Wednesday 27 March 2019

Rumah Kartun & Komik Malaysia

Sambung cerita kartun di kotaraya Kuala Lumpur..

Haritu cuti separuh hari, hari Rabu. Dah habis urusan, masih ada masa lagi, sebelum clock-in pukul 2.00 petang. 

Singgah di Rumah Kartun & Komik Malaysia di Taman Botani Perdana, dekat Bukit Aman. Muzium Kartun & Komik Pertama di Malaysia.

Rumah Kartun & Komik Malaysia ialah muzium untuk kartun, karikatur dan komik Malaysia. Ianya menempatkan galeri dan arkib bagi mendekatkan masyarakat kepada seni kartun dan komik negara. Rumah ini mula dibuka kepada orang ramai pada 1 April 2017. Rumah kartun ini menyelusuri sejarah perkembangan seni kartun dan komik sejak zaman silam bermula pada awal 1930-an sehingga ke karya mutakhir.

 
 Taman Botani Perdana

dari jauh, dah teruja

tempat dituju

photoshoot hotspots

 pandangan selatan

Masa tengah snap-snap gambar luar bangunan, tetiba ternampak satu kelibat manusia tengah berjalan menuju ke rumah ni. Macam familiar, rasanya kartunis Ujang. Siap tanya, ni UJANG ke? Dia angguk je, senyum, terus berlalu pergi. 

Dah puas snap gambar-gambar kat luar ni, jom lah masuk ke rumah kartun. Tengok apa yang ada kat dalam.

ke pintu masuk

Bayaran masuk cuma RM5.00 saja, sebagai sumbangan.


Waktu lawatan ke Rumah Kartun dan kedai cenderahati


Rumah ni kecik je. Alhamdulillah, pegi masa hari bekerja, cuma saya dan seorang perempuan India je yang datang melawat. Takdelah sesak dalam sini.

Ada pameran kartun-kartun lama dan baru. Memang mengimbau kenangan betul. Kebetulan hari tu, disambut oleh kartunis Pauh, dia yang bagi penerangan mengenai kartun-kartun yang dipamerkan. Kartun ni akan ditukar dari masa ke semasa, nak bagi peluang untuk siarkan karya semua kartunis.

 Bujal !! teringat Wak Dogol
komik femes zaman dulu-dulu

Salina

Rejabhad - kartunis veteran

kartunis sedang berkarya

 kartun dalam tulisan jawi

 Kartunis veteran

 Gila-Gila gambar AR Badul

Limited edition - Tupperware gambar kartun Lat

Ada kelas bagi yang berminat

Dah habis melawat rumah kartun, kita ke kedai cenderahati pula. 


Kedai ni takde kaitan dengan kartun, ni kedai cenderahati barang-barang kraftangan. Khas untuk pelancong. Cantik-cantik cenderahati di sini, nampak berkualiti produknya.


Yang ni menarik perhatian. Tak tau ni untuk dijual ke atau cuma hiasan.

 buah kelapa dicat kaler emas dan perak

Nampak ada kafe, terasa nak mengopi. Tak banyak pilihan, ada croissant dan muffin saja. Tapi minuman ada pelbagai pilihan, kita pilih nescafe 'Dolce Gusto'..dolce, sweet & soft..hihi..



Dah take a break, kita jalan lagi. Ke bangunan sebelah pula, Herbarium. Kecik je bahagian pamerannya. OK, sesi lawatan berakhir di sini.

Masa untuk bekerja!

38 comments:

  1. Ingatkan taman botani putrajaya.. ujang dan ucop sontorian mmg legend..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni di KL..kartunis Ujang mmg femes..siap ada komik sendiri..

      Delete
  2. majalah gila-gila adalag kegemaran saya sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. majalah gila-gila best..gelihati kurang sikit..

      Delete
  3. Nampak arca Profesor Serba Tau kat atas sekali tu.
    Hurm... memang mengimbau kenangan sungguh ni

    ReplyDelete
  4. Waaah asik nih .. ada Upin Ipin :).
    Mereka berdua populer di negara saya, kak.
    Orang dewasa juga banyak yang menyukai mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa wisata ke Bali lewat tahun 2011, driver asik sebut 'betul, betul, betul'..
      tak sangka Upin Ipin populer di sana..

      Delete
  5. KALAU ADA REZEKI NAK JUGA MELAWAT RUMAH KARTUN NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pegi time hari bekerja, kak sbb rumah ni kecik, sempit betul kat dalam..

      in shaa Allah, kak..

      Delete
  6. kenapa tak tau wujudnya rumah kartun ni? Balik KL kena masuk list juga ni

    ReplyDelete
  7. Ada antara kartunis2 di situ kawan-kawan saya nohas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooh..ramai kartunis2 ni dulu kerja di NST, Utusan..kartunis2 baru x brp kenal sangat..

      Delete
  8. Tak pernah tau tentang kewujudan tempat ni. Thanks for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome..akk pun baru tau jg..itu pun sbb google 'kartun Lat'..keluar imej rumah ni..

      Delete
  9. Thanks share info nie Nohas.. Ada rezeki nak ke sinilah.. Menarik betul rumah ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome..tempat menarik utk dilawati di KL..

      Delete
  10. Wahhh.. Ini kalau saya dapat pergi.. Nak juga pergi kelas asas melukis kartun tu.. Memang menarik tempat macam ni bagi saya. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh join hari minggu, tak lama rasanya 3-6 bulan..

      Delete
  11. Ada masa nanti, boleh la bawa anak jalan kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. org dewasa pun teruja, budak2 mesti suka..

      Delete
  12. xpernah lagi masuk..tupperware die tu menarik laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tupperware limited edition..sapa cepat dia dapat..

      Delete
  13. svs ada tupperware limited edition tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jumpa kt tempat lain tupperware ni, ada di sini saja..special nih..

      Delete
  14. x pernah tau kewujudan.. nanti kalau ke sana boleh singgah.. nice share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat menarik utk dilawati di KL, tapi Ali kecik lagi, mak & bapa Ali pun ok..mesti teruja...hihi..

      Delete
  15. wahh!!!.new spot ni. nice sharing dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..share dgn kwn2 tmpat menarik di KL..

      Delete
  16. Owh menariknyaaa.. ada pula rumah kartun n komik malaysia. baru tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. one-stop centre utk kartunis berkumpul & berkarya...dibuka utk public supaya org ramai dapat kenal & tahu sejarah kartunis negara...mmg menarik..

      Delete
  17. wah! boleh pegi ni...lps kita explore putrajaya/cyberjaya dan kawasan sekitar..maklumlah dah jadi warga sebelah putrajaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..dah tak masuk KL..hehe..x balik kpg (keramat) ke..

      Delete
  18. menarik !! one day nak pergi. whyyy RM5 only. sedih rasa nak bayar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entrance fee yg murah...mungkin utk menarik orang ramai datang ke sini..

      Delete
  19. comel2 semua... nasib tak ramai org kalau tak bersesak juga dlm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempit betul dlm rumah kartun ni...kalau ramai, mmg pening..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!