Tuesday 6 July 2021

Khemah dibelakang rumah...#PKPD

Assalamualaikum..harap baik-baik semuanya.. 

Kawasan rumah saya termasuk dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula hari Sabtu 03.07.21...huhu..

Daripada pukul 12 tengah malam sampai 2 pagi hari Jumaat lepas, dengar macam-macam bunyi kat luar rumah..bunyi orang bersembang, bunyi orang bertukang..rupanya..blok den dah kena kepung...

khemah pos kawalan di belakang rumah
tali kuning 'do not cross' dipasang sekeliling blok
ada polis jaga di jalan masuk
 
pagi Ahad..masa den nak pi pasar
parking kereta dibelah sana tali kuning
tibai je..ambik kereta terus blah pi pasar
 
semalam dah ada pos kawalan polis ni
 
SOP kawasan PKPD
 
- cuma seorang saja wakil rumah yang dibenarkan keluar membeli barang keperluan di kawasan kedai berhampiran dan tempoh masa pergerakan yang dibenarkan ialah satu jam sahaja
- wakil rumah kena mendaftar diri di pos kawalan sebelum keluar dari kawasan PKPD
- dibenarkan keluar sekali sahaja dari pukul 10 pagi hingga 2 petang
- khidmat e-hailing dan penghantaran makanan dibenarkan
- semua jenis bantuan bekalan makanan hendaklah diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
- yang nak pi appointment doktor & vaksinasi, kena tunjuk dokumen, kad appointment, sms, laman sesawang atau apa-apa bukti kepada petugas di pondok kawalan polis..

Setiap hari ada je pengumuman dibuat. Hari ni pengumuman untuk swab test bagi mereka yang ada kontak rapat dengan kes positif covid-19. Saringan swab test dibuat di blok sebelah.

Bertabahlah sampai 16.07.2021..

#dudukrumah  #kitajagakita 

40 comments:

  1. Aduh macam bawah mikroskop sahaja.
    Bertabah!

    ReplyDelete
  2. Keluar sejam je? Adeh..yang tu macam tak cukup masa. Perjalanan pun dan amik masa.

    Semoga dipermudahkan Allah urusan Nohas dan tetangga lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..sejam je yg dibenarkan..kedai2 & pasar dekat dgn rumah je..tapi tulah, sekrg ni semua kena beratur..kalau tak sempat, hari2 kena keluar nampaknya..hehe..

      Delete
  3. Bertabahlah, nohas. Semoga segala urusan dipermudahkan. Jaga diri dan keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Nur..harap2 semuanya will be ok after 16/7

      Delete
  4. Sejam je boleh keluar...erm...pi kedai aceh la kot yang paling dekat...semoga dipermudahkan ye...semua yang diornag ni buat adalah untuk kebaikkan kita semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai & pasar dekat je dgn rumah...betul, kena ikut arahan..untuk kebaikan bersama..

      Delete
  5. Take care nohas..moga xlama PKPD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Shida...harapnya begitulah..baru tau ada 17 kes kt blok ni..huhu..

      Delete
  6. Tak pernah terfikir sehingga begini dibuatnya.. Entahlah, pasal covid-19 ni saya 50-50 ada benar dan batil. wallahuaklam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. covid-19 is real..ada 17 kes kt blok ni..patutlah kena pkpd..

      Delete
  7. Sejamm je boleh keluar? Memang rushinggg lah orang nanti hmm. Apa apa pun semoga dipermudahkan segala urusan! :)
    Stay safe and take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..sejam je, sib baik kedai & pasar dekat je...kalau lebih, kena denda kot..ntahlah..hari tu, pakai cabut je gi pasar, tak lapor diri pun..

      harap semuanya ok..

      Delete
  8. Sejam tak cukup tu. Syukur juga ada urusan yang dibenarkan untuk keluar. Semoga semuanya baik baik disana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan..sana-sini kena beratur, mmg x cukup sejam tu..Alhamdulillah, diberi kelonggaran..

      Delete
  9. Sejam je? berapa jarak rumah dgn pasar? Tak cukup rasanya masa tu. Beli online jelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasar & kedai dekat je...tapi sekrg ni semua kena beratur, mmg x cukup sejam tu..

      Delete
  10. Take care kak. Kat rumah mak kita pun kes makin menaik. Kluster tempat kerja..balik rumah jangkit kat anak bini n jiran. Tapi ada yg kena kurantin kat rumah selamba rock guna lift pegi kedai dan merayau2..MC setiap minit sanitize lift...tapi bila ada yg degil ni payah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..ada 17 kes kat blok ni, sbb tu kena pkpd..susahkan mereka yg degil ni..

      Delete
  11. berhati hati jaga diri nohas kes kobid naik saja xreti turun

    ReplyDelete
  12. bertabahla kan pkpd ni...kes makin naik huhu..smoga kita smua dilindungi

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 tak berpanjangan pkpd ni..kes kt Lembah Klang yg tak mau turun2..

      Delete
  13. Jaga diri baik-baik and stay safe, kak. Moga Allah sentiasa melindungi akak dan keluarga.

    ReplyDelete
  14. Tak pernah lg kawasan kena pkpd huhu.. semoga semuanya dilindungi dan selamat. Aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..byk kes kat blok akk ni..huhu..

      Delete
  15. Oh, mula-mula baca tajuk ingat buat khemah kat belakang rumah sebab dah lama tak feel camping. Rupanya silap da :D

    ReplyDelete
  16. huuu, apartment saya ni pon 2 minggu lepas sampai ada dua kes sekaligus, tak pasti la diorang kenalan atau apa. takut jugak, tapi kadang tu bila terpaksa, kena jugak keluar. kita buat terbaik laksanakan SOP, lepas tu berserah

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tahu tadi yg level akk ni 4 buah rumah ada pelekat notis kuarantin..huhu..ada terima barang2 kering..tapi kena keluar jg beli barang2 lain..itulah, ikut SOP & tawakkal..

      Delete
  17. Bertabahlah. Moga akan berakhir dengan yang baik-baik sahaja. Kami dah rasa macamana suasana PKPD. Sabar banyak-banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga Jumaat ni berakhirlah PKPD ni..seram jg bila dgr pengumuman pagi tadi yang kes meningkat di kawasan saya ni..bila keluar rumah pagi tadi, tengok 4 buah rumah ada notis kuarantin kt tkt saya ni..huhu..

      Delete
  18. Dera bila PKPD ini.. Sejam je ye dia bagi keluar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut announcement tu sejam je..masa keluar haritu, masa nak pulangkan kad tu, polis dah siap pegang IC, tgh tunggu..sbb dah lebih satu jam..huhu...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!