Tuesday 27 August 2019

Balai Polis CANTIK..

Macam dalam taman...banyak  pokok bunga..

 

Macam ni baru lah seronok pergi balai..errkk..

 kisah pergi buat report polis, kes scammer minta nombor TAC (Transaction Authorisation Code). Dua kali kena masa bulan puasa yang lalu. Dugaan di bulan Ramadan. 

Pertama kali kena, dia hantar whatsapp, minta nombor TAC sebab isteri dia nak transfer duit online tapi tersilap bagi nombor telefon saya ke bank. Tanya ada tak bank bagi TAC kat handphone saya. Kemudian whatsapp call, dua-dua tak layan. Walaupon gambar imej whatsapp tu begitu kudus, tetap tak perdaya. Letak muka ustaz, nampak begitu alim dan tawadduk. Ustaz manalah ni, kesian kat ustaz tu. Clear chat.

Kali kedua, selang seminggu, dapat lagi whatsapp dari orang yang sama. Balik dari solat terawih, dapat whatsapp call pula. Pukul 10.20 malam. Telefon bank. Bank beritau ada cubaan untuk transfer duit dari akaun. Perghh..berderau darah. Bank offer untuk deactivate online banking dan kad ATM. Bank suruh buat report polis. Tapi masih rileks lagi, sebab esok nak balik kampung, nak raya!

Esoknya, on the way balik kampung, dekat highway, dia whatsapp call lagi. Wahh, very persistent. Tak layan juga. Beraya dulu, balik KL baru buat police report...huhu. Terer pegawai polis yang ambik report, karangan dalam Bahasa Malaysia, terbaik. Kemudian pergi bank, buat kad ATM baru, activate balik online banking, buat password baru. 

Alhamdulillah, tiada apa-apa yang berlaku dalam akaun bank. Alhamdulillah.

30 comments:

  1. Bahaya lah kes2 scam ni.. adui dah ramai yg kena.. moga kita lebih berhati2..
    Cantik balai nya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai jg yg kena scam ni, hilang duit dlm akaun...online banking ni memudahkan tapi bila kena hack mcm ni,risau gak..

      Delete
  2. macam2 cara nak menipu orang kan. Saya dah 2x dapat panggilan dari Konstable kononnnya dari IPD Seremban. Bila tanya apa nombor badan terus dia letak telefon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..manusia nk menipu mcm2 cara..zaman milineum lain caranya..

      Delete
  3. Hish scammer yang ni baru dengar. Selalu dengar talipon dari balai lah ada hutang tak bayar lah. Ada sekali tu dia attack direct line talipon pejabat. Sorang sorang cerita dapat call dari balai sekian sekian. Tapi kita orang terus letak talipon. hish dasyat sungguh depa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm2 scammer sekrg ni kan..bergeliga sungguh otak mereka semua ni..hehe..kreatif utk menipu org..

      Delete
  4. Alhamdulillah tak ada apa-apa kerugian. Baguslah buat report untuk pertahankan hak kita. Kak Feni pun pernah pergi balai ni buat report kes orang curi data untuk daftar akaun WEBE(khidmat internet).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tak bagi no. TAC, tak lepas transaksi online..no TAC tu memang ada bank bagi masa kali kedua kena, yg first takde TAC..

      nak daftar internet pun nk guna data orang lain..hishh..mcm2 cara org nak tipu..

      Delete
  5. scammer skrg mcm2.. hari2 ada kes. semoga dijauhkan. nasib tak berjaya. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai mereka cipta cara2 nk menipu..otak geliga..jgn terpedaya..Alhamdulillah, tak berjaya..

      Delete
  6. Itu yang takutnya guna online banking ni. Scammer makin bijak ye... Bayangkan kalau nohas tak call bank... dan scammer tu berjaya membuat urusan 'mentransfer'kan duit tu... huh!

    Lenkali posing seround sebelum tinggalkan balai yang cantik tu... hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul..bijak sungguh otak mereka nk ambik duit orang..hard-earned money...kalau saya kesian tgk muka ustaz tu & bagi no. TAC, mmg lesap lah duit dlm akaun...Alhamdulillah, Allah pelihara..

      segan pulak nak selfie..hehe..

      Delete
  7. bahaya nya sampai berkali kali kene call macam tu.. naseb baik tak jadi ape2... btw balai polis tu memang macam taman. nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sampai 3x call..persistent betul..

      Delete
  8. ntah2 yang jadi pihak bank tu pun depa kowt. aihh... teruknya scammer ni. mcm2 taktik depa buat untuk scam mangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. pihak bank tu bank betul..bukan scammer..huhu..mcm2 cara nak pau duit orang..

      Delete
  9. bank mana yang tak secure tu tuan..

    bagi la hint sedikit.

    saya banyak akaun bank dan satu sahaja yang guna online banking

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya bank yg femes selalu kena scam...depa bukan attack online banking je, akaun biasa pun kena jg, saya ada 2 akaun bank..dua2 pernah kena scam...yg satu lg tu dpt call dari officer bank kata saya ada buat loan 30K, tak byr, bank negara nk declare bankrupt...panik jg lah tapi dah tau yg ni scam..

      Delete
  10. Orang zaman sekarang nak cepat duit memang macam-macam cara dia buatnya. Alhamdulillah, tak cepat terpedaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..mcm2 cara nk menipu..Alhamdulillah, tak jadi apa2..

      Delete
    2. Baca di blog kak paridah, happy birthday kak nohas. =) Semalam ya birthday nya?

      Delete
    3. thank you..ya, betul..birthday on 30/8..

      Delete
  11. Saya pun ada dpt panggilan scammer kononnya dari sprm..aikss pelik, bilalah masa srt cam saya ni pi bagi rasuah atau menerima rasuah, sedangkan saya duk rumah aje..tapi saya tak layanlah, nasib stop situ aje.

    ReplyDelete
  12. jika scammer wassap atau call, sy akan terus block number dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingatkan bila tk jwp whatsapp & call, dia takde call dah, rupanya call/wassap lg...tak teringat nak block...huhu..

      Delete
  13. Hamboi.. gigihnya dia usaha nak kidnap duit.. Kalau dia gigih kerja lagi bagus.. Haiah.. Macam-macam cara scam sekarang ini.. mujurlah tak jadi apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..begitu gigih nak pau duit orang..huhu...Alhamdulillah, tak terperdaya dgn muka kudus ustaz..hahaha..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!