Monday 17 May 2021

Drama Turki : Filinta (2014)

Merhaba..salam aleykum..

Cuti raya ni, teman layan drama Turki yang bertajuk Filinta di netflix. Drama penyiasatan di akhir kurun ke-19, di zaman Empayar Uthmaniyyah, dimasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. 

Mengikut maklumat, drama ni berkisar pada tahun 1850 hingga 1900. Diakhir-akhir Empayar Uthmaniyyah yang tamat pada tahun 1920.

Drama ni ada 149 episod, 2 season..fuhh..tak tau bila nak habis..baru episod 24..

Filintia maksudnya "A short, bullet-ass small rifle. Good, handsome." Memang tepat sekali tajuk drama ni. Hero ialah seorang polis yang kacak, membawa pistol yang direka khas oleh rakannya, sedikit panjang dari pistol biasa macam 'a small rifle'.

Drama mengisahkan Filinta Mustafa, seorang Field Marshall di balai polis Galata bersama ketuanya, Cadi Giyaseddin, menyelesaikan kes-kes pembunuhan yang berlaku di Istanbul.

Di episod 1, Mustafa dituduh bersubahat dengan penjahat dan menyebabkan kematian rakan sekerja, Ali apabila gudang meletup. Seorang lagi rakan sekerja, Riza berpaling tadah dengan menipu semasa menjadi saksi. Mustafa dikenakan hukuman mati Tapi Cadi Giyaseddin tak percaya dan dia jumpa Sultan minta pengampunan selama setahun untuk Mustafa mencari bukti dan membela diri.

Mustafa dan rakan sekerja, Ali

Hampir setiap episod ada je yang mati. Ada yang mati kena tembak, kena rodok dengan pisau, dengan skewer, mati kena racun, mati kena pulas tengkuk, mati kena bantai dengan kayu, mati sebab gudang meletop..macam-macam jenis cara kematian..


 Cadi Giyaseddin dengan Sultan Abdul Hamid II

Disamping kes-kes pembunuhan, kisah hidup Mustafa dengan penjahat utama, Boris Zaharyas juga jadi misteri. Boris ialah seorang ahli perniagaan yang kaya-raya, a self-made millionaire, rag-to-riches. Luar nampak baik je tapi dia sebenarnya seorang yang sangat kejam, sampaikan Sultan pun dia nak manipulate. Boris ada anak perempuan dan anak dia jatuh cinta dengan Mustafa.

 

 penjahat utama - Boris Zaharyas & assistant dia, Cemil

Yang bestnya, kisah-kisah dalam drama ni bukan tertumpu pada orang Turki saja, tapi negara lain juga. Ada kisah orang USA yang nak beli senjata, kisah Civil War di US, kisah cult Roman Catholic yang nak merusuh, kisah duta English & France, orang Greek, orang Armenia, Bosnia, Russia, Arab...wahh, betapa mashyurnya kota Istanbul..

Menarik drama ni untuk ditonton..melihat watak Cadi Giyaseddin yang tenang, sentiasa membaca Al-Quran, sentiasa berharap dgn Allah, dialog-dialog yang berbentuk nasihat, yang relatable dengan kehidupan kita seharian..sejuk je hati in contrast to adegan orang mati kena bunuh..

Recommended untuk ditonton..bagi yang minat genre penyiasatan...

30 comments:

  1. Drama/filem yang diambil dari kisah sejarah, mesti seronok ditonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama fiksyen, cuma sultan je yg nama betul..

      Delete
  2. Ok seriously ni konpom ako tgk tertido ni 😂

    ReplyDelete
  3. tak penah layan citer Turkey tapi makcik rajin tngk kt Astro nun..
    uit pacak tegak depan tv hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama turki ada yg best..first time tengok drama turki style lama..

      Delete
  4. menarik ulasan nohas teruja nk tonton tapi biasala maleh

    ReplyDelete
  5. macam best.. tapi tu la.. malas nk tengok series ratusan episod nih.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ni oklah, tak boring..itulah ratusan episod, tengok slow2..

      Delete
  6. Tak dapat bayangkan jenis jenis pembunuhan kejam tu. Terselit watak yang tenang yang kita boleh relate dengan kehidupan kita. Tak pernah lagi tengok drama Turki. mungkin boleh layan jugak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamba je bunuh2 orang..hehe..watak Cadi Giyaseddin tu mmg sgt menenangkan..sentiasa ajak ingatkan Allah..

      Delete
  7. Boleh tengok pakaian dan latar zaman akhir Empayar Uthmaniyah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..suka tengok pakaian mereka dan jg suasana di kota Istanbul zaman dulu2..

      Delete
  8. sekarang ni tengok drama-drama luar lebih seronok dari menonton drama terbitan tempatan. bosan dah dgn kisah yg sama... rebut harta... rebut lelaki... rebut perempuan... orang kaya... watak mak yang di gambarkan jahat... tak boleh nak beza mana yang baik dan mana yang buruk... tuis sikit, watak bapak pula yang memilih... pusing sikit lagi, nenek pulak yang berperangai setan... gitu jelah.... pusing2 tema yang sama... cuma lain tajuk je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar sekali..saya jarang layan drama Melayu kt internet, cuma tengok sikit2 kt tv..drama2 luar esp Korean banyak genre, puashati tonton..

      Delete
  9. Nampak menarik ni Nohas. Tapi banyak betul episod nya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik drama ni..setting di akhir kurun 19..plot pun interesting..cuma kena tahan tgk org kena bunuh..

      Delete
  10. satu episode tu berapa minit?
    drama korea pon wak x penah tgk... 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu episod lbhkurang 45 minit
      sesekali layan lah drama, excitement dia lain drp tengok movie..

      Delete
  11. nak pilih cerita dlm neflix pun berminit2 ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..betul..saya trial & error je, kalau x best, remove from list..

      Delete
  12. Wah... drama Turki pun nohas layan.. selamat menonton, ye. :)

    ReplyDelete
  13. kena layan ni..da la peminat filem turki

    ReplyDelete
  14. Mcm best ni tgk sejarah empayar hebat di turki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama fiksyen cuma setting era zaman Ottoman empire..

      Delete
  15. baca review akak nie, macam menarik tapi bila tengok episod Sha surrender.. tak sanggup.. hahaha..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!