Wednesday 7 July 2021

Edisi Kenangan: 1901

Assalamualaikum..

Kembali bersiaran dengan edisi kenangan sebelum berpindah ke pejabat baru.

Memandangkan keadaan sekarang ni, tak tahulah bila boleh masuk pejabat semula. Entah2 masuk pejabat untuk kemas barang je, kemudian terus masuk pejabat baru..hehe..

Edisi kenangan kali ni ialah outlet fastfood 1901 di Wisma FGV, Jalan Raja Laut. Outlet jual sosej, juga dipanggil 'hotdog'. Ada ke yang pernah beli? Pernah makan hotdog jenama ni?

Dulu femes fast food ni, lepas tu senyap, sekarang muncul semula..sejak tahun lepas..syarikat Bumiputra..

di sudut bangunan
photo ni diambil pada bulan Mac 2021
harap-harap masih wujud lagi
 
tempat membeli
 
macam-macam jenis - harga RM7.00  & RM8.00
 
coney hotdog

Sedap juga, tapi biasalah tak kejap perut makan ni berbanding makan nasi. Buat minum petang bolehlah kan..atau yang nak makan something yang ringan..

Kalau ikut perancangannya, September nanti dah boleh ucap selamat tinggal kat kawasan ni, InshaaAllah..ooo..dah tak lama lagi..sayonara..

46 comments:

  1. rasa-rasa macam pernah tengok dulu-dulu
    tapi susah nak jumpa 1901 nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 ada byk outlet ni di shopping complex
      baru aktif semula..

      Delete
  2. Lama dah tak nampak outlet 1901 ni... dulu-dulu suka gak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..mcm dah tk nmpk..baru muncul semula..

      Delete
  3. Tak pernah jumpa yang ni kak. betul tu, kalau makan ni kenyangnya kejap je. Semoga dipermudahkan urusan pindah office nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..jarang jumpa outlet ni...amiin..sekrg ni masih WFH..

      Delete
  4. Rasa pernah nampak di Ampang Point dahulu.
    Akan dikenang apabila pindah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu ada banyak jg outlet ni..sekrg ni baru aktif balik rasanya..
      jadi kenangan nanti..hehe..

      Delete
  5. Lama dah xde kan hotdog ni..
    Tapi x pernah sekali pun cuba...

    Wah x lama lagi nak pindah opis baru ye..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru muncul semula..hehe..itulah tak lama lg nak pindah, dah sebulan lebih tak masuk ofis..huhu..

      Delete
  6. Betul tu, makan ni kenyangnya kejapp aje, buat alas perut gitu gitu je hehehe.
    Wah tak lama dah nak pindah office baru! Semoga dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..buat snek petang2, mlm2..bolehlah kan..
      aminn..harap2 dapatlah masuk ofis dlm masa terdekat ni..

      Delete
  7. semoga dipermudahkan
    pindah ke mana pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..di Jalan Sultan Ismail jg tapi ke atas sikit...dkt Jln Raja Chulan pula..

      Delete
  8. Aduh, jadi lapar pulak lihat entri ini. Hehe

    ReplyDelete
  9. musim la ni outlet banyak tutp kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk bisnes terpaksa gulung tikar...penangan covid-19..

      Delete
  10. lama x mkn 1901... dlu pernah ada kt kuching skrg ni dh lama dh xde.. dh tutup

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama jg takde..sekrg baru muncul semula..

      Delete
  11. Tak pernah mkn 1901 ni huhu mungkin dikenali di kl saja kot. Sbb tak pernah tahu dan dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu byk outletnya..lepas tu mcm takde, sekrg muncul semula..

      Delete
    2. Patutlah tak pernah nampak outletnya

      Delete
    3. Sekrg pun x byk outletnya..

      Delete
  12. Tahu brand ni tapi tak pernah makan sebab kurang suka hotdog. Semoga dipermudahkn urusan pindah opis

    ReplyDelete
  13. wahh menarik tuu...tetiba rasa lapar pulak nak makan sausage gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..sesekali makan cenggini ok jg..

      Delete
  14. Kalau remaja,anak2 memang suka sgt kalau dpt benda ni

    ReplyDelete
  15. sbg in-between meal buleh la... jika utk kenyang mungkin tidak la mkn hotdog. Selamat berpindah ke ofis baharu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..tak kenyang makan hotdog..tq AK..

      Delete
  16. lama tk mkn sbb dlu2 ada outlet terdekat....slalu beli time 19hb sbb murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru ada semula sejak tahun lepas...oo..ada offer time 19hb, baru tahu..hehe..

      Delete
  17. Tak lama dah tu September.
    Selamat masuk ofis baru Nohas.

    1901..rasa macam tak pernah makan situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..tak lama lg..tak tau bila boleh masuk pejabat semula..

      Delete
  18. 12 tahun lepas, selalu makan 1901 sebab sosej super besar. Tahun ni pi makan tapi saiz sosej dah jadi normal macam sosej biasa. Kecewa pulak sebab excited nak belanja suami yang tak pernah makan 1901..sebelum tu sibuk dok canang sosej besar apa la..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 pernah makan sekali je 1901 ni..oo..mungkin kos dah naik, depa guna sosej biasa je kot..takpe, dah tercapai niat nak belanja..

      Delete
  19. tak pernah dengar pulak 1901 ni. tapi hotdog style tu pernah makan dkt A&W. Sedap juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat A&W femes coney dog ni..1901 dulu2 femes, lepas tu senyap, sekrg muncul balik..

      Delete
  20. September akan muncul tak lama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..pkp ni WFH..ntah bila nak masuk ofis semula..tak lama lg dah nak pindah..

      Delete
  21. Ooo.. nak berpindah ke pejabat baru. Pernah beli 1901 dulu, Kat Aeon Ipoh Kinta City. Lepas tu, dah tutup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tak lama lg nak pindah..inshaaAllah..dah lama takde 1901, baru ada semula tahun lepas..

      Delete
  22. Biasa makan,moga maju jaya businessnya.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!