Assalamualaikum..sambung port makan-makan dekat Jalan Perak, yang selalu kitaorang pergi time makan tengahari. Kali ni port makan-makan yang panjang, dari susur Jalan Pinang hingga ke Jalan P. Ramlee, dari selatan ke utara..KL Citywalk namanya..
KL Citywalk ni dah lama ada, dah lebih 10 tahun lamanya. Pernah buat entry pada tahun 2014 - Bukit Bintang : Berjalan Kaki
Ada banyak entrance ke sini..yang paling dekat dan mudah ialah entrance dekat Menara Bank Islam.
entrance dekat Menara Bank Islam
terus ke bahagian tengah KLCW
Disebabkan ia panjang, cuma beberapa bahagian je yang berpenghuni. Banyak outlet yang kosong. Bahagian yang paling meriah ialah di bahagian tengah. Kalau lunch time, memang ramai di bahagian ni.
Di bahagian tengah ni ada outlet jual masak lemak salai, nasi arab, pasta, nasi ayam gepuk/penyet dan nasi campur Thai dan juga outlet jual minuman
warung jual nasi ayam geprek, ayam penyet selalu beratur panjang di sini
outlet jual nasi arab & coffee hipster
tudia..nasi arab yambing pun ada
nasi mendi ayam..enak..
nasi daging bakar danok...pun sedap
nasi campur Thai
Thai tea yang enak..limau ais pun sedap..
ok juga pasta disini..ada jual nasi goreng juga
Best juga makan di sini, sebabnya terdengar jelas kuliah zohor di surau Menara Bank Islam...dapat juga santapan rohani..
entrance di bahagian selatan, dekat susur Jalan Pinang ke Jalan Perak
jual cendol, durian dan buah2an
ke bahagian utara - the Boardwalk
entrance di bahagian utara dari Jalan P. Ramlee
di sini pun jual buah durian juga
di bahagian utara, ada outlet nasi arab dan warung Jakarta
Bahagian tengah KLCW ni cuma buka sampai lunch time sahaja, petang dah tutup
waktu malam cuma yang hujung-hujung je yang buka, dua-dua jual buah durian
Check it out kalau berada di kawasan ni..ibarat bersaei kalau berjalan dari hujung ke hujung..letih juga lah berjalan..