Wednesday, 23 March 2022

Jemapoh Pizza Kayu Api..

Dah bosan dengan pizza hut? dah jemu dengan domino pizza?

Jom try pizza kayu api pula..

Maghi omak, maghi adik, maghi kawan-kawan....pekena piza kayu api Jemapoh..sekarang dah ada cawangan di Jalan Gombak, KL..

 Hari Ahad lepas sempat jejak kedai ni..landmarknya..papan tanda ni..

 kedai dekat papan tanda ini
yang khemah merah tu, jual air kelapa

Jom order..ada 5 pilihan, kita order Jemapoh signature

semua pizza standard size 11"
 

harga kampung, citoghaso international

tempat bakar piza, tak nampak pulak kayu api

kalau ada kayu api bersusun bertingket-tingket baru real
 
tempat dine-in, ok selesa
 
ok piza dah siap
 
sedap juga makan panas-panas
tak habis, tapau bawa balik
 
 

 Recommended to try

Tuesday, 22 March 2022

Drama Turki : Midnight at the Pera Palace (2022)

Merhaba!

Tertarik nak tengok drama Turki ni masa baca review di blog Tiara Sapphire. Genre favourite pulak tu, genre 'time-travel'.

Pera Palace Hotel ni masih wujud di Istiklal Avenue, Istanbul, Turki. Hotel yang berusia 130 tahun, nampak gah dalam movie ni.

Established in 1892 by the French-Ottoman architect Alexander Vallaury, the Pera Palace is a special category museum hotel designed in neoclassical, art nouveau and oriental styles. The hotel offers spectacular views of the Golden Horn, an indoor pool, and luxurious rooms with city views in the historical Pera district of Istanbul. Pera Palace Hotel rooms and suites are furnished in a classical style combining European and Ottoman influences - source: booking.com

Tiga pelakon utama - heroin (Esra), hero muda (Halit) dan hero tua (Ahmet)
 

Movie ni berdasarkan novel tajuk yang sama oleh Charles King. Kombinasi sejarah Turki dan fiksyen. Menonton di netflix, semuanya 8 episod, tapi macam tergantung je ending nya, mungkin ada season 2. 

Plot-driven, so takleh nak skip2, baru boleh faham tapi ada juga part yang confusing..haha..pening gak. Fast pace, so tak boring..

Sinopsis [Spoiler Alert]

Drama mengisahkan heroin bernama Esra, seorang wartawan yang ditugaskan untuk cover anniversary Hotel Pera Palace yang ke 130. Esra pun buat site visit ke hotel dan disambut oleh pengurus hotel bernama Ahmet. 

Hotel Pera Palace ni popular kerana menjadi pilihan orang-orang terkenal zaman dahulukala seperti Mustafa Kamel Atarturk dan Agatha Christie. Ahmet bawa Esra tour dua bilik yang pernah didiami oleh Atarturk dan Agatha Christie dan sekarang dijadikan muzium. Esra ialah peminat tegar Agatha Christie. 

Bilik hotel yang Agatha duduk ialah bilik no. 411. Ahmet beritau Esra semasa Agatha menghilangkan diri selama 11 hari, pasukan pencari jumpa satu kunci lama di dalam bilik tersebut. Esra curious nak tau tapi Ahmet mendiamkan diri. Tapi sebelum balik (Ahmet nak pergi bercuti panjang), Ahmet tunjuk kunci lama tu kepada Esra. Tunjuk je..dia kata kunci tu sentiasa ada pada dia..

kunci lama, kunci ajaib

Tetiba hujan turun dengan lebat, dengan kilat dan guruh berdentum-dentam. Ahmet cadang Esra menginap di hotel malam tu. Esra setuju dan bila dia masuk ke bilik hotel, ada kunci lama di atas meja. Esra happy, dia ingat Ahmet nak buat surprise. Dia pun pergi ke bilik no. 411, bilik Agatha Christie. Masa tu dah nak hampir pukul l2 malam. Sedang dia baring-baring diatas katil sambil belek-belek kunci lama tu, tetiba bilik bergegar dengan kuat, macam gempa bumi dan interior dalam bilik bertukar. Rupanya Esra dah time travel ke tahun 1919.

Esra ketika keluar ke lobi hotel pada tahun 1919
semua pelik tengok Esra
 
Ahmet yang baru nak tidur tetiba jari-jemari dia jadi hitam. Dia dah menduga apa yang terjadi dan dia pun time-travel ke tahun 1919 mencari Esra. 
 
hero muda Halit terpana bila ternampak Esra
di lobi hotel pada tahun 1919
 
Halit sebenarnya dah 2 tahun cari Esra. Mereka pernah berjumpa apabila Esra tercampak ke tahun 1917 semasa nak cari antibiotic untuk selamatkan Halit yang cedera di tahun 1919. Masa ni Esra selamatkan Halit ketika dia dikejar oleh penjahat. Halit tak sempat nak tanya nama Esra..kes parah jatuh cinta..haha..Esra dah lenyap ditelan masa..dah kembali ke tahun 1919. Misi gagal sebab pada tahun 1917 antibiotic belum dicipta lagi..
 
Esra selamatkan Halit pada tahun 1917


OK, kembali semua ke tahun 1919. Ahmet dan Esra berdiskus dalam bilik 411. Mereka pelik kenapa ada dua kunci lama. Mereka cuba balik ke tahun 2022 tapi tak berjaya. Ahmet kunci Esra dalam bilik air sebab tak nak Esra merayau di lobi hotel tapi Esra berjaya melepaskan diri. Di lobi hotel, Esra ternampak Mustafa Kamel Atarturk. Dia sangat teruja.
 
Tahun 1919 ialah tahun-tahun terakhir perang dunia pertama. Tentera British ada di Constantinople (Istanbul). Mereka berhasrat untuk menawan Constantinople dan ketuanya George ternampak Esra bertanya tentang Mustafa Kamel Atarturk. Esra dengan mulut takde insurance pi habaq kat George yang Atarturk akan mengetuai War of Independence, blah, blah..terkeluar sejarah Turki. Halit dan George yang sedang merancang untuk bunuh Atarturk, merasa curiga tentang Esra dan mula spying on her.
 
The real adventure bermula apabila mayat Peride ada dalam bilik 411. Dia mati dibunuh. Peride ialah anak perempuan seorang hartawan Istanbul. Dia rapat dengan Mustafa Kemal Atarturk.
 
 
Sebelum tu, Ahmet dan Esra bersembunyi di bilik gelap yang proses gambar semasa dikejar oleh Halit. Mereka jumpa banyak gambar perempuan yang seiras dengan Esra dalam bilik tu. Esra merasa curiga dan ingin menyiasat. Mungkin perempuan tu nenek moyang dia. Esra ni anak yatim piatu, tinggal di rumah anak yatim, dia tak tahu asal usul keluarga dia. Sebab tu dia teruja nak menyiasat. Esra tak nak balik ke tahun 2022. 

Bila mereka balik ke bilik 411, ada pula mayat Peride yang seiras macam perempuan dalam gambar yang mereka jumpa dalam bilik gelap. Bertambah keliru mereka..tak boleh jadi ni, kena edisi siasat..
 
Ahmet suruh Esra menyamar jadi Peride
untuk menyiasat latarbelakang Peride

Esra jadi Peride

Kemuncaknya bila Esra berjaya dapatkan dairi Peride dan tahu Peride juga pernah 'time-travel' ke masa depan. Ada tulis nama Dimitri. Dari situ, mereka tahu ada komplot nak bunuh Mustafa Kamel Atarturk. Mereka mesti bertindak untuk menghalang rancangan jahat George dan biarkan sejarah berlaku seperi yang sepatutnya.

Ahmet cedera kena ketuk kepala 
bila ada orang masuk curi diari Peride

Muncul watak Dimitri, pekerja binaan yang tahu selok-belok Hotel Pera Palace dan punyai banyak kunci lama di rumahnya. Dia juga tahu tentang portal of truth - bilik mana untuk 'time-travel' dalam Pera Palace. Dimitri team up dengan Esra dan Ahmet untuk menyelesaikan misteri dan menghalang komplot jahat George.

Watak lain yang tak kurang penting ialah Sonya, pekerja hotel yang mencurigakan. Dia sebenarnya puteri diraja Rusia yang terbuang disebabkan kejatuhan kerajaan czar Rusia. Sonya jatuh hati dengan Halit. 

Sonya dan Mr Halit
Esra pernah ternampak Sonya pada tahun 1917
masa tu dia jual perhiasan keluarga sebab nak duit

Halit dari awal tahu yang Esra bukanlah Peride tapi gadis yang dia cari selama 2 tahun. Dia tahu yang Peride dah mati sebab dia jumpa mayat Peride dalam bilik 411. Dimitri ternampak Halit masuk biik 411 ikut tingkap pada malam Peride kena bunuh. Esra tuduh Halit bunuh Peride tapi Halit beritau yang Peride dah mati masa dia masuk dalam bilik 411 melalui tingkap.

 
ok, big spoiler! Halit sebenarnya spy askar Turki yang menyeludup masuk ke team George. George dapat tahu dan Halit kena tangkap. Esra guna handphone untuk rakam secara rahsia perbualan dia dengan George sebagai bukti untuk yakinkan Resat (ketua polis yang suka kat Peride) supaya bebaskan Halit...haha..tak sangka handphone boleh berfungsi di tahun 1919, yelah video tak perlu internet. Resat pula asyik tanya..apakah benda pelik ni?

Halit dan Esra mengejar masa untuk selamatkan  
Mustafa Kamel Atarturk yang dah berada atas kapal

Siapakah yang bunuh Peride? Adakah Esra membalas cinta Halit? Apa hubungan Ahmed dengan Halit dan Sonya? Ending nya seperti opening Season 2. Instead of kembali ke tahun 2022, Esra dan Ahmet end up di tahun 1995, dengan seorang bayi perempuan di atas katil hotel.

Best drama ni ..recommended to view..

Friday, 18 March 2022

Lepak di Kotalama, tunggu pembedahan selesai..

Assalamualaikum, semua...

Hari Rabu haritu teman cuti. Bawa kakak untuk pembedahan katarak di Selayang. Apakah katarak?

Katarak adalah pengabusan semula jadi kanta mata, yang terletak di belakang iris dan anak mata (pupil). Dalam mata biasa, cahaya melalui kanta telus ke retina. Apabila ia mencapai retina, cahaya ditukar menjadi isyarat saraf yang dihantar ke otak. Kanta mestilah jelas untuk retina untuk menerima imej yang tepat (sharp). Sekiranya kanta berkabus akibat katarak mata, imej yang anda lihat akan kabur.

Tempat pembedahan di Taman Sri Utara..dekat dengan Lotus's Selayang.

 

Bangunan kedai pejabat ni
 
 
dibawah Hospital Selayang

Kakak dah masuk dalam, kena tunggu 1 - 2 jam, nanti depa telefon bila dah siap. So, mau kemana kita, bunuh waktu? Nak ke Lotus's, malas pula nak jalan kaki, malas juga nak bawa kereta, dah parking molek-molek...

Check kat google map, tak banyak pilihan kedai di kawasan ni, ada kedai mamak dan Kotalama (Oldtown). Riki-riki kedai mamak, tak berkenan pula..nampaknya ke Oldtown lah kita..ada air-cond..

Kakak #2 datang dengan dua orang anak dia. Katanya nak gi expo engineering di KLCC di sebelah petang. OK, ada geng lepak, sambil makan-makan..

ngopi dulu
 
kopi O ais dan roti bakar peanut butter
 
dim sum to share
 
mee kari
 
nasi lemak lauk sotong pedas
 
nasi ayam dan mee kari

Makanan ok, sedap..berbaloi dengan harganya..

Pukul 1, hospital telefon, suruh pi tingkat 1, operation dah siap..

Alhamdulillah, sebelah mata saja yang dioperate, mata kanan dulu
mata kiri bulan depan pula

marilah kita pulang..