Monday, 10 December 2018

Jalan Tuanku Abdul Rahman

Jalan Tuanku Abdul Rahman...Jalan TAR...jalan yang femes di KL..

 dah hijau jalan TAR ni. Kat 'bunting' yang kaler biru tu ditulis 'Low-Carbon Societý'

lime green & ungu

Bandaraya Kuala Lumpur menuju ke bandaraya rendah karbon (low carbon city). Boleh ke? rasanya bertambah lagi adalah. Sekarang ni kerajaan menggiatkan kempen naik pengangkutan awam untuk kurangkan kesesakan lalulintas dan pengeluaran karbon. 70% - 80% pengeluaran karbon datangnya dari kenderaan dan bangunan.  

Mentaliti pun kena 'world class', bersama menjayakannya.

Tuesday, 4 December 2018

Memories of the Alhambra

Assalamualaikum, yeorobun. Holaa!!

Pertama kali baca tajuk drama Korea ni, hati terasa teruja. Rasa pilu pun ada. 

Alhambra. Granada. Al-Andalus. 

Nama-nama yang meruntun hati umat Islam. 

Alhambra - istana raja kerajaan Andalusia di Granada, Sepanyol. Kerajaan Islam yang gilang-gemilang, telah jatuh ke tangan Raja Ferdinand dan Queen Isabelle pada tahun 1492.


 sumber: whatsapp

Kegemilangan yang jatuh, tak mampu bangkit kembali.  Kebobrokan yang berlaku ketika peristiwa Reconquista sangat menyesak jiwa. Membacanya dalam novel Rindu Andalusia dan Cinta Granada, hati bagai dirobek-robek, sedih, pilu, geram. Robek hatiku. Ini novel trilogy - the Granada Trilogy, tapi novel yang ketiga tu macam takde dalam pasaran, tak diterjemah kot dari novel asal dalam bahasa Arab.

Pernah tulis dalam entry Rindu Andalusia dan Menunggu Yang Ketiga. Dalam entry Rindu Andalusia, ada saya masukkan puisi dari pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang menggambarkan perasaan pilu seorang Muslim yang melawat istana Al-Hambra.

Sedutan dari puisi yang panjang..

They wrote all over Al-Andalus “La-Ghaliba Illa’Llah”
(There is no vanquisher except Allah)
but they began to worship the mata ad-dunya (pleasures of the world)
and traded their souls for gold, glory, women and wine,
only to end like stray donkeys,
kicked around by the boots of Ferdinand and Isabell


Granada dikatakan sebuah kota yang cantik...sehingga ada beberapa quotes yang menggambarkan keindahan kota ini.

“Give him alms, woman, because there is nothing sadder in life than being blind in Granada” - Francisco de Icaza.

----------------------
Berbalik kepada Kdrama Memories of the Alhambra, drama ni baru je start 1 Disember, baru 2 episod. 
 

Memang best lah drama ni. Hero - Hyun Bin, heroine - Park Shin Hye. Sapa hero, sapa heroin, tak kisah sangat, I'm more to the drama plot. Kalau plot menarik, memang layan sampai habis. Drama ni tentang IT, computer programmer, computer games, cinta, misteri. 

Episod 1 pun dah best, terutama tentang Augmented Reality (AR). Kita selalu dengar Virtual Reality (VR), AR ni baru first time dengar, ke saya yang ketinggalan...hehe..

Augmented reality (AR) is an interactive experience of a real-world environment where the objects that reside in the real-world are "augmented" by computer-generated perceptual information, sometimes across multiple sensory modalities, including visual, auditory, haptic, somatosensory and olfactory.The primary value of augmented reality is that it brings components of the digital world into a person's perception of the real world.
 
Dalam voice over, hero cakap ramai yang datang ke Granada nak tengok  Alhambra tapi dia datang nak tengok magik. Tetiba datang askar berbaju besi naik kuda dan monumen patung bergerak menghunus pedang pada hero. Rupa-rupanya hero pakai contact lense yang boleh display AR imej. Real sungguh efek CGI dalam drama nih.


hero berlawan dengan panglima kerajaan Nasrid
dalam AR game

Apa lagi yang best? sudah semestilah Granada yang cantik, the narrow cobblestone alley, the Moorish architecture, I likee..

heroin sebagai pemilik Hostal Bonito, hero sebagai tetamu hostel
cari adik heroin yg cipta computer game
  
 suka tengok skuter warna merah tu, heroin punya

side table warna pink

lorong-lorong kecik beralaskan cobblestone

So far, so good. Episod 2 belum habis tengok lagi. Jom explore Granada bersama Hyun Bin dan PSH. Mungkin lepas ni ke Spain kita..huhu..

Recommended for viewing. Adioss..

Friday, 30 November 2018

Nasi Lemak Royale Pokok Sena

Assalamualaikum..

Salam Jumaat. Apa habaq semua? semoga sihat walafiat no. Kali ni cheq nak story nasi lemak Royale yg femes kat uthara..tapi cheq makan kat KL..kat mini UTC Bandaq Baru Sentul..

tudia gerai Nasi Lemak Royale Pokok Sena

Sapa-sapa yang pegi Imigresen UTC Sentul, mesti nampak gerai ni. Sambil-sambil tunggu depa panggil nomboq, mai pekena nasi lemak kuning yang sedap sampai menjilat sudu nih. Cheq sebenaqnya dah banyak kali makan nasi lemak nih..memang baguih laa..

 nasi lemak + hati lembu - RM5.00
teh o kurang manis - RM1.00
harga standard, bubuh kerang, ayam goreng pun RM5.00

Masa ni baru lepaih ambik darah kat klinik kesihatan, dok posa, pukul 10 pagi tak makan lagi, tu yang dok kebuloq semacam. Sebenaq cheq dah lama tak makan organ-organ dalaman ni tapi tengok depa masak hati lembu ni, goreng campuq bawang & cili hijau, begitu juicy, aaiih, teruih loklak, lupa teruih..hiks.

Ada macam-macam lagi pilihan lauk lain..ayam goreng, ayam rendang, kerang...

moi (bubur nasi)

ketupat palas

Recommended..pilihan pengunjung UTC Bandar Baru Sentul untuk sarapan pagi. 
Welcome bulan bongsu, happy weekend, check it out