Wednesday 21 July 2021

Tamatnya PKPD pada detik 12 malam

Allahu Akbar, Allahu Akbar..walillahilhamd..

Syukur kepada Allah swt kerana dapat menyambut Hari Raya Aidil Adha tanpa dikurung..tanpa kawat bergulung lagi berduri..PKPD dah tamat..

Disebabkan kes-kes sebegini ialah kes terpencil dan pemandangan sebegini juga amat jarang kita nampak (minta dijauhkan/tiada lagi), so nak abadikan disini momen-momen detik 12 malam hari Jumaat lepas..16.07.2021.

#gambar dan video daripada whatsapp group penduduk.

khemah askar yang pertama lenyap
berdisplin betul askar ni
 
tiga khemah putih masih tegak berdiri
 
khemah pos pengawal di jalan masuk sedang dirungkai
 
abam-abam askar sedang menggulung kawat berduri
terima kasih frontliners, menjaga kami selama 2 minggu

Untuk meraikan tamatnya PKPD, adalah juga yang bakaq mercun dan bunga api, ada yang menjerit, yang berteriak...biaq pi lah kat depa, depa stress tu, dah 2 minggu berkurung...rasa lega sesangat..
 
Tapi suasana taklah semeriah macam kat Mentari Court di PJ sana, yang tu meriah betul, ramai penduduk, dekat nak 8,000 orang, gegak-gempita bersorakan, seperti host tu cakap, suasana macam kat Itali, selepas menang Euro Cup..
 
video kenangan tamatnya PKPD
 
Semoga PKPD tidak berulang lagi di sini atau di mana-mana saja, semoga negeri kita bergerak ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara..semoga kita dapat hidup seperti dulu, bebas ke sana ke sini..
 
#staysafe   #patuhSOP

36 comments:

  1. Alhamdulillah dah habis fasa PKPD. Sedikit bebas sikit tanpa kawat duri. Seremban pun esok dah bebas PKPD juga. Terbaik semuanya jalankan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..bebas sikit nak keluar, takyah nak lapor diri...ooo..Seremban jg PKPD..terbaik mereka jalankan tugas selama 2 minggu..

      Delete
  2. Alhamdulillah.. Semoga selepas ini semuanya baik-baik sahaja. Janganlah ada lagi pagar-memagar macam tu lagi. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga episod ini tak berulang kembali...letih tgk pagar berduri..

      Delete
  3. Alhamdulillah finally bebas jugak daripada pkpd. Memang seronok sebab tak dikelilingi kawat duri. Semoga lepas lepas ni dah tak ada pkpd dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..bebas dah nak keluar bila2 masa..harapannya begitulah, tiada lagi selepas ini..

      Delete
  4. Lega sudah lepas dan harap tidak berlaku lagi.

    ReplyDelete
  5. Pun begitu patuhi SOP. Berakhirnya PKPD bukan berakhirnya covid... Sekarang dah menular varian Delta pulak... lagi ganas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kena jaga SOP..covid masih mengganas..

      Delete
  6. Alhamdulillah dah bebas dari pandangan berduri, bagai medan peperangan, berbagai kaedah untuk berjuang, moga sejahtera kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..moga tidak berulang kembali..

      Delete
  7. Alhamdulillah lega terlepas kurungan yg rasa tentu tau siksanya

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah selesai jugak kan...
    semoga cepatla kita pulih dr covid ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dikurung selama 2 minggu..
      itulah..nampak mcm tak reda, semakin naik..huhu..

      Delete
  9. Jgn la pulak kes mencanak naik lagi lps tamat perintah berkurung ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 semua penduduk jg SOP..jaga sesama sendiri..

      Delete
  10. Alhamdulillah moga semua rakyat cepat dapat vaksinnya & diangkat wabak bahaya ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga cepat 80% rakyat dapat vaksin..ada pulak kes picagari kosong lah, yg cucuk air lah...

      Delete
  11. syukurlah PKPD sudah tamat. Seksa tul bila dikurung.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Leganya dah habis. Semoga tak berulang lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..harapan begitulah..semoga semua penduduk jaga diri & keluarga..

      Delete
  13. syukur..da semakin bebas, semakin pulih

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur sangat, dah boleh keluar bila2 masa..

      Delete
  14. alhamdulillah syukur.
    selamat memasuki PPN Fasa 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..nampaknya lama lagilah kita di fasa 1, tak nampak gaya nak ke fasa 2..huhu..

      Delete
  15. lega kan..satu kebebasan yg dirasakan..

    ReplyDelete
  16. Fuiyo.. macam sambut raya. Tumpang gembira, PKPD berakhir. Semoga keadaan negara kita semakin baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..semua rasa gembira & lega..amiin, semoga bertambah baik..

      Delete
  17. Alhamdulillah.. Akhirnya tamat..

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah semoga terus jaga diri. Kes di selangor makin menjadi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..itulah kes masih ribu2 di KL & Selangor..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!