Sambung cerita family gathering di Kantan Cottage...
Hari baru menjelma, hari Ahad, 5 Jun 2022..
Sarapan pagi hari ni ialah laksa kuale dan nasi goreng serta buah-buahan.
prepare sarapan pagi
Lepas sarapan, bersiar-siar dalam kampung, hiking, tengok kebun orang...
bahagian sungai yg cetek airnya
Separuh jalan je, tak larat nak mendaki bukit, berpatah balik ke cottage.
dua ekor bulus yang comel
Untuk makan tengahari, adik masak nasi arab guna periuk noxxa, lauk ayam bakar dan side dishes - salad arab (salatoh) & sambal
adik bongu & adik ipar masak roti jala untuk minum petang
makan dengan kari ayam
Menu makan malam - nasi putih, ikan siakap bakar, ayam & kambing bakar, sayur kobis goreng, rendang ayam, kerabu sayur
kerabu kobis, taugeh & kangkung
dinner
Alhamdulillah, hari Ahad dah berlalu. Esoknya, hari Isnin 6 Jun 2022.
Sarapan pagi - bihun goreng, cucur bilis, telur dadar & buah-buahan
Around pukul 9.00 pagi, takde air di bilik air. Tapi di dapur outdoor, ada air. Kami pun bermandi-manda di sungai. Untuk kes emergency, kenalah ambik air di dapur..
Selepas kemas, bersih dan sapu2 semua, kami pun check out around pukul 11.40 pagi.
Sekian, percutian keluarga di bulan Jun 2022. Semua ok, kecuali internet slow..biasalah kan, lokasi dah dihujung kampung. TV ada tapi channel SUKE TV..semedang rancangan jual barang online..hehe..