Sunday 4 July 2021

Drama China : My Dear Guardian (2021)

Nihao.. 

Rasa boring time lockdown ni? 

Jom tengok drama My Dear Guardian dari tanah besar China. Drama ni sangatlah best. Genre military-medical, action, slow-burn romance, workplace drama, crime. Secukup rasa drama ni. 

Drama ni best sebab tak terlampau fokus pada kisah percintaan tetapi lebih menonjolkan profession tentera dan doktor. Banyak life lesson yang boleh dipelajari dalam drama ni dan banyak dialog yang memberi motivasi, emotional support dan untuk kita lebih memahami kerjaya seorang askar dan doktor yang berkhidmat untuk negara dan masyarakat.

 Drama 40 episod - menonton di iQiyi atau WeTV
di dramacool dah complete subbed 40 episod

Drama ni lebih kurang macam kdrama Descendant of the Sun, tapi lagi intense plot ceritanya...lagi best dari DOTS. Dah lama tak tengok drama military-medical yang menarik, penuh aksi..

Sinopsis 

Drama mengisahkan hero, Liang Mu Ze (LMZ), kapten Special Forces (Team Thunder), yang bersikap dingin dengan perempuan apabila ketua dia, Kapten Liu Long mati ditembak semasa menyelamatkan dia dalam satu operasi tentera 8 tahun yang lalu. Sejak peristiwa tu, dia hanya menumpukan perhatian kepada kerjaya dan berlatih keras untuk jadi askar professional. Dia juga sentiasa mengambil berat kebajikan isteri dan anak Kapten Liu Long. 


Heroin, Dr Xia Chu (XC) ialah seorang doktor resident di hospital tentera. Hero dan heroin bertemu pertama kali semasa berkursus di luar negara, di satu tempat eksotik bernama Iasia. Disebabkan satu insiden, mereka bertengkar di sebuah gerai jalanan. Kemudian bertemu kali kedua semasa kes tahanan di hospital tempat XC berkursus. LMZ sertai operasi menyelamat.

Semasa menyelamat tahanan, XC telah menyebabkan Leftenan Tian Yong cedera parah. LMZ sangat marah dan mereka bertengkar. Apabila balik ke China, ibu mereka berpakat untuk menjodohkan mereka berdua. Ibu LMZ suruh XC sewa bilik di apartment LMZ sebab LMZ selalu tiada dirumah sebab tinggal di base askar. 

XC tak tahu yang itu ialah apartment LMZ. Bermulalah episod 'push & pull' diantara mereka berdua. LMZ jadi lembut hati bila XC setuju rawat anak Kapten Liu Long, Xiao Jun di rumah sebab Xiao Jun tak mahu pergi hospital. Jenis yang keras kepala, lepas tu jealous kat XC sebab kawan dengan LMZ. LMZ anggap Xia Jun sebagai anak dia tapi Xiao Jun nak LMZ kahwin dengan mak dia.

LMZ juga terpaksa minta XC jadi 'fake girlfriend' dia sebab tak nak mak dia hantar gambar2 perempuan kat base askar dan arrange blind date. LMZ juga minta tolong XC jaga sepupu perempuan dia, Shao Xue yang ada penyakit ADHD (Attention Deficit/Hyperactive Disorder). Shao Xue sangatlah annoying wataknya..tapi ada cerita sedih disebaliknya..

Shuo Xue & Tian Yong

Zhuo Ran (ZR), bekas kekasih XC muncul kembali dan mengejar XC. ZR sebenarnya penjahat yang bekerja dengan Old Master, ketua kartel dadah T4. Sejak umur 18 tahun, Zhuo Ran terpaksa ikut telunjuk Old Master sebab Old Master ugut dan tahan ibu dia yang ada penyakit jantung. 

Zhuo Ran juga sedang menyiasat tentang kematian bapa dan saudara kembar dia. Old Master cakap tentera China yang tembak bapa dan kembar dia. Dia berdendam dengan LMZ sebab dia nampak gambar LMZ dalam suratkhabar dalam operasi tentera tu.

Zhuo Ran & Mi Gu

Misi kali ni Old Master suruh ZR dekati XC untuk dapatkan research paper bapa XC, seorang pensyarah dan penyelidik di sebuah universiti. Apabila tak dapat dekati XC, ZR pura-pura jatuh cinta dengan kawan baik XC iaitu Mi Gu, seorang wartawan. Mi Gu ni head over heal, jatuh cinta pandang pertama dengan ZR, sanggup buat apa saja arahan ZR...hishh..geramnya..

 Dr Zhang, Dr Xia Chu

Menarik juga kisah percintaan ketua Jabatan Cardiologi, Dr Zhang dengan Meng Zhen (balu Kapten Liu Long/ibu tunggal), biasalah kan, ibubapa tak setuju bila anak bujang nak kahwin dengan ibu tunggal. Kisah sedih percintaan Leftenan Tian Yong dengan Shuo Xue.

doktor-doktor bermesyuarat untuk tetapkan penerima organ daripada Tian Yong
rasa pelik juga tengok doktor pakai uniform askar
doktor-doktor di hospital tentera semua pakai uniform askar

Drama penuh aksi militari dan polis, dengan peralatan militari yang canggih dan juga hospital scenes. Enjoy millitary mission oleh tentera China..

1x tentera China & foreigner menyelamat mangsa tahanan di Iasia. 
2x latihan tentera China & foreigner
1x latihan tentera China secara besar-besaran
1x operasi menyelamat mangsa banjir
3x tentera China menggempur kartel dadah (1x flashback)
1x tentera asing menggempur kartel dadah dan 1x menyelamat tahanan
1x operasi menyelamat tahanan oleh tentera China
2x adegan kejar-mengejar dengan speed boat di lautan 
 
Adegan sedih - 
- semasa polis Liu Ran terbaring di ICU sebab cedera parah terkena letupan bom dan wife dia bagi handphone suruh dengar tangisan anak dia yang baru lahir
 
- semasa doktor-doktor bid farewell kepada Dr Zhang dengan baca 'Hippocratic Oath'. Dr Zhang terpaksa berhenti jadi pakar bedah sebab dapat Hepatitis B semasa operation 
 
- semasa Tian Yong hampir mati kena belasah oleh kartel dadah, dia teringat upacara angkat sumpah askar..'don't betray the millitary'
 
- semasa semua askar, polis dan doktor berbaris memberi penghormatan terakhir kepada Tian Yong yang disurung masuk ke bilik bedah untuk pembedahan 'organ donor' untuk diberi kepada ibu Zhuo Ran


Bagi saya, memang bestlah drama ni..highly recommended untuk tontonan..

28 comments:

  1. Replies
    1. kategori handsome jugalah..mmg sesuai dgn watak askar..

      Delete
  2. rasanya macam pernah tengok hero dia berlakon tapi tak ingat drama apa. nampak menarik juga jalan cerita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka drama ni..secukup rasa..hero tu berlakon drama Designer Love dgn Dilraba..

      Delete
  3. Tengah tengokkkk!
    Terpengaruhhh baca review sebab cakap ala ala dots hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat menonton...menarik lg plot drama ni..hehe..

      Delete
  4. Baca sinopsis padat ceritanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik plot ceritanya...banyak military acion..

      Delete
  5. Selamat menonton dan moga bermanfaat.

    ReplyDelete
  6. menarik ulasan nohas cerita yg banyak kait mengait

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kak drama ni..suka drama genre mcm ni..

      Delete
  7. sesekali layan nih ..bes juga....

    kdg2 tak sempat nk hbs.. WFH nih.. PKP/24/7/.. tak tentu masa....huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. best layan drama ni..

      bila WFH ni mmg tak tentu masa kerja..kekdg malam2 pun kena kerja jg..hehe..

      Delete
  8. Descendant of the Sun pun saya tak sempat tengok lagi kak. Hihi... Siapa layan Descendant of the Sun mesti layan gak drama ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Descendant of the Sun tu kalau tgk sekrg rasa sedih je sbb hero-heroin dah bercerai...huhu..masa tengok dulu, sweet je depa berdua..

      ha'ah sapa yg layan DOTS, kena tengok drama ni..hehe..genre sama..

      Delete
  9. Okay lepas ni tahu dah nak tengok citer apa ngeh! ngeh! ngeh! sekarang sedang layan Born Again di Iqiyi. Rajin gak my dear guardian ni lalu lalang kat screen tapi tak klik lagi.

    ReplyDelete
  10. banyaknyaaa drama kena tgk nih ^_^

    ReplyDelete
  11. Banyaknya episod huhu.. rajin akak tgk semua ya. Drama military kadang2 best jugak layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. plot cerita best tu yg habis layan semua episod..hehe..suka tengok peralatan askar..

      Delete
  12. Rajin nohas melayan drama china. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita best layan sampai habis..hehe..

      Delete
  13. Sha ada tertengok first episod dekat iQiyi tapi tak sanggup nak teruskan.. hahaha.. Panjang sangat episodnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 40ep..tapi plot cerita best, tu yg bertahan jg tengok..hehe..

      Delete
  14. .tentu best.ni, ulasan teliti..dan dah layan berepisod2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sbb genre military-medical...byk general knowledge..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!