Event pada 31 Ogos yang lalu..abadikan kenangan di sini.
Birthday celebration @ sambutan hari merdeka. Makan-makan lunch di Restoran Rebung bersama omma dan unnie.
Restoran Rebung by Dato Chef Ismail
Lokasinya di tingkat 5, bangunan parking bertingkat Bukit Aman, di Taman Botani Perdana. Memang senang, parking kereta, terus naik lif ke tingkat 5.
Taman Botani Perdana - ke rumah kartun & komik
Alhamdulillah, sampai awal, sebelum pukul 12.00 tengahari. Tak lama kemudian, satu bas budak-budak sekolah dari PJ, ada event kat sini. Terus suasana jadi sesak, nak ambik nasi pun kena beratur.
Yang menarik restoran ni ialah dekorasinya yang terdiri daripada pelbagai barang-barang lama dan antik, kebanyakannya peralatan memasak, pinggan mangkuk, cawan, teko, acuan kuih hinggalah ke reban ayam dan kain batik semua. Tema tradisional Melayu.
buffet table untuk nasi campur - masakan Melayu
pelbagai juadah utk nasi campur
dekorasi diatas buffet table
dodol tidak dilupa
dessert table
Selain nasi campur, dibahagian luar ada pelbagai juadah - mi/bihun kari/sup, nasi impit kuah kacang, rojak buah, lempeng kelapa, roti jala, ubi kayu rebus, ikan bakar, ABC, pasembur, goreng pisang, sagu gula melaka, bubur, pulut durian.
Overall, sedap masakannya, adalah dua tiga yang terlebih masin - nasi ulam, sambal tumis ikan bilis utk lempeng kelapa, siput sedut masak lemak, rasa terlebih garam..kalau tak, dah perfecto.
Gambar makanan malas nak ambik, sama je. Jom tengok dekorasi yang really blew the mind. Bernostalgia..ngetops..
pelbagai jenis acuan kuih bahulu
Dekorasi di bahagian luar pula, depan pintu lif
yang ni takleh tahan, seperti pulang ke kampung halaman
Memang seronok berada di sini, dapat makan dan dapat juga melihat khazanah barangan lama. Membuat anda tersenyum sambil mengimbau kenangan di desa nan permai.
Lastly, one for the album
bersama Dato Chef Ismail
yang ni masa boss belanja lunch group corporate & GLC
ada tak yang kenal? huhu..
Overall, best gaklah makan di sini, food ok, ambience ok, harga reasonable RM40 per pax. Recommended? yes!!