Monday 27 March 2017

China : Beijing - Forbidden City (Part 1)

Hari ketiga, Khamis, 9 Mac 2017

Hari baru. Kalau ikutkan itinerary (yang letih teman memikiornya, adjust sana, adjust sini), hari ni nak pergi Tianjin, tapi bila sampai sini, rasa macam malas pulak nak gi. Nak rilek-rilek je, cover Beijing je lah. Letih nak rush-rush, hush-hush..

So, hari ni, tukar itinerary, ke tempat wajib pergi di Beijing iaitu Forbidden City @ Palace Museum atau Gu Gong, dalam bahasa mandarin. Satu lagi tapak warisan dunia UNESCO.

Semalam dah check bus-stop depan hotel, tengok bas no. 58 pergi Gu Gong (hentian terakhir). Gembira rasa dihati, tak payahlah menapak, turun naik tangga di stesen metro. Jom tunggu bas, tambang bas di China, flat rate 2 yuan tapi guna kad, diskaun 50%, cuma 1 yuan je. 

Tatacara naik bas awam di Beijing: kalau bas dua pintu, naik ikut pintu depan, tap kad di card reader tepi pemandu. Turun ikut pintu belakang, tap lagi. Kalau bas tiga pintu pulak, naik ikut pintu tengah, turun ikut pintu depan dan belakang. Kalau tak ikut peraturan, kena jerit dengan konduktor..

Kami pun naik bas no. 58. Rupa-rupanya, hentian bas Gu Gong tu di Shenwumen (North Gate). Tapi nak masuk Forbidden City, kena beli tiket di Wumen (Meridian Gate) di sebelah selatan..huhu. Kenalah turun disini, sebab ni bus stop terakhir. Daripada episod gembira, terus episod duka..tapi takpe, take the challenge!!
 
 Shenwumen (Gate of Divine Might)
Gate di belah utara Forbidden City  

Sepatutnya kena naik bas yang pergi hentian bas Tian'anmen..bhahaha. Silap percaturan. Nak jalan kaki ke selatan Forbidden City ni, masak, jauh giler nak kena pusing. Dari utara turun ke selatan. Hari masih awal lagi, baru pukul 7 lebih. Ambil keputusan tunggu tourist bus No. 1 atau 2, dua-dua bas ni pergi ke Tian'anmen..

 bas stop untuk tourist bus

 ramai orang beriadah, termasuklah pakcik ni
dasatnya, boleh exercise macam tu, bekas ahli akrobatik kot

Tourist bus ni start beroperasi pukul 8.00 pagi, tapi tak muncul-muncul. Akhirnya, kami naik bas yang menuju ke arah timur, dengan harapan bas tu akan corner ke kanan, lalu Beichizi Street, jalanraya di tepi Forbidden City dan terus ke Tian'anmen tapi bas tu jalan straight je. Rupanya Beichizi Street tu bukanlah laluan bas...huhu..
  
So, kenalah turun di hentian bas selepas Beichizi Street. Berpatah balik ke belakang, jalan kaki menyusuri Beichizi Street, menuju ke selatan Forbidden City. Saya ok je, layan view cantik di sepanjang jalan, my sister le bising, nak naik teksi, jauh nak berjalan katanya. Tahan teksi, drebar demand 30yuan untuk ke Tian'anmen..perghh..cekik darah betul..jalan straight je, takdelah jauh sangat pun. Tak jadi naik teksi, sambung berjalan perlahan-lahan, akhirnya sampai juga di East Gate (Donghuamen)..hehe..

Alhamdulillah, di East Gate, ada perkhidmatan buggy untuk ke pintu masuk Quezuo Gate..tambang 2 yuan. Nak jalan kaki pun boleh, takdelah jauh sangat, tapi dah tak larat, naik je lah buggy.

buggy berhenti di Quezuo Gate

Ada hikmahnya juga berjalan kaki jauh dari utara ke selatan, baru tau boleh masuk Forbidden City ikut Quezuo Gate. Kat sini tak ada 'security check', terus je ke kaunter tiket. Selama ni info yang dapat, masuk ikut South Gate (Duanmen) dari Tiananmen je.

Kalau naik metro, exit stesen Tian'anmen East/West, nak masuk Forbidden City, kena ikut Tiananmen Gate. Sebelum tu, kena melepasi 'security check' yang ketat, check beg, nak tengok passport. Ikut nasib, kekadang kena beratur panjang giler untuk sampai ke 'security check', memang tersiksa jiwa raga (berdasarkan pengalaman..hehe)..

kaunter tiket lengang, masa ni pukul 9.00 pagi

 entrance fee - 40yuan (dari bulan Nov - March)

kena tunjuk passport masa nak beli tiket 
 
 Wu Men (Meridian Gate) - security check di sebelah kiri

Disebabkan Forbidden City ni luas yakamat dan kami bercadang nak keluar ikut Donghuamen (East Gate), so strategi nya, jalan-jalan sebelah kiri dan tengah dulu, kemudian bergerak ke sebelah kanan.

Luas Forbidden City ni 74 hektar, lebih kurang 183 ekar. Dijadikan istana rasmi bagi 24 emperors di zaman Dinasti Ming dan Qing. Ada 8,707 bilik dan tiada sebatang pokok di Outer Court (bahagian selatan). Inner Court untuk private life emperor dan empress..bahagian kanan untuk gundik-gundik diraja.

Sepatutnya selepas beli tiket, pergi ambik brochure di Tourist Centre, di bangunan sebelah kaunter tiket. Senang nak buat rujukan, nak tengok layout, nak faham tentang bangunan-bangunan di sini.

Boleh juga sewa audio tapi kami pakai redah je, takdelah beria-ria sangat nak tau info semua bangunan yang ada di sini...tak kuasa den..banyak sangat bangunan tapi kalau ada info, lagi menarik lawatan ke sini..

Check info di internet, baca sikit-sikit sejarah Forbidden City, selebihnya baca info kat papan tanda je, sekali-sekala menyelit kat tour group mat saleh, dengar penerangan dari tour guide mereka...hihi..

Moh ikut tour Forbidden City. Menyelusuri sejarah Hang Tuah pegi mengadap Maharaja Dinasti Ming. Makan kangkung sebab nak tengok muka emperor..hahaha..macam tulah cerita yang kita dengar masa kecik-kecik dulu..

Kita ikut bahagian tengah dulu - central axis, yang banyak bangunan utama, sambil-sambil tu melencong, tengok bangunan di belah kiri. Belah kiri tak banyak bangunan menarik, tapi gi juga sebab ada toilet & cafe.

 Wu Men - view dari bahagian dalam Forbidden City

Inner Golden River Bridges, dibawahnya ada sungai kecik, bangunan belakang ialah Gate of Supreme Harmony (Taihemen)

Gate of Supreme Harmony, Inner Golden River dan Wu Men

 Hall of Supreme Harmony (Taihedian) 
diatas tiga tingkat teres yg dibina drpd marmar
bangunan paling utama di Forbidden City, tempat maharaja menerima mengadap pembesar2, tempat pertabalan maharaja dan lain-lain upacara rasmi

Didepannya dataran luas, yang dibawahnya ada 7 hingga 8 lapisan, untuk keselamatan supaya takde orang korek, ceroboh masuk istana. Warna bangunan semua warna striking, lambang kuasa emperor yang ibarat dewa.

patung kura-kura depan Taihedian, simbol kuasa dan panjang umur

ukiran binatang di atas atap, tipikal senibina cina, bangunan masjid pun ada

Hall of Celestial & Terrestrial Union
ini dah masuk bahagian utara (inner court)

ukiran di Palace of Heavenly Purity (Qiangginggong)
istana penginapan untuk Maharaja 

istana terakhir di Inner Court, Kunning Gong
di zaman Dinasti Ming, istana penginapan untuk Maharani
di zaman Dinasti Qing, jadi bridal suite utk Maharaja & Maharani yang baru berkahwin dan tempat sembahan dewa-dewa

 Taman Diraja (Imperial Garden)

 incense burner

Duixiushan (Gathering Beauty Hill) - bukit buatan manusia
diatasnya Pavillion of Imperial View

Dah sampai di hujung Forbidden City, boleh juga keluar ikut Shenwumen (Gate of Divine Might) di bahagian utara (tempat turun bas tadi). Tapi kami meneruskan lawatan ke sebelah timur pula.

Bersambung ke Part 2.

18 comments:

  1. Tahun 2005 Wa sampai sini....masa tu gi time winter...sejuknya Ya Allah... tapi memang tak puan berjalan=jalan area sini.Bila dah lengoh berjalan... kami gi urut kaki hhihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk tempat menarik di beijing..mmg tk puas jalan2 disini..

      Delete
  2. Kura2 tu tembaga ke besi? Ada sebesar tudung saji ke kura2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kura-kura tembaga..lebih kurang besar tudung saji..

      Delete
  3. Tak dapat bacalah tulisan palace of earthy.

    ReplyDelete
  4. x dpt pi boleh baca pengalaman abang pakri pun cukuplah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, ada rezeki akan sampai di sini jg nanti..

      Delete
  5. 9mac? Baru blk lah ni..dari xian ke Beijing...ada gak plan nk buat trip Xian - Beijing 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi awal bulan Mac..dh plan sebelum amik visa tahun lepas..best tu overnight dlm train - Xian-Beijing..

      Delete
  6. Boleh plak mcm tu kan..ada gate yg x de security check baik x perlu ada security kat dua2 gate tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg nak masuk ikut tiananmen tu mmg kena security check sbb tiananmen ada sejarah hitam..takut berulang kembali..

      Delete
  7. Kalau ke Beijing mmg wajib masuk tempat ni..pegi bird nest stadium x

    ReplyDelete
  8. Selain audio ada tourist guide tak untuk forbidden city ni mcm gyeokbungung di seoul...mnarik jgak klau smbil jalan smbil dengar sejarahnya

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!