Monday 29 July 2019

Wisata ke Surabaya : Kartiko Heritage | Bebek Goreng H. Slamet

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, telah selamat travel ke Surabaya, Jawa Timur, selama 4 hari 3 malam, dari hari Jumaat, 19 Julai hingga Isnin, 22 Julai 2019. 


Tiket flight beli masa Matta Fair bulan Mac. Takde rancang apa-apa, beli on the spot. Naik Malaysia Airlines, return RM503. Flight pukul 7.20 pagi hari Jumaat. Bila flight pagi ni, kenalah night at the airport.

Pertama kali bermalam di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Ramai juga yang bermalam di airport. Selesa juga tidur disini sebab ada banyak kerusi urut yang selesa untuk dijadikan port melelapkan mata. Ada yang boleh di adjust jadi katil, huhu..lena jugalah barang sejam dua.

view dari port tidur

warga asing tidur nyenyak, baring atas kerusi

Fight ke Surabaya lebih kurang 2 jam 45 minit. Dah sampai di Juanda International Airport, berjalan menuju ke pintu keluar, akan jumpa deretan syarikat teksi yang memanggil-manggil anda. Tak tahu nak pilih yang mana...ramai bebenor. Tambang teksi ke Jalan Pemuda, Surabaya kota = IDR 150,000.

Masa dalam teksi, diskus-diskus dengan driver, setuju nak ambil city tour selama 4 jam. Satu jam dia charge IDR100.000, termasuk BBM (bahan bakar minyak), driver and parking. Campur, darab, bahagi - lebih kurang RM15 sorang untuk sejam, on jer lah.

Jom ke destinasi pertama, port kuliner jajan pasar - Kartiko Traditional Heritage di Taman Darmo Permai.
bangunan kayu jati


traditional heritage culinary

Depan pintu masuk ada dua ekor kura-kura kecik dalam mangkuk



jom masuk, berkulineran



macam-macam kuih-muih
ada yang serupa macam kuih di Malaysia
putri ayu, buah melaka (onde-onde), karipap, lepat


ketan (pulut) durian

Beli yang ini - lumpia, ote-ote porong & es pisang ijo

 lumpia & ote-ote porong - lezat & gurih


es pisang ijo - enak banget

Restoran ini ditatarias berkonsepkan cina peranakan


ada notis - all halal foods



koleksi porcelain


Dah habis makan di sini, kami ke satu lagi restoran di taman ini juga, mencoba bebek (itik) goreng pula. Bebek goreng piiihan youtuber Mark Wiens...Bebek Goreng H. Slamet cabang HR Muhammad.

 sugeng rawuh - selamat datang dalam bahasa Jawa

menu itik dan ayam
kepala ayam pun ada dijual

pilihan minuman

pondok sambal

menurut maklumat, cabang ini saja yang ada pilihan sambal

empat jenis sambal - sambal bawang, sambal mangga

itik goreng, nasi putih, ulaman, sambal korek
sambal korek dah memang tersedia dgn nasi putih

Memang sedap bebek gorengnya, makan pula dengan sambal mangga. Perghh..pedas mengancam. Seumur hidup tak pernah makan itik goreng, tetiba dapat makan, sedaplah pulak.

Suasana restoran yang nyaman, dipenuhi dengan tingkap-tingkap kayu pelbagai warna, memang layan untuk berphoto..

photo spot

banyak tingkap kayu berwarna-warni
hipster juga resto ni..hihi..

Jika ke Surabaya, jangan lupa mencoba bebek goreng, kuliner khas Jawa Timur. Memang banyak restoran bebek goreng di kota Surabaya dan Pulau Madura. 

Wisata kuliner di Surabaya dilanjutkan ke Pasar Atum pula. Kartiko Jajan Pasar ada outlet di Pasar Atum juga.

Bersambung di entri seterusnya ya..

4 comments:

  1. wah enaknya ada ceker ayam. Pernah makan rendang itik tapi tak tahu lah rasanya macamana sebab lama-lama dolu-dolu makan. Sugeng Rawuh bahasa jawa halus agaknya sebab saya tak pernah dengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. enak kan meratah ceker ayam...sajian itik ni amat jarang sekali dimakan, rasanya org Melaka/Negori yg selalu buat rendang itik..

      Delete
  2. Cantik dekorasi kedua-dua restoren..
    Pilihan makanan pun pelbagai..
    Itik tu nampak mengancam.. Sha selalu makan gulai atau rendang je.. Tak pernah makan itik goreng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekorasi menarik..makanan pun sedap..
      itik ni mmg sangat jarang makan, sedap itik goreng cicah pelbagai sambal..mmg layan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!