pun jem ya, ramei benor perantau2 yg balik beraya..

      Delete
  3. Lama kita tak singgah Kuala.. ikan bakar kat situ sedappp.

    Selamat hari raya dan berhati2 balik ke sarang ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ya ke..tak pernah makan ikan bakar kat sini, boleh try satu hari nanti...

      selamat hari raya SK...Alhamdulillah, selamat perjalanan..

      Delete
  4. Fuh! Dia punya pilihan tajuk! Click bait betul! Hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, dah cari yg lain..dah tak lalu nak makan rendang...

      Delete
  5. Cari makanan lain takpe, jangan cari orang lain.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kena setia pada yang satu...

      Delete
  6. Hehehee... apo nak di kato mem tak suka kenalah adjust semula kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jadi mcm ketiau goreng pula...hehe...fusion..

      Delete
  7. ya. sy pun raya ked2 dah start mkn nasi dgn celur petola dicicah dgn budu. Mkn lauk sardin gak. sedap!

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Raya ketiga dah ada orang berniaga.
    Raya kedua saya dah cari nasi putih dengan telur dadar kicap.

    ReplyDelete
  9. Wahhh..Saya, raya Ketiga, dah melaksa Johor, bubur Lambuk..nasi ujan panas..Makcik Masak.hahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap2 menunya...laksa johor..feveret tu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!