Tuesday, 9 May 2023

Mee Sup Daging Melayu Champa by the Champ

Pertama kali makan mee sup Melayu Champa ni semasa outstation ke Kuala Terengganu pada akhir tahun lepas. Bila balik KL, ternampak gerai jual mee ni di kawasan Batu Muda...

Alhamdulillah, ada juga dijual di KL...jom pi beli..

Gerainya di tepi jalan utama di Batu Muda
banyak gerai-gerai lain juga, ramai yang parking tepi jalan macam ni je
 
pandangan hadapan

Jom tengok menu yang ada


Beli regular daging dengan pilihan mee champa, harga RM13.90
 
daging ditimbang

sedap juga, cuma daun supnya banyak sangat
 
Oklah, boleh repeat, bertepatan dengan tagline nya 
"The Best Beef Noodles in Town"

Friday, 5 May 2023

Dulu Istanbul, kali ni Bhosporus pula!

Tapi negara Turkiye belum sampai-sampai lagi...huhu...

Kisah beli Turkish doner kebab. Dulu beli di outlet Istanbul di Bandar Baru Sentul, kali ni beli di outlet Bhosporus di Sogo KL...

outlet Bosphorus di Sogo KL
 
Jom tengok apa menu dijual 
 
chicken/beef doner wrap & sandwich, platter, iskender kebab pun ada
baklava, kunefe & katmer (roti pistachio)

lebih jelas
 
baklava & kunefe

Beli chicken doner wrap, small size, harga RM10.00


Nice, sedap kebabnya
 
Ambik mood dulu, sebelum ke Turkiye (yang belum ada tarikhnya!!)
 
semoga ada rezeki ke sana

Thursday, 4 May 2023

Menariknya sampul raya Bank Mizuho

Assalamualaikum...bercuti umum kita hari ini sempena hari wesak.

Raya tahun ni pertama kali dapat sampul duit raya daripada Mizuho Bank, sebuah bank Jepun yang ada cawangan di Kuala Lumpur. Tema sampul ialah tema batik dan alat muzik tradisional Malaysia. Dalam satu peket ada 8 keping, ingatkan sama design, rupanya lain-lain design.

Jom tengok alat muzik apa yang diabadikan di sampul raya Bank Mizuho.

Sompoton 
alat muzik orang Kadazan/Dusun, Sabah
 
Gambus
seringkali dimainkan dalam kumpulan ghazal
 
Rebana ubi atau gendang cina  
lebih kurang sama
 
Gong
 
Menarik sekali, kalau diframekan pun cantik nih..