Friday, 24 August 2018

Seoul 2.0 : Unhyeon Palace, Rumah Goblin and Itaewon

Assalamualaikum..

Hari last untuk rondaan di Seoul, esok pagi dah nak balik Malaysia.

Destinasi pagi ni dekat je, di Anguk-dong, nak pi rumah Goblin. Hehe..takde le minat sangat citer Goblin, cuma nak tengok bangunan dia, sebab bangunan ni idiantara bangunan moden bersenibina barat yang terawal dibina di Korea semasa peralihan zaman dinasti beraja ke zaman pemerintahan Jepun.

Ambil Line 3 ke Anguk station, keluar exit 4, tapi exit 4 ada renovation, so keluar exit 5, lintas jalan ke exit 4. Yang best kat Anguk station ni, ada beberapa orang ahjussi yang sukarela bertugas sebagai pemandu pelancong. Siap suruh ikut dia keluar exit 5 dan tunjuk arah ke exit 4. Kamsahamnida.

Rumah Goblin ni dalam kawasan universiti - Duksung Women's University.  Nak ke universiti tu lalu depan Unhyeon Palace, istana di mana Emperor Gojong tinggal sebelum dia menjadi raja/emperor Dinasti Joseon yang terakhir. Istana ni dibina pada tahun 1864 dan dibaiki dalam tahun 1996. Emperor Gojong adalah king dalam kdrama Mr Sunshine.

Masuk sekejap, melawat kawasan, masuk adalah percuma. Sunyi je, tak ramai pelawat.

 sujiksa - guards' quarters

dah habis ronda di sini, kita ke sebelah, ke Duksung Women's University. Dalam kdrama Goblin, mereka cuma shoot bahagian depan, dekat pintu saja.

Sebenarnya rumah Goblin ni dulunya sebahagian daripada Unhyeon Palace, dipanggil Yanggwan Hall atau Western House. Dibina pada tahun 1907 oleh Japanese ambassador untuk mendapat favour daripada keluarga diraja. Kalau tengok kdrama Mr Sunshine, memang geram je tengok orang Korea yang jadi talibarut, pemakan dedak Jepun ni..hishh..

Dah sampai entrance Duksung University, tak ada guards yang jaga, terus je masuk. Ada terbaca, yang kawasan ni tourist tak boleh masuk, pak guard tak bagi masuk. 
 
universiti entrance

Yanggwan Hall

colonial building

  scene dalam citer Goblin

kehijauan
 
Jalan-jalan di bahagian atas pula dan nampak bangunan yang menarik ni di seberang jalan.

ivy-clad building and glass building
ada hanok building di bahagian tengah

Bangunan yang dilitupi dengan pokok ivy dan juga bangunan lutsinar disebelahnya ini ialah Arario Museum in Space. Menarik bangunan ni,  siap dibina pada tahun 1971.

 aerial view Arario Museum

The Arario Museum in Space is a modern art museum that was established by the chairman of the Arario Corporation, Chang-il Kim. The building that houses the museum was designed by the famed Korean architect Kim Swoo-geun.

Dari Duksung University, bergerak balik ke Anguk station. Dah sampai kawasan ni, haruslah melanjutkan langkah ke Bukchon Hanok Village. Jom, di Anguk station, keluar exit 2, jalan terus.


Bukchon-ro


Dah sampai di Bukchon Hanok Village, rasa malas lak nak mendaki bukit, cuaca sangat panas. Suruh anak saudara pi ronda sorang-sorang, sebab dia belum tengok lagi, teman dah pi dulu. dia pun malas nak mendaki bukit, so kitaorang cuma lepak minum air depan kedai serbanika, sambil tengok orang. Ramai pelancong dari negara China, berbas-bas.

Lepak di sini 
 
ada gak pusat pemulihan untuk kaki judi

---------------------------------------

Dari Anguk station, kita ke Itaewon station.

di Itaewon station, sayup je

 balai polis

 the Halal Guy - bangunan warna kuning


dondurma - aiskrim turki


restoran Zafran & Makan


Alhamdulillah, bertemu kembali


syiar Islam di Seoul


Dah pukul 12 lebih, menunggu waktu Zohor di ruang muslimat. Selesai solat, bergerak cari makan, rambang mata, banyak betul restoran halal.

suasana neighbourhood area dekat masjid

pilih restoran ni - Eid
sebab JJCM TV3 pernah datang sini

kecik je kedainya, student malaysia yg jadi waitress

my niece order bulgogi

saya order samyetang 

overall, so-so je makanannya. First time makan samyetang dan bulgogi, don't know what to expect. Samyetang - sup ayam, tawar je rasanya. Bulgogi dia rasa manis. Alhamdulillah...kenyang. Berjalan balik sambil melihat kawasan perumahan di sini.

 tingginya..semput nak mendaki hari-hari..

Bergerak ke destinasi seterusnya, ke Namdaemun Market dan Lotte Mart, sambung shopping. Mula-mula gi Namdaemun Market, beli t-shirt Korea, seaweed, pouch, pengepit kuku dan brooch. Kendian, jalan kaki ke Lotte Mart di Seoul Station, kali ni lalu ikut bawah je, melintas ikut underground di Seoul Square.

bangunan lama Seoul Station

city centre

Kali ni di Lotte Mart, misi membeli kimchi peket, Bibigo Kimchi.

oppa Park Seo Joon jadi duta

Sebelum naik subway, sempat singgah e-mart, beli air dalam peket, bawa balik Malaysia..huhu..

Hasil belian kali kedua di Namdaemun Market, Lotte Mart dan e-mart.

air peket e-mart, seaweed, susu pisang perisa blueberi, susu badam,
nasi segera utk dinner dan dapat free seketul fridge magnet

 pouch kanak-kanak

pouch bersulam

susu badam dan susu pisang perisa blueberi

bibigo kimchi, dah dibalut airtight oleh ahjumma
promoter yang baik hati bagi extra 2 peket lagi

bibigo kimchi, campur kobis & radish
80g -100g je, cukuplah untuk sorang makan 

Masa tengah sibuk-sibuk kemas, tengok kat handphone ada message dari AirAsia. Flight balik pukul 9.30 pagi esok dah di tukar ke pukul 12.30 tengahari. Alhamdulillah, lega rasanya..tak yah lah pepagi buta pi tarik beg tunggu bas airport. Terus bersemangat balik nak keluar meronda lagi..hehe..

Rondaan terakhir..ke Ikseon-dong dan Myeongdong...

Tuesday, 21 August 2018

Salam Idul Adha 1439H

Assalamualaikum semua

*** SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1439H ***

Tasbih, Tahmid dan Takbir kepada Allah Yang Maha Tinggi


Firman Allah s.w.t. maksudnya:

"Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu, dirikanlah solat dan sembelihlah (binatang) korbanmu" - Surah Ai-Kauthar (Ayat 1-2)


Selamat bercuti dan bergembira di samping keluarga di hari raya.

Seoul 2.0 : Namdaemun Market and Lotte Mart

Annyeong, sambung kisah di hari kelima..

Berjalan diatas skypark Seoullo 7017 dari Seoul Station ke Namdaemun Market.

 dah sampai di Namdaemun Market, lintas jalan di sini
masuk lorong depan tu, dua-dua bangunan tu ialah bangunan wholesale

accessory alley rupanya

Masuk sekejap bangunan belah kiri, bangunan dua tingkat jual perhiasan wanita, jalan-jalan cuci mata. Keluar semula, melintas melalui lorong gerai-gerai makan di bangunan sebelah, tembus ke jalan besar di Namdaemun Market, pusing kanan, berjalan ikut kaki, oo..sampai di gate 5.


Dari pintu gerbang gate 5, berjalan ke bawah semula. Nak cari gerai Honam Sokdang. Ikut direction dalam blog budgettraveltokorea, dah jumpa kedai cermin mata di sebelah kiri, masuk simpang depan kedai tu, jumpa pula Bern Market belah kanan, melintas ikut market ni, kendian masuk pula lorong gerai-gerai di bangunan sebelahnya.

Hairtail Alley jual galchi jorim

Honam Sikdang gerai no. 18-6. Nak makan asam pedas Korea - galchi jorim (braised hairtail). Disepanjang lorong, memang semua gerai galchi jorim. Yeayy..dah jumpa..gerai yang di rekomen oleh blog budgettraveltokorea.

 Honam Sikdang

duduk je, ahjumma terus letak banchan atas meja
servis pantas, kalah kedai mamak..hihi..
ada kimchi kobis, ikan goreng, taugeh, radish kimchi, sayur hijau

 order galchi-jorim dan juga ikan mackerel bakar

spicy galchi jorim, steamed egg tu free 

Jenuh juga nak menghabiskan semua ni. Dah ada ikan goreng (banchan), order lak ikan mackerel bakar lagi. Galchi jorim tu pun banyak juga ikan dia. Ikan jenis banyak tulang. Harga: galchi jorim = 8,000 won, ikan mackerel bakar = 10,000 won.

Dah habis makan, jom gi shopping. Nak keluar, nampak ada lorong ke jalan utama Namdaemun, haha. Rupa-rupanya mudah je nak ke sini, takyah pening-pening corner kiri, corner kanan. Dari gate 5 tu jalan terus je, sampai nampak kedai cermin mata no. 10 di sebelah kiri, masuk lorong kecik tu.

masuk lorong ni, ada signage Hairtail Alley kat atas

zoom sikit
kecik je tulisan english dia

Gerai no. 18-6 Honam Sokdang tu corner lot, ikut lorong ni terus ke gerai Honam Sikdang, di barisan kedua.

Alhamdulillah, makan sudah, jom jalan-jalan, shopping pulak. Tak banyak gambar.

kedai barangan made in Korea

Dah habis shopping untuk hari ni, berjalan ikut kaki melangkah, tiba di gate 6. Pusing kiri, nak berjalan pula ke Myeongdong.

gerai kebab dah ada peningkatan
dulu jual kebab saja, sekarang dah ada macam2
falafel, nasi pun ada

halalan toyyiba

menuju ke Myeongdong

Dah sampai exit 7 Hoehyeon station on the way ke Myeongdong, rasa malas pula nak berjalan kaki, terus turun bawah ambik Line 4 ke Seoul Station, sambung shopping di Lotte Mart pula.

Best juga shopping di sini, sambil-sambil cuci mata, tengok orang Korea bershopping, walaupun masih waktu pejabat, weekday - hari Selasa, orang tetap ramai.

 
pelbagai jenis banchan

pelbagai perisa susu pisang (banana uyu)

 kerepek pisang

kerepek buah epal

pelbagai jenis teh - honey citron, pomegranate, omija

Dah ambik barang yang berkenan, jom pi kaunter bayar. Beg kertas kena beli, harga 100won. Orang-orang Korea depa bungkus barang guna kotak recycle. Bagus Lotte Mart ni, bagi free je kot kotak-kotak ni, siap ada tali disediakan, boleh pilih kotak mana yang berkenan di hati.

pilih-memilih kotak

mengikat kotak

Kami takde lah ambik kotak ni, hihi..naik public transport, jenuh nak angkut kotak. Jom balik, dah macam santa claus..hohoho..

Meh tengok hasil mahsyul untuk hari ini..

hasil tangkapan di Lotte Mart
periuk tembaga (utk masak ramen), 4 jenis teh, buah peach, 
buah blueberi, banana uyu yang sedap

buah blueberi tu murah, sepeket besar tu cuma 3,920won = RM14.30, buah peach pun murah juga, rambang mata tengok buah-buahan kat Lotte Mart. Teringin beli buah melon Korea, tapi mahal harganya..9,900 won..untuk 4 biji, huh..

jenis ni lagi sedap, lebih rasa pisang

hasil belian di Namdaemun Market - all made in Korea
set sudu garpu korea, mangkuk nasi bertutup
mangkuk makan, beg & pouch kalis air 

rambang mata tengok pouch kalis air ni
rasa nak borong semua 

brooch beli 4 ketul ni je dan satu klip tudung


yaa..nostalgia, jagung rebus..hihi..jenuh nak mengunyah
liat macam pulut

Sekian shopping untuk hari ini, ada second round sebab order masuk dari Malaysia..hehe..

-------------------------------------

Lewat petang keluar balik, nak cari hanok village di Ikseon-dong, dekat je dengan hotel, dibelah utara Pernah tulis tentang Ikseon-dong ni, dalam entry Black Knight:The inside story. Cerita mengenai aktiviti pemuliharaan dan pengubahsuaian kegunaan rumah hanok di Ikseon-dong.

Tak berapa pasti lokasi sebenar, jalan-jalan ikut langkah kaki, masuk lorong, keluar lorong, ntah kat mana.

cute cafe ni, bangunan belakang tu..huhu..

lorong kecik

Ada banyak juga hotel-hotel di sini seperti Petercat Insadong, Ibis Hotel. Dah tak jumpa Ikseon-dong dan hari pun hampir gelap, terus berjalan balik ke hotel. 

On the way back, pergi check lokasi bus stop untuk airport bus, kemudian berjalan ke Cheonggye River, sambung jalan-jalan di sekitar hotel, melawat kawasan. Banyak gerai-gerai makan (pojangmacha) baru dibuka di tepi-tepi jalan.

Balik hotel, start packing beg. Sesi menghabiskan bekalan makanan, masak bihun tom yam segera untuk dinner and zzz..

Esok last day untuk ronda-ronda Seoul dan tidak dilupa, shopping di Lotte Mart lagi.