Kisah throwback hari Sabtu baru ni, awal bulan Jun..ada dua majlis..
Paginya ada majlis zikir di sekolah Maahad Tahfiz Integrasi Sains Madinatul Huffaz di Lembah Melewar. Sekolah milik Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa.
Kisah throwback hari Sabtu baru ni, awal bulan Jun..ada dua majlis..
Paginya ada majlis zikir di sekolah Maahad Tahfiz Integrasi Sains Madinatul Huffaz di Lembah Melewar. Sekolah milik Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa.
Assalamualaikum semua..
Haritu baca entry di blog Alam Sari di Tanah Jauhar tentang tosei rawa. Teringinlah pulak nak rasa. So, hari Ahad baru ni, sementara tunggu omma shopping di Mini Giant, pergi mengeteh di kedai mamak di sebelah.
Mula-mula tu order roti telur. Kemudian baru teringat tosei rawa, saja-saja tanya kat mamak tu 'ada ke tosei rawa'?. Ada rupanya. Order pula tosei rawa..hehe.
Hola, kembali bekerja..
Masa tengah layan tik-tok, lalulah tik-tok ahli terapi - noonasnoonchi namanya. Dia ni specialise in grief dan trauma..
'Grief' kalau diterjemahkan bermaksud kesedihan dan kemurungan berpanjangan yang selalunya berpunca daripada kematian ahli keluarga, kenalan, orang yang disayangi. Ia juga kekesalan yang mendalam yang menyebabkan perubahan psikiologi seseorang.
Noonasnoonchi ada senaraikan beberapa drama korea untuk kita memahami apa itu pelbagai bentuk 'grief' dan bagaimana cara menghadapinya - though, grief is super tough and there's no rhyme or reason. It's why it's referred to as a grief cycle.
Drama korea yang dicadangkan, antaranya ialah:
Ada drama diatas yang pernah saya tonton, ada yang belum. Ada juga drama lain yang saya tengok ada kaitan dengan 'grief'. Jom review drama korea yang ada kaitan dengan 'grief'..
Just Between Lovers
Hero (Gang Doo) dan heroin (Moon Soo) drama ni ialah survivor dalam satu kes runtuhan bangunan. Dalam kejadian tersebut, bapa Gang Doo dan adik perempuan Moon Soo terbunuh. Mereka berdua mengalami sindrom 'survivor guilt'. Kejadian itu juga memusnahkan impian Gang Doo menjadi pemain bola sepak disebabkan kecederaan di kakinya. Dia mengalami depression dan terpaksa tinggal di rehab centre selama 3 tahun.
Just Between Lovers menunjukkan bagaimana Gang Doo dan Moon Soo mengatasi peristiwa pahit masa lalu dan membangun kendiri untuk masa depan yang cerah disamping healing each other. Drama ini juga memaparkan perasaan keluarga mereka yang terlibat kejadian bangunan runtuh dan bagaimana mereka move on dalam hidup mereka.
Review panjang, klik Just Between Lovers.
A Piece of Your Mind
Drama mengisah hero dan heroin yang mengalami kesedihan disebabkan kematian orang tersayang. Hero tidak dapat melepaskan kenangan bersama kawan perempuan yang dikenali sejak kecil ketika mereka tinggal di luar negeri, manakala heroin pula tidak sanggup untuk balik kampung kerana kehilangan kedua ibubapa di dalam kebakaran rumah mereka.
Mereka saling memberi kekuatan untuk move on daripada kesedihan masa lampau.
Review panjang, klik review A Piece of Your Mind.
May I Help You