Hari Ahad yang lepas, 25 Ogos, company ada buat 'family outing' di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.
Walaupun dah lama duduk di Lembah Kelang, inilah pertama kali teman menjejakkan kaki di FRIM. Alhamdulillah, company buat event di sini, kalau tidak, tak pergi jugalah nampaknya. Sungguh not a nature lover..hihi..
FRIM sits on a 545-ha site adjacent to the Bukit Lagong Forest
Reserve in the Kepong municipality, 16 km northwest of Kuala Lumpur.It was officially declared as a National Heritage on 10 May 2012. FRIM is
working towards attaining the recognition as a UNESCO World Heritage
Site.
Walaupun pada pagi hari kejadian tu, hujan turun dengan lebatnya, Alhamdulillah, dekat-dekat pukul 8.00, hujan dah surut, cuma renyai-renyai. Teman pun dengan bersemangat waja, keluar rumah, walaupun mak bising, hujan-hujan ni nak main apa nya. kat sana mungkin tak hujan, mak...cenggitu, think positive..hehe..sebenarnya, hati dah meronta-ronta nak pi, nak tengok FRIM tu macamana..
Bayaran masuk ke FRIM cuma RM1.00 je, kalau bawa kereta charge RM5.00. Sebab ada sticker, masuk percuma. Dah masuk kawasan FRIM, sesat gak dalam tu, pusing-pusing nak cari tempat event. Besar, weh, walaupun dah print peta layout, dua kali round jugalah pusing, baru jumpa.
peta layout FRIM
tempat event - wakaf 4 Kampung Jawa
Di sepanjang jalan, tengok banyak company buat hari keluarga disini, macam-macam warna t-shirt ada, merah, oren, biru. Teman pulak tak tahu t-shirt sport club warna apa, sebab t-shirt belum dapat, kat sini baru depa bagi. Masa lalu-lalang depan ni, tak berapa cam, nampak 'bunting' tu je ada tulis nama company..
Alhamdulillah, sampai juga, walaupun dah lambat. Event dah start lama, acara zumba dan event untuk kanak-kanak dah habis.
mari ber-zumba
mereka yang datang awal
dikelilingi pokok-pokok menjulang tinggi
ni acara apa tah, fokus kat background belakang je
lari dalam guni
berdua lebih baik
gorila walk
teman main game ni je - the mummy
passing tepung dalam pinggan kertas, junjung atas kepala
group yang hujung sana tu, dapat tempat kedua
Alhamdulillah
Depan tempat event ni, ada tempat bermandi-manda, tempat perkelahan Sungai Kroh, namanya. Budak-budak lepas main, aktiviti bersiram di sini pulak.
bestnya
penuh kehijauan
dah selesai semua, masa untuk meneroka khazanah hutan.
laluan ke air terjun
best juga air terjun ni, kawasan landai
batu berlumut
kawasan piknik
Best juga FRIM ni, macam-macam aktiviti boleh buat disini - jogging, bird watching, jungle trekking - belum explore lagi. Kena pi lagi lah nampaknya..
bye-bye FRIM
Ada masa, ketemu lagi