Assalamualaikum..sambung kembali kisah travel di China..
Jumaat, 25 Oktober 2024...
Hari ni kami bergerak turun dari Lijiang ke Dali dengan menaiki HSR pukul 8.55 pagi. Harga tiket sehala Lijiang-Dali ialah RM53.70, perjalanan selama 2jam 15min.
Pukul 7.00 pagi kami dah check out. Lady boss bawa luggage dengan troli tarik & hantar kami ke tepi jalan besar. Naik teksi ke stesen keretapi..
Dalam keretapi ke Dali city
Jauh lagi nak sampai stesen keretapi Dali, penumpang dah beratur depan pintu..
hee..tak faham den..biaq pi lah, asal depa bahagia..
bersiap siaga
Dah sampai stesen keretapi Dali, berpusu-pusu manusia nak keluar. Rupanya ada keretapi lain juga tiba masa yang sama..stesen pula tengah renovation..sesak giler.
Di Dali ni kami duduk satu malam je..booking hotel di Dali Ancient City @ Dali Old Town. Dali ada 2 town, satu Dali city (Xiaguan City) dan Dali Old Town.
Stesen keretapi terletak di Dali city manakala Dali Old Town lebih kurang 15km ke utara Dali city. Kami booking Didi, dapat Didi pompuan, bawa BYD. Seperti biasa, kenderaan dihadkan di dalam kawasan old town. Didi hantar kami dekat entrance gate..kena naik buggy ke hotel.
buggy sedang menunggu di Boai Road
kami pun sewa buggy untuk ke hotel, 30yuan. Dia pun bawa, cilok sana, cilok sini, tiba di penghujung lorong kecik, dia berhenti, rupanya tak sampai depan hotel sebab nak ke lorong hotel, kena lintas jalan besar yang pedestrian street, driver tu pun tunjuk lorong nak ke hotel...huhu..kena heret beg..
Hotel kami namanya Dali Old Courtyard Boutique Inn, lokasinya di Xinming Street,
off Renmin Road..
benda putih-biru tu ialah tie-dyeing, specialty etnik Dai
Alhamdulillah, sampai juga di hotel
Tadaa..courtyard hotel lagi..kali ni vintage style, memang betul-betul old..
bangunan kayu 2-tingkat. 2 orang pompuan muda menyambut kedatangan kami
Alhamdulillah, mereka boleh berbahasa Inggeris..mudah berkomunikasi..
bangunan utama
Bangunan utama menempatkan reception area di tingkat bawah
dan bilik-bilik hotel di tingkat atas
Bilik kami di tingkat bawah di right wing
right wing
Hotel ni booked via Agoda, rate semalam RM408.02 sekali dgn breakfast
takde pilihan nak skip breakfast, on je lah..
Jom tengok bilik hotel. sebelum tu buka kunci old skool ni
Bilik besar, memanjang
Puas hati tapi bangunan kayu ni, bila orang atas berjalan-jalan
akan terbit bunyi..krek..krek..
cantik kawasan hotel ni, sunyi dan homely
Oklah, selesai dah tour hotel. Dah freshen up dan solat, kita keluar
meronda Dali Old Town
Waalaikumussalam.
ReplyDeleteMenarik hotelnya. Tapi bab dengar bunyi di atas tu kurang best sikit hihihii.
itulah kan...visual dah ok, tetiba ada masalah dalaman pula....haha..
DeleteCantiknya hotel. Memang old school ni. Nampak aman damai je.
ReplyDeletetak ramai guests...tenang je suasana tapi bila malam, terdengar org berjalan kt atas...itu yg x best..
DeleteSeronoknya dapat berjalan kat negara orang.
ReplyDeleteAlhamdulillah...Allah permudahkan...
DeleteWaalaikumsalam. Wahh cantiknya hotel. Senibina dan diperbuat dari kayu, memang cantik menarik sangat. Naik train kalau stop di bandar, memang ramai turun naik nya kan. Cantik view luar bandar China tu. Aman tenang je kan kawasan perkampungan ada bukit bukau. Ada buggy tunggu ke hotel, senang tak perlu jalan jauh kan.
ReplyDeleteterpikat first time tngok gambar hotel ni....rate mahal pun pejam mata je booking..bertembung 2 keretapi sampai serentak..mmg ramailah jadinya..kawasan luar bandar nampak luas..
Deletetengok hotel, terus teringat cerita Jet Li yang kungfu kungfu tu...sama lah
ReplyDeleterumah tradisional cina...
DeleteCantik juga China ni ya, hotelnya classic betul, harga agak mahal tapi berbaloi juga untuk dapat pengalaman itu. Tempat pun cantik.
ReplyDeletecantik dan bersih jg negara China...itulah, pejam mata je booking...sbb nak merasa duduk di old courtyard...
Deletewaahhhhhh cantiknyaaaa view classic! bangunan kayu old school hehehe
ReplyDeletecantik...walaupun klasik tapi modern...bilik air canggih...hehe..
Deletecantiknya, ... jauh perjalanan... luas pandangan... Alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah...Allah permudahkan...
DeleteSA suka la kalau ke China..dulu suka tgok siri2 citer raja2 cina tu....kena masukkan dalam wishlist ni..masa pi Guangzhou x banyak di bawak ke tempat2 macam ni
ReplyDeleteInshaaAllah, semoga sampai di sini...
Delete