Wednesday 12 May 2021

Menjelang hari raya

Esok dah hari raya..

Bagaimana persiapan sahabat-sahabat semua? walaupun tak dapat balik kampung, hari raya tetap disambut seadanya...

#teamrayaKL

Pagi tadi, berkejaran pi beli ayam kat tempat proses ayam, di tepi jalan..kena ambik nombor, dapat no. 8..Alhamdulillah..

beratuq nak beli ayam

asap yang berkepul-kepul tu dari tempat orang bakar lemang

 sabar menanti

memproses ayam..

Alhamdulillah, ayam dah beli. Nak masak rendang. kita ke pasar pula, nak beli daun kunyit. Misi mencari daun kunyit. barang-barang lain kakak dah beli hari Ahad. 

Pergi pasar di mini UTC Bandar Baru Sentul. Tak ramai orang. Alhamdulillah..

beratur panjang tempat jual santan dan ayam

bahagian jual sayur

misi mencari daun kunyit adalah GAGAL. Semua habis!!

yang ada misi frontliner ni..huhu.

Rendang tanpa daun kunyit, ok kot..ke kena ada juga? 

Balik rumah, tengok ada pokok kunyit yang daunnya sedang2 saja lebarnya, jadilah, Alhamdulillah..

menumbuk kelapa untuk buat kerisik malam tadi

rendang ayam in the making

Rendang ayam makan bersama nasi impit..

26 comments:

  1. Meriah walaupun ada PKP..

    Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul...meriah shopping utk raya..

      Selamat hari raya, maaf zahir & batin..

      Delete
  2. Masih meriah persiapan raya. Jenuh juga tu beratur ramai orang. Yang penting rendang kena ada. Syukur ada juga daun kunyit. Laris betul daun kunyit pun. Ada orang tak letak daun kunyit. Kalau saya jenis suka letak daun kunyit :)

    Selamat Hari raya kak. Maaf jika ada salah dan silap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg membeli-belah utk persiapan hari raya..itulah kan..rendang mcm makanan wajib ada..laris betul daun kunyit time ni..hehe..letak daun kunyit bau wangi..

      samalah kita, selanat hari raya, maaf zahir & batin..

      Delete
  3. Juadah raya mesti ada rendang.
    Selamat menyambut 01 syawal

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tak lengkap raya kalau takde rendang..

      Selamat hari raya WP..

      Delete
  4. Nasib baik ada tanam daun kunyit.
    Haah sedap letak daun kunyit atau daun limau purut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..balik rumah baru perasan ada pokok kunyit kakak tanam..
      bau wangi rendang kalau bubuh daun kunyit..

      Delete
  5. Salam syawal... Meriah org sana sini cr bahan persiapan raya kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Syawal jg..itulah..kesana ke mari org cari bahan termasuklah teman..hehe..

      Delete
  6. Alhamdulillah buat jugaklah ketupat. Since raya kali ni takde budak-budak so buat rendang extra pedas. memang team raya kl dari dulu pun walaupun tak pkp. hehe. selamat hari raya kak nohas, maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. rendang & ketupat mcm hidangan wajib ada time raya..wahh..extra pedas..sedap tu..oo..mmg orang kl..

      Selamat hari raya, Sal..maaf zahir & batin..

      Delete
  7. Alhamdulillah . Persiapan macam biasa . Ala kadar sahaja untuk tahun ni

    ReplyDelete
  8. RENDANG TANPA DAUN KUNYIT DAP JUA SALAM AIDILFITRI NOHAS N FAMILI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Kak PI..

      Alhamdulillah, ada daun kunyit tanam kt rumah..

      Delete
  9. Tengok rendang akak tu tiba-tiba jadi teringan nak makan kalio ayam.
    Nasib baik ada juga daun kunyit kan rumah kan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..nak jg bubuh daun kunyit, Alhamdulillah, ada ditanam..

      Delete
  10. walaupun rumah sy n nenek 10 min je jarak.. tapi di daerah berbeza. kalut beli brg2 dua hari sbelum raya sebab baru tahu kata xleh rentas daerah. haaaa banyakla brg2 da habis. redha jela hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila last minit, barang byk dah out-of-stock..tapi best, terasa meriah nk sambut raya..hehe..

      Delete
  11. Mana-mana nak beli kena beratur. Dah belajar tahun ni, santan kena beli awal-awal, simpan freezer. Daun kunyit pulak, kena tanam pokok kunyit, supaya senang nak guna. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kena beratur sokmo..samalah kita, santan dah beli awal2, hot item time nak raya..

      Delete
  12. Dh tak boleh beraya, kena pantang pulak. Boleh tgk org makan jelah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kesiannya..takpe lepas pantang, boleh makan..

      Delete
  13. Jenuh beratur ye kak.. Namun raya tetap diraikan walau dalam PKP..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..dimana-mana kena beratur..raya tetap raya..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!