Saturday, 2 February 2019

Warisan Negara - 2 Stadium

Menyelusuri sejarah Malaysia di Stadium Merdeka.

Assalamualaikum..

Haritu ada kerja di sini, biasalah, jalan-jalan buat kerja. Dah lama tak jejak kaki di sini. Stadium yang sangat nostalgia untuk rakyat Malaysia. Di sinilah laungan 'Merdeka!' bergema pada 31 Ogos 1957. 

Rentetan sejarah Malaysia ada dipamerkan di sini. Jom melawat kembali sejarah negara kita.

dibuka pada 30 Ogos 1957 oleh Tuanku Abdul Rahman Putera, Perdana Menteri Malaysia yg pertama

Bangunan Warisan Kebangsaan
 
 rumput menghijau

Ralit membaca sejarah bergambar tentang Tanah Melayu, Malaya dan Malaysia. Dah tak berapa ingat peristiwa-peristiwa yang berlaku - Darurat, Ganyang Malaysia, tragedi 13 Mei, Bintang 3, kisah pendatang Cina dan India.

 gambar-gambar menuju kemerdekaan Tanah Melayu

 Hari bersejarah

 time Darurat
 

 catatan mengenai Darurat tahun 1948

 Pengawal Kampung Wanita - Home Guard
- Kuasa Wanita -

PM berjiwa rakyat - Tun Abdul Razak & Tun Hussein Onn

kena tambah - keeping up-to-date

 Dah habis membaca sejarah Malaysia di Stadium Merdeka, ke Stadium Negara pula, dekat jer, sebelah-menyebelah. Sebab ada construction, kena pusing ikut jalan raya.


 Stadium Negara

Tampak di belakangnya ialah Menara PNB Merdeka 118 sedang menuju ke langit. Tidak lama lagi menukar landskap di kawasan ini

Dua bangunan warisan. History revisited.

20 comments:

  1. STADIUM MERDEKA MELAKAR SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA...DULU2 KALAU KE RUMAH SEDARA DI JLN HANG TUAH SELALU JALAN2 KWSN NI DAMAI SUASANANYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh katam sejarah Malaysia di stadium merdeka..hehe..sekrg ni kwsn ni berserabut sikit, sibuk dgn pembinaan Merdeka 118..

      Delete
  2. Tak pernah jejak kaki disini.. Moga satu hari nanti dapatlah singgah disini dan melihat rentetan sejarah yang bermakna ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu aktiviti percuma di KL..best jg baca sejarah kt stadium merdeka...kat stadium negara, venue utk konsert kpop..

      Delete
  3. Belum pernah menyinggah lagi ke tempat ni...teringin juga nak g tempat² peninggalan sejarah macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dtg sini pun sbb kerja, kalau x, tk sampai jg di sini..hehe..mngimbau saat2 laungan 'merdeka!'..

      Delete
  4. Teman pun pernah jejak kaki lagi kat sini... insya allah, ada kelapangan nanti teman nak bawa anakanda teman ke sini untuk belajar sejarah kemerdekaan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg bagus bawa generasi muda utk mengenali sejarah negara..

      Delete
  5. i think i pergi sini time i wasss so young. hehe..
    not a museum person =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru kali ke-2 dtg sini, dulu pun hal kerja jg..kalau sesaja nk dtg takdelah kot, not a museum person also...hehe..

      Delete
  6. Once upon a time..ke stadium merdeka tengok bola rasanya dgn mak, abah, yeop and pidaus..
    Tapi itu la the first and last...bila tanya abah kenapa tak pegi lagi stadium...
    Jawapan abah....ada orang pegang bahu mak masa keluar ramai2 tu...hehehehehehehe...
    Dan sejak dari itu...to be in very large crowd mmg takde la...rasa mcm rimas, tak boleh bernafas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..seram gak, orang ke?..tersilap pegang kot...to be in a large crowd, mmg rimas, lebih2 lagi kalau cuaca panas, lg rimas..

      Delete
  7. Stadium yang begitu bersejarah..

    kalau boleh kekalkan sampai bila-bila..

    sebagai sumber inspirasi generasi yang akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah digazet sebagai bangunan warisan negara, kena dikekalkan..sangat sentimental dgn sejarah Malaysia..

      Delete
  8. Pernah pergi dedua stadium ni tapi lama gila dah time single-mingle dulu.
    Gi stadium merdeka tengok bola gi stadium negara tengok konsert tak ingat konsert shiela majid ke ziana zain ntah tapi yang ingat artis jemputan dia jer... Anuar Zain hahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekrg ni dua2 stadium dah jd venue utk konsert....artis jemputan yg diingat..hihi..

      Delete
  9. Zaman sekolah dulu selalu pergi tempat ni. Memori banyak kat situ.. Hihi

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!