Friday, 18 March 2022

Lepak di Kotalama, tunggu pembedahan selesai..

Assalamualaikum, semua...

Hari Rabu haritu teman cuti. Bawa kakak untuk pembedahan katarak di Selayang. Apakah katarak?

Katarak adalah pengabusan semula jadi kanta mata, yang terletak di belakang iris dan anak mata (pupil). Dalam mata biasa, cahaya melalui kanta telus ke retina. Apabila ia mencapai retina, cahaya ditukar menjadi isyarat saraf yang dihantar ke otak. Kanta mestilah jelas untuk retina untuk menerima imej yang tepat (sharp). Sekiranya kanta berkabus akibat katarak mata, imej yang anda lihat akan kabur.

Tempat pembedahan di Taman Sri Utara..dekat dengan Lotus's Selayang.

 

Bangunan kedai pejabat ni
 
 
dibawah Hospital Selayang

Kakak dah masuk dalam, kena tunggu 1 - 2 jam, nanti depa telefon bila dah siap. So, mau kemana kita, bunuh waktu? Nak ke Lotus's, malas pula nak jalan kaki, malas juga nak bawa kereta, dah parking molek-molek...

Check kat google map, tak banyak pilihan kedai di kawasan ni, ada kedai mamak dan Kotalama (Oldtown). Riki-riki kedai mamak, tak berkenan pula..nampaknya ke Oldtown lah kita..ada air-cond..

Kakak #2 datang dengan dua orang anak dia. Katanya nak gi expo engineering di KLCC di sebelah petang. OK, ada geng lepak, sambil makan-makan..

ngopi dulu
 
kopi O ais dan roti bakar peanut butter
 
dim sum to share
 
mee kari
 
nasi lemak lauk sotong pedas
 
nasi ayam dan mee kari

Makanan ok, sedap..berbaloi dengan harganya..

Pukul 1, hospital telefon, suruh pi tingkat 1, operation dah siap..

Alhamdulillah, sebelah mata saja yang dioperate, mata kanan dulu
mata kiri bulan depan pula

marilah kita pulang..

30 comments:

  1. Cantik pula alas nasi lemak.
    Hehe seronok lepak sambil makanan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time tengok pinggan mcm ni..selalu yg bentuk daun pisang..
      ada geng makan2..

      Delete
  2. seronoknya dapat jalan2 sambil makan.

    ReplyDelete
  3. baru tau ada pusat katarak kat selayang rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tahu jg..ada tempat khas utk operate katarak..

      Delete
  4. Semoga cepat sembuh kakaknya

    ReplyDelete
  5. Tempat ni memang sohor ha hal katarak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa yg pi hospital kerajaan semua refer kat sini..

      Delete
  6. Baru tahu ada pusat pembedahan khas untuk katarak sahaja under hospital. Kira okay lagilah macam ni dari sesak di hospital. Alhamdulillah dah selamat pembedahan. Semoga cepat sembuh matanya. Mujur ada kakak datang singgah, ada geng makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru tahu jg...di sini takdelah ramai sgt..Alhamdulillah, tunggu operate yg sebelah lagi..

      Delete
  7. Macam menarik hospital katarak ni. Boleh riki untuk mak saya operate katarak jugak. Thanks share

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jg hospital ni, ada lif...boleh riki..

      Delete
  8. sambil tunggu kakak sempat jln2 cari mkn tu moga kakak cpt sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde tempat tunggu kt hospital tu, kena tunggu kat luar..dgn panas lg, kena cari tempat sejuk..

      thank you Kak PI..

      Delete
  9. Seronok tiba-tiba ada geng lepak, cantik pinggan nasi lemak tu, moga kakak cepat sembuh dan dipermudahkan urusan seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..thank you babYpose..first time tengok pinggan mcm tu..

      Delete
  10. Baru tahu ada pusat pembedahan khas untuk katarak under hospital. Mudah lagi dari bersesak di hospital besar. Alhamdulillah urusan pembedahan berjalan dengan lancar. Mujur jugak ada kakak datang, ada geng lepak makan sementara menunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya jg baru tahu..oklah ada tempat yg khas, jauh dari hospital, parking senang..Hospital Selayang tu parking hazab..Alhamdulillah, dah semakin ok..

      Delete
  11. Cantik lah bekas nasi lemak tu. kaca ke ceramic.

    ReplyDelete
  12. Syafakallah buat kakak Nohas.

    Tak pernah order dim sum kat old town next time nak trylah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Mrs A..ok jg dim sum dia..

      Delete
  13. baru tau wujudnya Pusat Pembedahan Katarak ni..

    ReplyDelete
  14. wahh nasi lemak yg manngoda tuuh.. huhuhu

    ReplyDelete
  15. Terima kasih kongsi pasal Katarak nie..
    Menarik menu=menu yang ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..menu di oldtown ni menarik utk dicuba..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!