Sunday 9 June 2013

South Korea : Day 4 - Bukchon Hanok Village

Assalamualaikum semua..bulan Rejab hampir berlalu, bulan Syaaban akan menjelma, semoga kita diberkati dan sampai ke bulan Ramadhan, InsyaAllah...amin.

Masih lagi entry mengenai pengembaraan 'the duo' di South Korea. Sudah masuk hari ke-empat menghirup udara nyaman di SoKo, Alhamdulillah. Hari ke-empat, kami keluar lambat sikit, ada 'spill-over effect' dari adventures semalam. Pagi ni kami nak ke Bukchon Hanok Village. Keluar around 7.30 pagi, ambil Line 3 ke Anguk Station and then keluar ikut Exit 2, jalan straight ke utara, for about 500 meter.


Di sepanjang jalan, ada banyak kedai-kedai specialty (butik, cafe, art gallery) dalam bangunan hanok. Bukchon Hanok Village ni terletak di Gahoe-dong, tempat orang kaya (noblemen, scholars, government officers). 

specialty shops
 Hanok ialah Korean traditional houses. Penerangan lebih lanjut mengenai hanok boleh dibaca di sini. Kami mencari Tourist Information Centre untuk mendapatkan peta lokasi Bukchon Hanok Village tetapi masih ditutup, di buka pukul 9.00 pagi. Sebenarnya tak tahu lokasi hanok village ni sebab map takde, main agak-agak saja bila tengok bangunan design lama, dah sampai le kot. Rupa-rupanya Bukchon Hanok Village ni ada dua bahagian, di sebelah kanan (11 Gahoe-dong) dan kiri (31 Gahoe-dong) jalan Bukchon-ro. Nampak signboard ni, kami pun masuk kanan. 

Singboard ke Bukchon Hanok Village sebelah kanan
Bila tengok, hah..kena mendaki bukit. Memang kawasan Bukchon Hanok Village ni berbukit, tinggi jugalah. Tak dapek nak nolong..naik le juga sebab dah sampai, lagipun kawasan ni considered a must-see place when visiting Seoul. Tapi memang berbaloi, view cantik, rumah-rumah pun cantik, lain dari yang lain.

sila senyap sebab ini kawasan perumahan



Kami pakai redah je lorong-lorong, frontlane, backlane, kemudian tiba di simpang, ada roadside map, tengok signage dalam map, tengok atas jalan, nampak ada ni, tak sengaja terjumpa. Sebenarnya di Bukchon Hanok Village ni, ada lapan photospot, kiranya tempat menarik untuk snap gambar..

the 3rd photospot

view from 3rd photospot, tak cantik pung

Bukchon Hanok Village sebelah kanan (11 Gahoe-dong)
Kita ke sebelah kiri pula..

signboard ke Bukchon Hanok Village sebelah kiri - belakang kedai
jalan masuk ke kawasan perumahan
Bukchon Hanok Village sebelah kiri lagi menarik dan lebih banyak rumah yang cantik-cantik. Pun berbukit-bukit juga. My sister dah surrender, dia tunggu di jalan masuk tadi. Saya pun jalan sorang-sorang. Mari mendaki..yeah.yeah..

Modern + traditional







Beautiful house
pintu kayu yang menarik

Di sini ada rumah 'hanok' yang dibuka untuk public, iaitu Simsimheon - maknanya 'House Where the Heart is Found' yang dikawalselia oleh National Trust of Korea. Rumah no berapa, jalan apa, lupa nak ambik gambar, ambik signboard ni saje..

Hanok house open for public - fee KRW10,000
Dah habis round diatas, on the way turun, terjumpa mobile Tourist Information yang pakai baju merah ni. Baru minta map Bukchon Village. Yang lelaki tu tunjuk dalam map kat mana rumah shooting location for Personal Taste, yang Lee Min Ho berlakon, katanya. Tak pernah tengok pun drama ni, tapi pergi le juga ambik gambar. Cantik juga rumahnya.

Mobile tourist information

shooting location for Personal Taste kdrama
House No. 43














Dah habis explore 31 Gahoe-dong of Bukchon Hanok Village, kami pun nak bergerak ke destinasi seterusnya, tak jauh, sebelah je tapi nak jalan kaki, memang tak sanggup. Kena mendaki bukit tadi. Tanya kat Tourist Information, dia tolong tuliskan dalam Hangul dan suruh kami bagi pada teksi driver. First time naik teksi di kotaraya Seoul.  Bersambung..

6 comments:

  1. sayapun teringin nak ke sini..tapi akak sy x sihat..so kami just pergi korean traditional house jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan ni berbukit, tinggi juga, memang payah sikit utk mereka yg x sihat. Yang sihat pun semput nak naik (sbb x fit..hehe), tapi gagahkan juga..

      Takpe, ada rezeki boleh repeat SoKo and dtg ke sini..

      Delete
  2. Saya pun tak sampai ke Bukchon Hanok Village ni sebab kepenatan berjalan dari stesyen Gyeongbukgung dan Insadong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pula tak sempat nak gi Insadong. Memang penat kena jalan kaki,certain tempat terpaksa dikorbankan..tapi lagi best dari ikut tour..

      Delete
  3. Rumah2 ni open to public tuk tengok ke.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah2 ni private housing..tapi ada jumpa satu rumah yg dibuka utk public..ada dalam entry ni..nama rumah tu Simsimheon, tapi tak tau alamatnya..boleh google..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!