Friday, 7 February 2025

China, Yunnan : One day trip ke Shangri-La

Khamis, 24 Oktober 2024

Itinerary hari ni ialah one-day trip ke Shangri-La, yang terletak 185km ke utara Lijiang. Shangri-La atau nama lainnya Xianggelila ialah pusat pemerintahan daerah Diqing Tibetan Autonomous. Shangri-La berada di ketinggian 3,200m dari paras laut.

Perjalanan selama 1 jam 13 minit menaiki keretapi HSR dari Lijiang zhan. Harga tiket pergi-balik RM36.63, keretapi bertolak pukul 8.32 pagi...

 
ticket check nak masuk ke terminal
 
Perjalanan keretapi ke Shangri-La menempuhi kawasan bergunung-ganang, 
hampir 90% perjalanan berada dalam kegelapan terowong..
 
awan-gemawan
 
 Menghampiri bandar Shangri-La, sudah nampak ciri-ciri musim luruh
 
pokok-pokok dah bertukar warna
 
Dongba - ciri-ciri Tibet dah kelihatan
 
Alhamdulillah, dah sampai di stesen keretapi Shangri-La. Hujan renyai-renyai menyambut ketibaan kami di Shangri-La..tetap teruja, hidup mesti diteruskan..
 

 Bergerak keluar, pandang belakang...wahh..cantik stesen nya..
 
 bangunan arrival and departure berasingan, senibina Tibet
 
berjalan di dataran luas depan stesen, penuh dengan ciri-ciri senibina Tibet
 
 
semua bercirikan Tibet
 
Nego dengan sorang pakcik driver taxi, nak chartered teksi dia ke Napahai Lake yang ada cafe tepi tasik. Setuju dengan harga, kami pun on. Dia orang Tibet, dalam teksi, pasang lagu Tibet je...siap video call dengan wife dia, introduce kami dari Malaysia.
 
Dia dah macam driver cum travel agent cum jurugambar, sebab dah biasa bawa pelancong, suka2 je berhenti..paksa2 suruh bergambar, siap offer ambikkan gambar..happy je dia..

yang ni dia berenti tepi jalan, suruh ambik gambar 
berlatarbelakangkan Shongzalin Temple
 
Layan je lah...hahaha..sib baik temple tu jauhhh, nampak kecik je. Ok, meneruskan perjalanan, kali ni berhenti di satu tempat yang sangat luas. Ada dua bangunan kayu. Ingatkan dah sampai Napahai Lake, rupanya bukan..ini kawasan padang ragut (grassland)..Yila Grassland..
 
Masuk dalam satu bangunan, pakcik driver tu suruh kami pilih route untuk naik kuda. Kena bayar 100++ yuan. Ikut jelah..masa ni hujan belum berhenti..kena pakai baju hujan. Bersusah payah nak naik atas kuda...haha..
 
Kemudian ada sorang budak lelaki pegang tali kuda, bawa dua2 kuda berjalan ke tengah padang yang luas tu, sambil humming lagu Tibet. First time naik kuda, wehh, kuda padi..hehe..
 
Kat tengah-tengah padang ni, ada tempat photoshoot pakai baju tradisional Tibet, lengkap dengan perhiasan kepala dan lain-lain perhiasan..ada tukang make-up juga, tak tahu kena bayar ke tak sebab kami malas nak ganti baju, nak ber-OOTD di tengah hujan..dahlah sejuk gedi..mood nak bergambo dah ke laut dalam..
 
kuda yang membawaku
 
anak kambing biri-biri ni jadi prop untuk photoshoot
 
ni ialah kawasan photoshoot, ala-ala aktiviti memanah
 
Yila Grassland - kawasan padang ragut dikelilingi gunung-ganang
 
tak berlama-lama di sini, naik kuda semula, balik ke bangunan. Kena lak bayar 20yuan untuk photo atas kuda yang depa snap masa keluar bangunan tadi, takpelah buat kenang-kenangan 
 
Selesai disini, kami inform pakcik driver, tak jadi pergi Napahai Lake sebab hujan. Kami suruh hantar ke Bei-men (North Gate) di Dukezong Ancient City 
 
Kita ronda Ancient City..hujan tak berhenti...bersambung..

10 comments:

  1. Mesti cantik- cantik gambar kat sini kan..props menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik dgn pakaian & hiasan tradisional tibet, mcm2 gaya depa posing..

      Delete
  2. Bestnya dapat driver teksi macam ni, banyak moment dapat dirakam, tak lokek nak berhenti banyak kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap hari bawak tourist...seronok je dia tunjuk tempat2 menarik kat negeri dia..

      Delete
  3. Replies
    1. Subhanallah..cantik..yg dlm keretapi siap ber wow, wahh..

      Delete
  4. Bagus nya taxi driver tu. Cantiknya Yila Grassland. Cantik view dari dalam train.

    ReplyDelete
  5. cantiknya pemandangan, terasa nak gi oversea juga la tapi rutin yg sedia ada tak boleh nak ditinggalkan..InsyaAllah, moga ada kesihatan baik utk travel jauh nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah semoga diberi kesihatan yg baik & kesempatan utk travel jauh..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!