Merhaba!
Tertarik nak tengok drama Turki ni masa baca review di blog Tiara Sapphire. Genre favourite pulak tu, genre 'time-travel'.
Pera Palace Hotel ni masih wujud di Istiklal Avenue, Istanbul, Turki. Hotel yang berusia 130 tahun, nampak gah dalam movie ni.
Established in 1892 by the French-Ottoman architect Alexander Vallaury, the Pera Palace is a special category museum hotel designed in neoclassical, art nouveau and oriental styles. The hotel offers spectacular views of the Golden Horn, an indoor pool, and luxurious rooms with city views in the historical Pera district of Istanbul. Pera Palace Hotel rooms and suites are furnished in a classical style combining European and Ottoman influences - source: booking.com
Movie ni berdasarkan novel tajuk yang sama oleh Charles King. Kombinasi sejarah Turki dan fiksyen. Menonton di netflix, semuanya 8 episod, tapi macam tergantung je ending nya, mungkin ada season 2.
Plot-driven, so takleh nak skip2, baru boleh faham tapi ada juga part yang confusing..haha..pening gak. Fast pace, so tak boring..
Sinopsis [Spoiler Alert]
Drama mengisahkan heroin bernama Esra, seorang wartawan yang ditugaskan untuk cover anniversary Hotel Pera Palace yang ke 130. Esra pun buat site visit ke hotel dan disambut oleh pengurus hotel bernama Ahmet.
Hotel Pera Palace ni popular kerana menjadi pilihan orang-orang terkenal zaman dahulukala seperti Mustafa Kamel Atarturk dan Agatha Christie. Ahmet bawa Esra tour dua bilik yang pernah didiami oleh Atarturk dan Agatha Christie dan sekarang dijadikan muzium. Esra ialah peminat tegar Agatha Christie.
Bilik hotel yang Agatha duduk ialah bilik no. 411. Ahmet beritau Esra semasa Agatha menghilangkan diri selama 11 hari, pasukan pencari jumpa satu kunci lama di dalam bilik tersebut. Esra curious nak tau tapi Ahmet mendiamkan diri. Tapi sebelum balik (Ahmet nak pergi bercuti panjang), Ahmet tunjuk kunci lama tu kepada Esra. Tunjuk je..dia kata kunci tu sentiasa ada pada dia..
Tetiba hujan turun dengan lebat, dengan kilat dan guruh berdentum-dentam. Ahmet cadang Esra menginap di hotel malam tu. Esra setuju dan bila dia masuk ke bilik hotel, ada kunci lama di atas meja. Esra happy, dia ingat Ahmet nak buat surprise. Dia pun pergi ke bilik no. 411, bilik Agatha Christie. Masa tu dah nak hampir pukul l2 malam. Sedang dia baring-baring diatas katil sambil belek-belek kunci lama tu, tetiba bilik bergegar dengan kuat, macam gempa bumi dan interior dalam bilik bertukar. Rupanya Esra dah time travel ke tahun 1919.
Kemuncaknya bila Esra berjaya dapatkan dairi Peride dan tahu Peride juga pernah 'time-travel' ke masa depan. Ada tulis nama Dimitri. Dari situ, mereka tahu ada komplot nak bunuh Mustafa Kamel Atarturk. Mereka mesti bertindak untuk menghalang rancangan jahat George dan biarkan sejarah berlaku seperi yang sepatutnya.
Muncul watak Dimitri, pekerja binaan yang tahu selok-belok Hotel Pera Palace dan punyai banyak kunci lama di rumahnya. Dia juga tahu tentang portal of truth - bilik mana untuk 'time-travel' dalam Pera Palace. Dimitri team up dengan Esra dan Ahmet untuk menyelesaikan misteri dan menghalang komplot jahat George.
Watak lain yang tak kurang penting ialah Sonya, pekerja hotel yang mencurigakan. Dia sebenarnya puteri diraja Rusia yang terbuang disebabkan kejatuhan kerajaan czar Rusia. Sonya jatuh hati dengan Halit.
Halit dari awal tahu yang Esra bukanlah Peride tapi gadis yang dia cari selama 2 tahun. Dia tahu yang Peride dah mati sebab dia jumpa mayat Peride dalam bilik 411. Dimitri ternampak Halit masuk biik 411 ikut tingkap pada malam Peride kena bunuh. Esra tuduh Halit bunuh Peride tapi Halit beritau yang Peride dah mati masa dia masuk dalam bilik 411 melalui tingkap.
Siapakah yang bunuh Peride? Adakah Esra membalas cinta Halit? Apa hubungan Ahmed dengan Halit dan Sonya? Ending nya seperti opening Season 2. Instead of kembali ke tahun 2022, Esra dan Ahmet end up di tahun 1995, dengan seorang bayi perempuan di atas katil hotel.
Best drama ni ..recommended to view..
Ada sekali dua je tengok cerita Turki hehehee...
ReplyDeleteNohas kata best nak tengoklah nanti
Best drama ni..recommended!
DeleteAda spoiler la pulak.... ( tutup mata)
ReplyDeletemenonton lg best..walopun ada spoiler..
Deletewow..harus di tengok ni..
ReplyDeleteRecommended 👍
DeleteDengan time travel Esra bole check asal usulnya.. ralit baca sebab nak tau, lepas tu, lepas tu.. kena tengok la kan..
ReplyDeletetak boleh byk spoiler..hehe..
Deletetak pelik ke polis tu bila Esra tunjuk bukti dgn handphone yg belum wujud lg zaman tu..haha
ReplyDeletemesti lah pelik..haha..byk kali tanya 'apa benda ni?'..
Deletekisah klasik ni memang menarik
ReplyDeleteklasik + penyiasatan + sejarah..mmg best..
DeleteMenarik ni…time travel. Takmo baca habis spoiler tu…hehe
ReplyDeleteTapi tak tau la bila nak tonton, duk abiskan Ertugrul.
Ertugul sampai 5 seasons...plot menarik, mmg seronok nonton..
Deletecerita turki yg ammi tengok apa tajuk ntah..yg org viral2 kat TikTok.
ReplyDeleteselainnya tengok siccin tu jelah
Siccin tu nmpk menarik..horror movie..ooo..ada yg viral kt tiktok..tak tahu pula yg tu..
Deletebelum tengok lagi, so tak baca entry ni sebab takut spoiler. saya pun suka genre time travel. sep sikit!
ReplyDeletesep2..hehe..selamat menonton, enjoy!
DeleteWow.. Time travel.. Syok nie..
ReplyDeletesuka genre 'time-travel'..
DeleteTak pernah lagi layan drama turki. Tapi kalau jalan cerita best, okay je layan kan.
ReplyDeleteplot dah best, tapi itulah ending tergantung pula..nak kena tunggu musim ke2 pulak...huhu..
Deletecantik tempat dorang shooting.. teringin nk ke sana
ReplyDeleteitulah, teringin nak gi Turki..hajat tak kesampaian 2 tahun lepas...huhu..
Delete