Friday, 13 March 2020

Di Sebalik Kamar Saidatina Aisyah RA

Salam Jumaat semua..

Nak promosi satu program ilmu khas untuk wanita..Di Sebalik Kamar Saidatina Aisyah RA..


Secerdas Seanggun Aisyah As-Siddiqah..

Saiditina Aisyah RA..si Humairah, isteri Rasulullah SAW..yang masih anak dara ketika dinikahi baginda. Beliau seorang yang cerdas, yang banyak meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah SAW...

Banyak kisah-kisah menarik rumahtangga Saidatina Aisyah RA, ummul mukminin, yang boleh dijadikan contoh dan panduan.

-----------

Up close and personal dengan Dato' Dr Ustazah Norhafizah Musa di rumah beliau..


Jom, jom..ke majlis ilmu..

tingkatkan preventive measures..stay healthy..

Wednesday, 11 March 2020

Merah bata warnamu..

Salam semua... 

Who love and hate going to Putrajaya? me! me!..tak suka sebab jauh, kena pusing-pusing baru jumpa tempat yang nak pergi, tempat parking awam jauh, parking diluar pagar asyik penuh..suka sebab jalanraya besar, kawasan bersih, lampu jalan cantik...

Dua minggu lepas, dua kali berkejaran ke Kompleks D, Putrajaya. Sebabnya? Cuma nak dapatkan sekeping kertas senarai ahli jawatankuasa bercop Pendaftar Pertubuhan.
 
 
kenapa harus ada kali kedua? semua bos takde, nak sign
huhu..redho jelah..

 Panas lit-lit, dari KL pukul 1, sampai sini 1.45

Dapat panggilan dari Pendaftar Pertubuhan, kata dah siap, pecut ikut KL-Seremban, masuk SKVE, tak ikut MEX dah, jauh nak pusing. Lalu depan office 'Krabat Kramat', sorry fzyfuzzy, tak sempat nak singgah, next time Inshaa Allah.
 
 sementara menunggu kaunter guard buka

Alhamdulillah, pukul 2.30, dah settle
 
Lawa Kompleks D ni, semua bangunan guna facing bricks, unplastered & unpainted, original merah bata, terasa seperti di Cordoba, Sepanyol..hehe..
  

Bangunan KDN yang depan sana, the new minister is not in yet 

Alhamdulilah, selesai urusan, masa untuk pulang..

Sunday, 8 March 2020

Pulut Tai-Tai

Selamat berhujung minggu...

Dah pukul 2.00 petang...apakah juadah untuk minum petang?..hehe..baru je makan tengahari, dah fikir minum petang pulak...huhu..

Apakata try pulut tai-tai...sejenis kuih nyonya. Nama lainnya ialah pulut tekan, ada juga yang panggil pulut nyonya.

Selama ni tak pernah tahu pun kuih ni. Kuih nyonya yang saya suka ialah talam cendol dan kuih angku. Masa pergi Terengganu haritu, ada artikel tentang kuih ni dalam inflight magazine AirAsia...menarik..
 
'Tai-tai' maksudnya 'lady of leisure', merujuk kepada gologan wanita kelas atasan, yang selalu gather-gather di kelab, restoran, social event, private houses..

Bila dah tahu, haruslah bermula pencarian kuih pulut tai-tai...pertamanya jumpa di Nyonya Colors di Mytown Shopping Centre. Alhamdulillah, tinggal satu je..

pembeli terakhir pulut tai-tai

 pulut tai-tai dimakan dengan sekaya..sedappp..
harga RM1.45 sebiji

Kali kedua jumpa di Bungkus Kaw-Kaw di Sogo Jalan TAR

harga RM3.50

yang ni kaler lagi menarik
biru putih, biru dari bunga telang
bunga yang sama utk masak nasi kerabu

Kuih ni memang dimakan dengan sekaya, surprisingly sedap. Rasa macam kuih seri muka. Dah termasuk dalam list feveret kuih-muih tradisional..

Recommended, silalah cuba..