Wednesday, 11 September 2024

WW #35 : Favourite ku...

 Tak boleh tolak benda ni

bila jumpa, mesti nak beli

tart nenas bunga

saiz jumbo by Azlina Ina

Tuesday, 10 September 2024

Port Makan-Makan : KL City Walk (KLCW)

Assalamualaikum..sambung port makan-makan dekat Jalan Perak, yang selalu kitaorang pergi time makan tengahari. Kali ni port makan-makan yang panjang, dari susur Jalan Pinang hingga ke Jalan P. Ramlee, dari selatan ke utara..KL Citywalk namanya..

KL Citywalk ni dah lama ada, dah lebih 10 tahun lamanya. Pernah buat entry pada tahun 2014 - Bukit Bintang : Berjalan Kaki

Ada banyak entrance ke sini..yang paling dekat dan mudah ialah entrance dekat Menara Bank Islam.

entrance dekat Menara Bank Islam
terus ke bahagian tengah KLCW
 
Disebabkan ia panjang, cuma beberapa bahagian je yang berpenghuni. Banyak outlet yang kosong. Bahagian yang paling meriah ialah di bahagian tengah.  Kalau lunch time, memang ramai di bahagian ni. 

Bahagian tengah
 
Di bahagian tengah ni ada outlet jual masak lemak salai, nasi arab, pasta, nasi ayam gepuk/penyet dan nasi campur Thai dan juga outlet jual minuman
 
warung jual nasi ayam geprek, ayam penyet
selalu beratur panjang di sini
 
outlet jual nasi arab & coffee hipster
 
tudia..nasi arab yambing pun ada
 
 
nasi mendi ayam..enak..
 
nasi daging bakar danok...pun sedap
 
gerai nasi campur thai
 
nasi campur Thai
 
Thai tea yang enak..limau ais pun sedap..
 
ok juga pasta disini..ada jual nasi goreng juga
 
outlet salai-salai
 
Best juga makan di sini, sebabnya terdengar jelas kuliah zohor di surau Menara Bank Islam...dapat juga santapan rohani..
 
entrance di bahagian selatan, dekat susur Jalan Pinang ke Jalan Perak
 
jual cendol, durian dan buah2an  
 
gerai cendol & buah2an 
 
durian street
 
bahagian selatan
 
ke bahagian utara - the Boardwalk
 
entrance di bahagian utara dari Jalan P. Ramlee
 
di sini pun jual buah durian juga
 
dan buah-buah lain juga
 
di bahagian utara, ada outlet nasi arab dan warung Jakarta
 
Warung Jakarta
 
Bahagian tengah KLCW ni cuma buka sampai lunch time sahaja, petang dah tutup
waktu malam cuma yang hujung-hujung je yang buka, dua-dua jual buah durian
 
Check it out kalau berada di kawasan ni..ibarat bersaei kalau berjalan dari hujung ke hujung..letih juga lah berjalan..
 

Monday, 9 September 2024

Aktiviti Hiliran Selepas Makan Kenduri

Sambung kisah di Sepang. Selepas makan kenduri, kami pun merayap pi pantai Bagan Lalang..

Alang-alang dah sampai Bagan Lalang, haruslah jejak kaki ke pantai nya...akitiviti hiliran..tengahari buta, pukul 12.42 berada ditepian pantai..

the venue
 
 

ramai juga pengunjung pantai..ada beberapa kumpulan sedang buat aktiviti
sukaneka / team building 
 
di seberang jalan, ada banyak gerai-gerai jualan

air viral - jeli limau asam boi
 
singgah beli ayam goreng Muiz 


sedap juga ayam goreng Muiz ni
 
on the way keluar dari Kampung Bagan Lalang
singgah di gerai jual buah naga..memang di Sepang 
ada banyak ladang buah naga
 
ada sebiji RM1.00, ada yg RM2.00
 
on the way nak masuk highway, lalu tepi Mitsui Outlet Park
melencong masuk Mitsui pula
banyak outlet buat sale sempena sambutan merdeka
terjebak beli sport shoes & cincin Pandora
 
my first Pandora thing..cukuplah satu..

begitulah aktiviti di Sepang..dari kenduri hingga ke shopping
 
Alhamdulillah