Thursday 11 October 2018

Drama Review : Story of Yanxi Palace

Assalamualaikum..Ni hao..

Penangan hari Merdeka dan hari Malaysia. Dari 30 Ogos hingga 17 September, Astro bagi tontonan percuma untuk semua saluran termasuklah AOD - Astro On Demand. Weii, kenapalah time tu, jari-jemari ni gatal sangat tekan channel 351 - 353...huhu..kan dah tersangkut..

Ada siapa yang sama dengan saya, jatuh chenta head over heels..gugu..gaga..dengan period/costume drama dari mainland China ni, 'Story of Yanxi Palace'?
 

Ditayang di AOD, ada sarikata Bahasa Melayu. Jumlah kesemuanya 70 episod. Masa time free tu, cuma ada episod 1 hingga 49 je. Lepas tu menggagau lah cari kat internet, tapi takde website yang ada sarikata English. Nak subscribe AOD malas lah pulak, tengok raw, takde subtitle. Bertahan, kot-kot ada website yang buat English subtitle. 

Akhirnya, ada orang Malaysia yang upload di facebook, xie xie. Rupa-rupanya ramai juga yang minat cerita ni, keahlian sampai 200++ dari Malaysia, Singapore, Indonesia dan Brunei. Dah habis tengok kesemua 70 episod. Memang best..puas hati sungguh.

Drama yang 'taken China by storm', ditonton oleh 15 billion orang di seluruh dunia. Drama ni mengisahkan kisah hidup Wei Ying Luo, dari seorang dayang hingga menjadi gundik kesayangan maharaja zaman Dinasti Qing. Watak Ying Luo ni ialah watak sebenar gundik maharaja Qianlong yang bernama Empress Weigiya (posthumous).

 Ying Luo sebagai dayang di bahagian sulaman

Ying Luo masuk ke Kota Larangan (Forbidden City) untuk menyiasat dan menuntut bela di atas kematian kakak dia. Watak dia periang, baik hati, tajam fikiran dan outspoken, bulldoze je semua - sampaikan maharaja dan maharani pun dia boleh kelentong.

Mula-mula jadi pekerja di bahagian sulaman, tapi sebab dia bijak, Permaisuri Fuca ambik dia jadi dayang permaisuri. Adik lelaki Permaisuri Fuca, Fuheng yang jadi pengawal diraja jatuh cinta dengan Ying Luo.

Ying Luo sebagai dayang Permaisuri Fuca

Ying Luo mula-mula syak Fuheng yang bunuh kakak dia sebab semua bukti menjurus kepada Fuheng. Tapi sebenarnya ada putera raja yang pakai baju Fuheng. Kemudian Ying Luo pun sama, jatuh cinta dengan Fuheng. Tapi maharaja tak bagi depa kahwin, sebab Ying Luo masa tu jadi hamba di bahagian Hamba Abdi (sebab kena denda dengan Permaisuri Fuca). Kerja basuh tong taik. Lagi pun Ying Luo tak sekufu dengan Fuheng. Kalau depa kahwin juga, maka menyimpanglah dari sejarah Dinasti Qing..huhu..maharaja sebenarnya masa ni tanpa disedari dah tersuka kat Ying Luo. 

Maharaja suruh Fuheng kahwin dengan perempuan yang sekufu. Fuheng terpaksa setuju sebab nak selamatkan Ying Luo daripada kena bunuh, sebab masa tu Ying Luo kena fitnah. 

Yang sedihnya, masa Fuheng dan isteri datang ke istana nak jumpa maharaja, terserempak dengan Ying Luo tengah buat sembah sujud setiap tiga langkah, masa tu salji turun dengan lebatnya...hua..hua...

 
Sebenarnya maharaja bagi pilihan pada Ying Luo, kalau nak kembali jadi dayang permaisuri, kena pilih samada jumpa Fuheng dan cakap dia tak cinta Fuheng, cuma nak kekayaan je atau sembah sujud setiap tiga langkah..Ying Luo pilih untuk sembah sujud sebab dia memang ikhlas mencintai Fuheng..
 
Fuheng & Ying Luo - I ship these two lovebirds
cinta tak kesampaian - takleh nak ubah sejarah

Maharaja Qianlong ada lebih kurang 10 orang gundik, macam-macam kisah gundik-gundik ni, politik harem (istana gundik), dengki-mendengki, tikam belakang, sampai ketahap bunuh-membunuh, macam-macam manipulasi untuk mendapat kasih-sayang maharaja. Drama ni ada part serius, ada part kelakar..

 pelakon kelahiran Johor - Lawrence Wong - second couple dlm drama ni

Harper's Bazaar Singapore menyenaraikan lima sebab kenapa drama ini sangat popular, menyerlah dan menarik.
  • barisan pelakon yang bagus 
  • plot line yang menarik
  • costumes yang gorgeous nak mapoh
  • drama set dan prop yang antik 
  • cinematografi yang sangat cun

Sangat setuju. Pakaian maharaja, permaisuri, gundik-gundik sangat elaborated. Cantik-cantik sulamannya. Kipas tangan pun cantik.

Yang bestnya sebab dah pernah menjejakkan kaki di  Forbidden City masa pergi Beijing haritu, menonton drama ni mengimbau kembali kenangan berjalan-jalan di Forbidden City. Warna merah bata tu sangat cantik dalam drama ni..

 Forbidden City

Recommended bagi mereka yang suka period drama. Sekali-sekala tukar dari Korean sageuk ke ancient China. Old is gold....xie xie..

28 comments:

  1. Bab costumes yang gorgeous ini memang Sha sokong.. sebab tu period drama ini seronok ditonton selain storyline dia yang best.. Tapi Sha tak boleh tengok drama panjang-panjang ini stress.. hahaha.. sekarang ini paling panjang pun 30 episod..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita istana2 pakaian mmg cantik2..kipas tangan pun menarik..setakat ni boleh lg layan..sbb citer best..70 ep x terasa..hihi..

      Delete
  2. Melayan cerita zaman dolu kala kadang best apa lagi jika ianya mengikut sejarah yang sebenar cuma stress bila bab banyak episod dan dengan politik istana yang macam-macam tu. Tapi kalau jalan cerita menarik syok juga layan sekali sekala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jln citer best, view pulak cantik, tu yg bertahan, kali ni politik istana permaisuri & gundik2..

      Delete
  3. Woahhh seriously cerita ni tengah hit gila2 sekarang ni sis? Baru tahu... thanks for sharing. Hehee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. femes giler citer ni di china, hongkong, taiwan..sampaikan pelakon lawrence wong tu jd duta montblanc m'sia..

      Delete
  4. Teman jarang sangat layan cerita2 genre nie... Teman lebih kepada sains fiction.. Nie tengah dok layan Flash, baru sampai sesson 3... kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka tgk costumes dlm period drama ni..cantik2 belaka..sains fiction pun best..

      Delete
  5. masa remaja thn 80an n awal 90an dulu selalu gak layan drama cina ptg2 di TV2 sampai minat kat Dodo Cheng, Chow Yuen Fatt dsb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka jg drama cina dulu2 esp bila Jet Li berlakon..paling best Bodyguard from Beijing..

      Delete
  6. Ada juga nmpk iklan dia lalu lalang, anak2 dok ajuk gundek2 panggil raja dgn suara ngada2 tu kan, hihi. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang iklan tu drama Ruyi's Royal Love in Palace..sama genre, citer gundik2 maharaja Qianlong jg..hihi..semua nk perhatian maharaja..mcm2 perangai..

      Delete
  7. Alllaaa...bila baca ni macam best pulak. Mana nak cari nih???

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh request to join group Story of Yanxi Palace atau group Period/Costume/Contemporary drama di facebook

      Delete
  8. Patutla suka tengok cerita cina..pernah pergi Tanah Besar China.

    awek awek cina pun cantik bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambil tengok drama, tour kawasan istana forbidden city...kenangan..
      ada yg cantik, ada yg kurang..yg sederhana lagi ramai..huhu..

      Delete
  9. mana link utk tgk cerita ni dgn sub melayu atau eng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh request kt facebook, group Story of Yanxi Palace atau group Period/costume/contemporary drama..

      Delete
  10. Nak tanya nama facebook tu ape??
    Nama yg siarkan uh

    ReplyDelete
    Replies
    1. facebook Chinese Drama-PCCD

      tak tahu ada lg tak fb group ni sbb saya dah keluar..drama ni dah ada dlm website, english subtitle..

      Delete
  11. Sedang di tayangkan semula di chanel 148 astro...walau dah 2 kali tonton....still tonton lg....siap rakam beb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..peminat setia ni..hihi..betul, drama ni mmg best..tak jemu menonton berulang kali..

      Delete
  12. Cerita ni best sgt smpi skrg masih x blh move on huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tgk banyak kali pun tk jemu..suka scene Fuheng & Ying Luo..hehe..

      Delete
  13. siyes best cerita ni...part paling happy Ying Luo jadi gundik dan gundik kesayangan maharaja (sama level dgn permaisuri) dan part paling sedih Fuheng mati...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. part Fuheng mati nk ambik ubat utk Ying Luo tu mmg sedih..cinta sampai mati...huhu..

      Delete
  14. Episod berapa yang ade gundik kena panah petir tu 😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. gundik yg kena panah petir tu rasanya jahat kan..mmg patut kena panah petir...huhu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!