Sunday, 16 February 2025

China, Yunnan : From Lijiang to Dali Old Town

Assalamualaikum..sambung kembali kisah travel di China..

Jumaat, 25 Oktober 2024...

Hari ni kami bergerak turun dari Lijiang ke Dali dengan menaiki HSR pukul 8.55 pagi. Harga tiket sehala Lijiang-Dali ialah RM53.70, perjalanan selama 2jam 15min.

Pukul 7.00 pagi kami dah check out. Lady boss bawa luggage dengan troli tarik & hantar kami ke tepi jalan besar. Naik teksi ke stesen keretapi..

Dalam keretapi ke Dali city
 
ada bekalan air minum/panas dalam keretapi
 
view luar bandar China..kawasan pertanian yang luas
 
Jauh lagi nak sampai stesen keretapi Dali, penumpang dah beratur depan pintu..
hee..tak faham den..biaq pi lah, asal depa bahagia..

bersiap siaga
 
Dah sampai stesen keretapi Dali, berpusu-pusu manusia nak keluar. Rupanya ada keretapi lain juga tiba masa yang sama..stesen pula tengah renovation..sesak giler.
 
Di Dali ni kami duduk satu malam je..booking hotel di Dali Ancient City @ Dali Old Town. Dali ada 2 town, satu Dali city (Xiaguan City) dan Dali Old Town. 
 
Stesen keretapi terletak di Dali city manakala Dali Old Town lebih kurang 15km ke utara Dali city.  Kami booking Didi, dapat Didi pompuan, bawa BYD. Seperti biasa, kenderaan dihadkan di dalam kawasan old town. Didi hantar kami dekat entrance gate..kena naik buggy ke hotel.
 
salah satu gate di bahagian selatan old town
buggy sedang menunggu di Boai Road
 
ada tourist information centre dekat sini
 
kami pun sewa buggy untuk ke hotel, 30yuan. Dia pun bawa, cilok sana, cilok sini, tiba di penghujung lorong kecik, dia berhenti, rupanya tak sampai depan hotel sebab nak ke lorong hotel, kena lintas jalan besar yang pedestrian street, driver tu pun tunjuk lorong nak ke hotel...huhu..kena heret beg..
 
Renmin Road yang pedestrian street
 
Hotel kami namanya Dali Old Courtyard Boutique Inn, lokasinya di Xinming Street, 
off Renmin Road..
 
ada signage ke hotel di lorong
 
inilah Xinming Street, 
benda putih-biru tu ialah tie-dyeing, specialty etnik Dai
 
 Alhamdulillah, sampai juga di hotel
 
entrance ke hotel
 
entrance bhg dalam
 
Tadaa..courtyard hotel lagi..kali ni vintage style, memang betul-betul old..
bangunan kayu 2-tingkat. 2 orang pompuan muda menyambut kedatangan kami
Alhamdulillah, mereka boleh berbahasa Inggeris..mudah berkomunikasi..
 
 
  bangunan utama
 
 
 
Bangunan utama menempatkan reception area di tingkat bawah
dan bilik-bilik hotel di tingkat atas
 
 Bilik kami di tingkat bawah di right wing
 
 
right wing
 
left wing - ditingkat bawah ada bilik2 lukisan macam galeri
 
 
bilik hotel kami
 
Hotel ni booked via Agoda, rate semalam RM408.02 sekali dgn breakfast
takde pilihan nak skip breakfast, on je lah..

 Jom tengok bilik hotel. sebelum tu buka kunci old skool ni
 
kunci yang old skool
 
Bilik besar, memanjang
 
lounge di ruangan tengah
 
bilik air yang moden
 
ada disediakan cerek, teh & air botol
 
tempat tidur di hujung
 
Puas hati tapi bangunan kayu ni, bila orang atas berjalan-jalan 
akan terbit bunyi..krek..krek.. 

cantik kawasan hotel ni, sunyi dan homely
 
ada kolam kecil 
 
bilik-bilik di tingkat bawah left wing
 
 Oklah, selesai dah tour hotel. Dah freshen up dan solat, kita keluar
meronda Dali Old Town

Saturday, 15 February 2025

Sawah Padi @ Kpg Labu Kubong

 

Masih lagi di hari Jumaat, 31 Januari 2025..

Selepas bersarapan di Breakfast by the River, kami ke Lubuk Merbau, nak tengok sawah padi di Kampung Labu Kubong..

entrance ke kawasan sawah padi
 
 masuk kawasan parking, ada restoran
ada homestay di sini
 
 
Restoran Santapan D'Bendang
 Tadi By The River, yang ni D'Bendang pula..kerlass..
 
inilah homestay nya
 
Kita pun terus ke sawah, padi masih belum menguning..
 
sawah padi menghijau
 
cendawan kaler oren
 
pokok keladi kaler ungu

jadual penanaman padi

 semangat!!...gerakan daya wawasan

----------------------------------------------

Hari Sabtu, bergerak balik ke KL, tak nak balik hari Ahad
takut jem, rupanya hari Sabtu pun jem di beberapa tempat
 
Bergerak dari Kuala Kangsar, pukul 12.15 tengahari


dekat area Gua Tempurung
 
Alhamdulillah, sampai KL pukul 7.10 malam

Friday, 14 February 2025

Breakfast by the River

Salam Jumaat & Nisfu Syaaban 1446H..

Masih lagi cerita di kampung di Kuala Kangsar.....

Hari Jumaat pagi, kami pergi sarapan di tempat viral Breakfast by the River

Ada keluarga adik bongsu juga, sampai di kampung petang Khamis. Mereka sekeluarga pergi roadtrip ke selatan Thailand...Hatyai-Satun/Yala-Pattalung-Krabi..masuk Thailand ikut Bukit Kayu Hitam, balik Malaysia ikut Padang Besar..

Breakfast by the River ni letaknya di tepi Sungai Perak kat area Kampung Kota Lama Kiri..

the venue, dah ramai pelanggan
 
the venue
 
Masuk ke dalam, port tepi sungai semua dah taken up, so kita makan kat dalam lagipun anggota rombongan ramai..9 orang..
 
bahagian dalam
 
view arah sungai
 
Ok, jom order. disini ada jual local & western foods
 
menu nasi - nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu
 
menu western 

menu add-on
Me & mother order nasi lemak telur mata, kakak order nasi dagang ikan tongkol, order juga mushroom soup with garlic bread
anak-anak adik mostly order western, yang kecik je order nasi lemak
 
tempat penyediaan makanan & minuman
 
sementara tunggu makanan siap, jalan-jalan tengok kawasan
 
Sungai Perak
 
mushroom soup with garlic bread
 
nasi lemak telur mata
 
nasi dagang ikan tongkol
 
Overall, oklah, bolehlah..harga makanan on the high side..lagi mahal dari KL
nasi lemak telur mata RM4.50
harga minuman reasonable..nak repeat, idok ler kot...haha..