Monday, 19 June 2023

Lain rasanya pergi Supermarket T20..

Hari Ahad lepas, teman ke Bangsar Shopping Centre (BSC). Sepanjang duduk di KL ni, adalah sekali kot jejak kaki di sini...not my playground, shopping complex golongan T20, golongan kayangan..


Teman ke sini sebab ada appointment untuk facial, katanya teman dapat free voucher. Tapi biasalah, ada udang disebalik batu. Bila dah sampai sana, scan kulit muka, staff tu mulalah suggest itu ini. Tengok harga, paling murah facial disini ialah RM500 (ini yang percuma tu)..huhu. Dah dengar cadangan semua, teman pun setujulah top-up RM100 untuk ambil facial yang lain. Bolehlah, still affordable..cukuplah sekali..

restoran di main entrance

Dah habis buat facial, kita ronda-ronda. Kedai-kedai di sini lain macam, jarang jumpa di shopping complex yang lain. Adalah 2-3 yang pernah nampak seperti restoran Dome, MPH, Chef Wan & Godiva. Sampai di supermarket BSC Fine Foods.

Di ruang legar depan supermarket ni ada booth jualan, kita tengok-tengok je...

booth coklat Royce, jenama dari Jepun
dan Castania, butik kekacang 

booth Tlur, tropical caviar

booth bakery Kenny Hill's Bakers
 
booth Baaji's jual kurma premium, baklava & coklat 
cantik-cantik bekasnya
 
Ok, jom kita ronda-ronda tengok barang bahagian dalam pula. Supermarket ni nampak kemas dan teratur. Setiap section, dilabel dengan tulisan besar.
 
pelbagai jenis keju
 
keju-keju
 
 Yang best pergi supermarket elit ni, akan jumpa pelbagai jenama barang-barang
mungkin sebab pelanggan mereka mostly expatriate, foreigner, barang-barang pun lain macam, pelbagai jenis jenama teh, rambang mata nak pilih

pelbagai jenis teh
 
teh lagi
 
kerepek tempeh pun lawa je

makanan kesihatan ..moringa, turmeric powder
 

buah nenas tersusun kemas kat atas tu
 
bersambung dengan bahagian bakery & cafe

ramai yang lepak-lepak di cafe

roti & buns

cookies in jars
dibelakang tu ada kek cempedak

St Michel French Madeleines
Made in France katanya
Pure butter, 100% CRC Certified French Wheat
Cage-Free Eggs, Halal Certified


 Tempting tengok buns, kita pun pilih-pilih for late breakfast
 
 
Banquet D'or Apple, Sardine Puff, Madeleine Citrus
Hazelnut Latte - total RM33.10
sedap semuanya

Sekali-sekala bolehlah, hanging out di retail mall di kawasan elit
till then, stay healthy!

Thursday, 15 June 2023

Rasa Kayangan Harga Setinggan

Tagline tak menahan, mengundang curiga..

Hari yang sama beli mee sup daging Melayu Champa, terpandang khemah jual dessert ni - Emy Dessert Viral namanya. Satu deret dengan gerai mee sup, di tepi jalan utama Batu Muda..tak pasti masih berjualan lagi ke idok..

 
harga pasaran juga..takdelah murah..
 
Hati pun teringin nak tengok apa yang dijual. Masa ni banyak kereta parking tepi gerai ni. Tengok dalam khemah, ramai pelanggan tengah pilih-pilih barang jualan
 
puding & jus
 
mini pavlova
 
minuman lagi
 
macam2 ada - qasidah, tahu berlauk, cream puff
 
waktu operasi - Isnin tutup

vietnam thai roll - RM12

daging Danok - RM15
 


cuma beli jus buah, harga RM10.00 sebotol
 
Haritu lalu sini, macam tak nampak gerai-gerai semua. Mungkin lepas raya belum start berniaga...ok, nanti kita gi siasat lagi..

Wednesday, 14 June 2023

Bungkus Kaw-Kaw

Hola, cerita makan lagi..

Suka konsep outlet Bungkus Kaw-Kaw..the warung style, konsep santai dengan tagline  - the original lokal drinks. Bungkus 'kaw-kaw" femes dengan minuman dia yang kaw (thick, undiluted). 

Dah pergi a few outlet Bungkus Kaw-Kaw di KL and Selangor..

 Empire Subang Gallery



ada tulis makna 'bungkus kaw-kaw'

nasi lemak udang & kopi
 
Sogo shopping complex 
 
makan kuih pulut tai-tai disini
rindu kole tu

Kisah pencarian pulut tai-tai, ceritanya di sini

Sunway Putra Mall
 
pernah juga makan di sini, tapi tak snap gambar
 
NU Sentral
 
outlet paling kecik..boleh muat 4 orang je at one time
 
Suria KLCC 

wahh..besar outlet di KLCC..
 
Yang ni pula makan d pejabat
 
kawan belanja - bihun siam
sedapp..
 

Dari segi rasa, sedap juga makanan dia tapi harga bukanlah harga warung ya, hehe..harga standard restoran..biasalah outlet di shopping mall..
 
Silalah mencuba, sapot lokal