Monday 5 March 2018

Penang : Jalan-jalan di Tanjong

Assalamualaikum..

Sambung citer Penang. Jom ikut cek ronda-ronda Tanjong.

Tanjong mana? Tanjong Tokong? Tanjong Bungah?

George Town. 

Dulu sebelum British sampai, George Town dipanggil Tanjong. Butterworth dikenali sebagai Bagan. British dah merubah segalanya, nampaknya kekal sampai sekarang, walaupun ada ura-ura nak tukar balik dua nama ni.

"Nama Tanjong ditukar kepada George Town oleh pengasas penempatan British di Pulau Pinang, Kapten Francis Light pada 1786 dan nama Bagan ditukar kepada Butterworth oleh gabenor pertama Pulau Pinang, Sir George Alexander William Leith"
 
Nama George Town berasal dari nama raja British, King George III. Nama Butterworth dari nama gabenor pertama Negeri-Negeri Selat iaitu William John Butterworth, yang bertugas dari 1843 hingga 1855.

OK je kan, kalau nak tukar ke nama Tanjung, Bagan, semula. Ke tak best? takde commercial value? tak international? Di Myanmar, ada tempat nama Bagan. Popular juga...
---------------------------

Letakkan ketepi isu kontroversi ni, jom, kita start ukur jalan. Dulu masa pergi tahun 2012, dah ronda-ronda, tapi kali ni ikut jalan lain pulak. 

Mula dari Jalan Penang. Keluar hotel, pusing kiri, cepatt jalan. Jumpa mural penarik beca.

 sedang bersantai menunggu pelanggan

 Masjid Benggali

 tempat wajib singgah di Penang
Jeruk Madu Pak Ali

Masuk Lebuh Campbell. Ni laluan ke Upside Down Museum.

 mural buah berangan

Jalan ni dinamakan sempena aktiviti membuat tali
apakah nama jalan ini? cer teka, cer teka..

Jalan Pintal Tali..pandai adik-adik

Jom kita jalan lagi. Cari mural-mural besi yang menceritakan sejarah lorong-lorong yang ada di sini. 

 dim sum di Lorong Cintra

Amazing race - mencari Camera Museum di Lebuh Muntri.

The Southern Hotel

jubin lantai yang cantik

Lebuh Muntri mengambil nama dari Orang Kaya Menteri of Larut, Perak
iaitu Ngah Ibrahim. Pedagang bijih timah berniaga dengan Ngah Ibrahim
sebab Larut merupakan pengeluar bijih timah terbesar masa tu

Dah sampai depan Camera Museum, tutuplah pulak. Takde rezeki. Jom lah balik. Ingatkan nak masuk Love Lane, dah tak larat. Berpatah balik, masuk Jalan Leith menuju ke Jalan Sultan Ahmad Shah. 

Di Lebuh Muntri juga, tempat pereka kasut antarabangsa,
Jimmy Choo mula apprenticeship buat kasut

menarik bangunan ni

Jalan-jalan lagi, menyusuri Jalan Sultan Ahmad Shah sampai jumpa Friendship Park, ada tulisan

I love Penang

 Bersambung..entry terakhir Penang.

20 comments:

  1. Lama dan teman tak berjalan ke Penang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. last pi thn 2012, dah 6 thn baru jejak balik..

      Delete
  2. Kalau gi Penang...paling best makanan dia.

    ReplyDelete
  3. PERNAH JUGA PUSING2 TANJONG LAMA DULUMKN DURIAN ATAS BUKIT

    ReplyDelete
    Replies
    1. durian balik pulau yg femes kt penang...

      Delete
  4. hehehe
    last pergi sini dalam 3 tahun lepas
    seronok cari mural masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok bila jln2 terjumpa mural..satu aktiviti bila ada di georgetown..

      Delete
  5. Jalan pintal tali... heheheh, pintal rambut pun bolehhh XD

    ReplyDelete
  6. Jeruk pak ali mmg sangat sodap. Orang belah utara rasanya masih panggil Butterworth dengan nama Bagan. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeruk pak ali mmg menjadi pilihan ramai..Alhamdulillah, bisnes bertambah maju..bangunan dah besar..ha'ah, selalu gak dengar masa zaman boria dulu, depa dok sebut 'pi Bagan'..

      Delete
  7. Replies
    1. jeruk Pak Ali kegemaran ramai..jeruk siam dah tak best..

      Delete
  8. Memang suka jeruk Pak Ali.. Cantik-cantik lukisan yang dilukis di dinding tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skang ni mmg cari jeruk Pak Ali je kalau ke Penang...mural2 yg menceritakan sejarah lorong2..

      Delete
  9. jalan pintal tali!! haha sy dh letih nk cari art mural sbb byk. hmm angkat bendera. skrg masih lg panggil tanjong dan rumah sy di bagan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan2 di kwsn ni mesti terjumpa mural...org Penang masih panggi tanjong & bagan, org luar jrg panggil nama ni..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!