Sunday, 12 June 2022

Family Day di Kantan Cottage, Janda Baik

Assalamualaikum semua...selamat berhujung minggu..

1'm back!! hehe...baru nak update blog..nak cerita kisah percutian 3 hari 2 malam di Kampung Janda Baik, Pahang...#dekatjer

Kami bertolak hari Sabtu pagi, dari MRR II menuju ke tol Gombak, jalan dah jem padat, gerak sikit-sikit, di Karak Highway, kenderaan banyak sampailah ke Genting Sempah..ramai no nak naik Genting..

Alhamdulillah, dah sampai..nearly pukul 1.00 tengahari..

bekalan untuk 3 hari

Tempat yang dibooking ialah Kantan Cottage, lokasinya di hujung kampung, dah nak sampai ke Gunung Nuang..cottage ni yg last, dekat hulu Sungai Benus..


Kami book rumah ni, ada dua bilik, dapur outdoor dan laman yang luas..harga RM650 semalam..ok, jom tengok biliknya..

 
bilik pertama, ada dua katil queen, ada air-cond 
dan kipas siling, ada seterika & iron board
 
bilik kedua - 2 katil bujang, 1 katil double-decker, takde air-cond
ada kipas siling saja
 
bilik air, ada sistem air panas
 
Jom tengok luar pula.
 
close-up cottage 
 
peti ais yang kurus tinggi
 
outdoor kitchen kat entrance masuk
 
dapur, alat BBQ disediakan
 
dapur - ada periuk, pinggan, pisau, sudu garpu
kiranya lengkap juga
 
Kalau nak tidur dalam bas pun boleh, yang ni sewanya RM250 semalam
 
facilities nya sama, ada dapur, peti ais di bahagian belakang
toilet outdoor
 
entrance ke cottage
 
sungai depan cottage
 
Sebab takde resort lain, kiranya private area lah sungai ni, tapi ada je orang luar datang mandi-manda di sini, tapi takdelah crowded, jauh dari hiruk-pikuk orang ramai
 
suasana kehijauan

 OK, dah habis cerita penginapan, jom cerita makan-makan pula..
 
Dari rumah dah sediakan rendang ayam, nasi putih, sayur bayam, buah-buahan dan kuah laksa, makan dengan laksa kuala..mak & kakak balik ke KL on 30 Jun, depa beli siap2 di kampung..
 
juadah hari ini
 
panaskan kuah laksa & celur laksa
 
lunch - laksa, feveret sekeluarga
 
Pukul 4.00 petang, adik bongsu sekeluarga sampai
 
barang-barang untuk khemah & BBQ
 
Dia satu famiii nak berkhemah di laman rumah
 
khemah dah siap dipasang
 
Lepas Asar, ke sungai kita, yeayyy...lama benor tak mandi sungai..
 
di kirinya, kebun pokok kantan
 
pokok kantan
 
takde orang lain yang mandi, kita pun mandi sepuas-puasnya
kuak lentang, meniarap, berendam...huh puas hati..hehe..
 
adik dari Alor Setar sampai. 
Bersiap untuk BBQ
 
BBQ ayam & lamb

bersembang anak-beranak

 
Alhamdulillah, tamat sudah hari Sabtu, 4 Jun 2022..semua 5 yang perempuan dah ada, tinggal adik lelaki je yang belum sampai, dia datang esok, hari Ahad..
 
OK gais, sambung next entry ya..

37 comments:

  1. Lengkap semua kemudahan ye. Dan menarik juga tidur dalam bas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah..lengkap jg kalau nak merehatkan minda...sempit dalam bas tu...hehe..

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah, first time gathering ramai2 semua ada..

      Delete
  3. Ada dua benda yang menarik perhatian saya, iaitu tidur dalam bas dan "peti ais yang kurus tinggi." Hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...first time tengok peti ais kurus mcm tu...nampak sempit je ruangan bas..

      Delete
  4. tempat ni tak terjejas banjir ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kena banjir haritu..sebenarnya booking Inai Cottage yg tepi main road, tapi terjejas banjir, owner bagi kantan cottage ni...owner ada banyak resort kat sini..

      Delete
  5. boleh pacak kemah rupanya.. ni yang besttt

    ReplyDelete
  6. mahal jugak ek 650 semalam.. kalau beramai2 ok la kan

    ReplyDelete
  7. Seronoknya tengok 😍
    Best dapat tempat di bahagian hulu sungai, insya Allah masih bersih, tak tercemar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, takde orang mandi-manda sebelumnya..

      Delete
  8. Replies
    1. tak ramai orang, yg 2 bas tu orang sewa 1 malam je..

      Delete
  9. JANDA BAIK TEMPAT PERCUTIAN YG CANTIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungai dia yg best...suasana kpg pun menarik...

      Delete
  10. Menarik tempat ni untuk family gathering. Ada ke aktiviti macam ATV tu

    ReplyDelete
  11. Wah, seronok ni. Dapat berkumpul satu keluarga. Siap berkhemah lagi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. first family gathering lepas pkp...hihi..

      Delete
  12. menarik gak chalet ni. memang seronok ke Janda Baik ni asalkan cuaca elok. Rindu nak mandi sungai

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kalau cuaca baik, syok je mandi sungai..

      Delete
  13. best nya dapat together2 ngan family camni... part pasang khemah tu memang menarik hehehe.. teringin betul nak bawa bdk2 gi camping, belum berkesempatan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..peralatan camping dah ada kan...hihii..kena gi ni, dekat2 pun ok..

      Delete
  14. Besar juga bilik tidurnya. Eh rasa situ nyamankan kalau tiada penyaman udara?
    Comel gila rupa bas itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, besar biliknya...ada 2 tilam extra lg...nyaman jg, ada kipas siling..

      Delete
  15. bermalam dlm bas tu rare... mst budak suka... tp mak budak ni pun dh mcm excited dh tgk ada service mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok gambar2 mereka yg tidur dlm bas tu, mmg nampak best..excited je semuanya..

      Delete
  16. Best juga tempat dia.. Boleh mandi manda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best area ni sbb tak ramai orang...kita2 je..

      Delete
  17. Bestnya! Rasa nak selitkan diri bersama-sama di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berada di kwsn kpg, penuh kehijauan mmg seronok..

      Delete
  18. aida ni sedang carik tempat camping di janda baik, nohas.
    memang cari tepi sungai :)
    nice la tempat ni. aida da bookmark dah. sebab kakak aida x minat tido dlm khemah.
    kami gi camping di gopeng, dia dok hotel kat pekan gopeng :) ha ha ha ah ha...
    tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome...ok bolehlah consider cottage ni..kat Janda Baik byk pilihan, semua tak jauh dari sungai..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!