Saturday, 8 February 2025

Shangri-La, China : Dukezong Ancient City


Nihao..sambung kisah travel di Shangri-La, China....

Pakcik driver hantar kami ke North Gate of Dukezong Ancient City. Ancient City ni terletak di tengah bandar Shangri-La.

Dukezong is a Tibetan town in Shangri-la County, Deqin Tibetan Autonomous Prefecture, Yunnan. As the largest and best-preserved Tibetan residence groups in China, it is over thirteen hundred years old, which not only plays an important role in the Old Tea - Horse Road, but also serves as a corridor connecting Chinese and Tibetan language, people, religion and cultures - source: yunnanexploration

North Gate - suka tengok senibina Tibet
 
lawa bangunannya
 
Jom masuk ikut pintu North Gate
 
dah masuk ancient city, kelihatan north gate di kejauhan
 
Sebenarnya ancient city ni, bukanlah ancient sangat, yang original dah terbakar. Depa bina baru tapi masih mengekalkan senibina lama, itu yang nampak macam  ancient..cantik depa buat..China boleh!!
 
manhole gambar yak
 
suasana dalam ancient city, cobbled stone streets
ikut je kaki melangkah, takde arah tujuan
 
pakaian tradisional orang Tibet
 
suka tengok bangunan berseni macam ni
 
Tetiba teringat kat giant prayer wheel yang orang dok share kat tiktok, kena cari ni, just nak tengok je..jumpalah jalan masuk, kena mendaki masuk kawasan kuil..
 
kelihatan giant prayer wheel yang berwarna keemasan 
 
separuh jalan turun balik, tak larat nak mendaki anak tangga yang tinggi
untuk ke giant prayer wheel..
 
rupa paras giant prayer wheel
source: internet
 
Dah turun, kita ronda-ronda kat market square..
 
market square
 
Masa untuk lunch..booking Didi untuk ke satu restoran Muslim
yang ada menyediakan menu daging yak
 

tunggu Didi di tepi jalan
 
moh bergerak, Didi dah sampai...

Friday, 7 February 2025

China, Yunnan : One day trip ke Shangri-La

Khamis, 24 Oktober 2024

Itinerary hari ni ialah one-day trip ke Shangri-La, yang terletak 185km ke utara Lijiang. Shangri-La atau nama lainnya Xianggelila ialah pusat pemerintahan daerah Diqing Tibetan Autonomous. Shangri-La berada di ketinggian 3,200m dari paras laut.

Perjalanan selama 1 jam 13 minit menaiki keretapi HSR dari Lijiang zhan. Harga tiket pergi-balik RM36.63, keretapi bertolak pukul 8.32 pagi...

 
ticket check nak masuk ke terminal
 
Perjalanan keretapi ke Shangri-La menempuhi kawasan bergunung-ganang, 
hampir 90% perjalanan berada dalam kegelapan terowong..
 
awan-gemawan
 
 Menghampiri bandar Shangri-La, sudah nampak ciri-ciri musim luruh
 
pokok-pokok dah bertukar warna
 
Dongba - ciri-ciri Tibet dah kelihatan
 
Alhamdulillah, dah sampai di stesen keretapi Shangri-La. Hujan renyai-renyai menyambut ketibaan kami di Shangri-La..tetap teruja, hidup mesti diteruskan..
 

 Bergerak keluar, pandang belakang...wahh..cantik stesen nya..
 
 bangunan arrival and departure berasingan, senibina Tibet
 
berjalan di dataran luas depan stesen, penuh dengan ciri-ciri senibina Tibet
 
 
semua bercirikan Tibet
 
Nego dengan sorang pakcik driver taxi, nak chartered teksi dia ke Napahai Lake yang ada cafe tepi tasik. Setuju dengan harga, kami pun on. Dia orang Tibet, dalam teksi, pasang lagu Tibet je...siap video call dengan wife dia, introduce kami dari Malaysia.
 
Dia dah macam driver cum travel agent cum jurugambar, sebab dah biasa bawa pelancong, suka2 je berhenti..paksa2 suruh bergambar, siap offer ambikkan gambar..happy je dia..

yang ni dia berenti tepi jalan, suruh ambik gambar 
berlatarbelakangkan Shongzalin Temple
 
Layan je lah...hahaha..sib baik temple tu jauhhh, nampak kecik je. Ok, meneruskan perjalanan, kali ni berhenti di satu tempat yang sangat luas. Ada dua bangunan kayu. Ingatkan dah sampai Napahai Lake, rupanya bukan..ini kawasan padang ragut (grassland)..Yila Grassland..
 
Masuk dalam satu bangunan, pakcik driver tu suruh kami pilih route untuk naik kuda. Kena bayar 100++ yuan. Ikut jelah..masa ni hujan belum berhenti..kena pakai baju hujan. Bersusah payah nak naik atas kuda...haha..
 
Kemudian ada sorang budak lelaki pegang tali kuda, bawa dua2 kuda berjalan ke tengah padang yang luas tu, sambil humming lagu Tibet. First time naik kuda, wehh, kuda padi..hehe..
 
Kat tengah-tengah padang ni, ada tempat photoshoot pakai baju tradisional Tibet, lengkap dengan perhiasan kepala dan lain-lain perhiasan..ada tukang make-up juga, tak tahu kena bayar ke tak sebab kami malas nak ganti baju, nak ber-OOTD di tengah hujan..dahlah sejuk gedi..mood nak bergambo dah ke laut dalam..
 
kuda yang membawaku
 
anak kambing biri-biri ni jadi prop untuk photoshoot
 
ni ialah kawasan photoshoot, ala-ala aktiviti memanah
 
Yila Grassland - kawasan padang ragut dikelilingi gunung-ganang
 
tak berlama-lama di sini, naik kuda semula, balik ke bangunan. Kena lak bayar 20yuan untuk photo atas kuda yang depa snap masa keluar bangunan tadi, takpelah buat kenang-kenangan 
 
Selesai disini, kami inform pakcik driver, tak jadi pergi Napahai Lake sebab hujan. Kami suruh hantar ke Bei-men (North Gate) di Dukezong Ancient City 
 
Kita ronda Ancient City..hujan tak berhenti...bersambung..

Wednesday, 5 February 2025

NDAT | Pasar Payang | Mayang Mall | KTCC | Keluarga si Oyen

Assalamualaikum...kisah jalan-jalan, meronda Bandar Kuala Terengganu. 

Pagi Sabtu, kami tak sarapan di hotel, keluar gi Restoran Nasi Dagang Atas Tol (NDAT), depan Paya Bunga mall, nak makan nasi dagang dengan air ombak rindu..teh tarik yang berbuih-buih dan keropok lekor..Alhamdulillah..

Kemudian order keropok lekor jenis vacuum untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Seorang order 10 peket, satu peket ada 5 batang...huh, giler kuasa...hahaha..

Laksa kuah putih di Nasi Dagang Atas Tol
teringin! makan di pagi Ahad, semasa tunggu 
keropok lekor vacuum yang dipesan
 
Pasar Payang

Lepas sarapan, ambik grab ke Pasar Payang yang baru. Sekarang ni ada 2 bangunan, satu jual batik, barang kemas dan satu lagi jual makanan kering, keropok2..

 
Bangunan utama yang ada jual batik
 
menara jam
 
bangunan yang ada jual kopok2
 
Jalan-jalan beli kain batik, T-shirt, keropok baby, keropok kering. Keropok lekor tak beli sebab dah booking kat Nasi Dagang Atas Tol. 
 
Dah penat berjalan, singgah di foodcourt, makan colek buah dan mee rebus Terengganu
 

mee rebus Terengganu...lain sikit macam mee sup kuahnya
 
KTCC Mall
 
Malam Sabtu keluar meronda ke mall yang happening, KTCC Mall. Dinner di Mi Tarik Warisan Asli dan beli bun di Harold's bakery. Dari dalam mall, nampak ada yang berjualan di luar dekat pintu masuk utara...ooo..depa jual roti roujimo yang viral di Bukit Bintang..
 
on the spot buat roti inti daging/ayam
Oyen interframe
 
men at work

laju depa uli

menggoreng
 
Beli satu roti daging, untuk makan-makan supper di hotel 
order grab, tengok ada tiga ekor Si Oyen, suka tengok gelagat si Oyen
 
ni mesti mak dia
 
 aksi kucing
 
bapak dia

Mayang Mall
 
Hari Ahad ada site inspection Mayang Mall. Masa ni belum buka lagi. Haruslah tayang gambar drone...hehe..tapi bukan teman yang ambik, branch office yang ambik. Kami tak bawa drone, kena bawa topi keras siap2 dari KL, SOP untuk masuk bangunan yang belum siap internal renovation...


  Mayang Mall di tepi sungai
 
aerial view

replika batu bersurat Terengganu dan Jambatan Angkat
 
bangunan MBKT ...lawa, ditepi sungai
 
strong women, gentle women

Lepas site inspection, singgah di branch office sekejap, then balik hotel, ambik beg and shoot to airport. Dapat message yang flight delay...lunch kat airport saja..

Sekian, work trip ke Kuala Terengganu..3 hari 2 malam..