Tuesday 13 July 2021

Update kisah PKPD

Sambung entry Khemah dibelakang rumah...#PKPD..

PKPD mula hari Sabtu 03.07.21. Pagi Ahad dah langgar peraturan. Tetiba malamnya depa bubuh kawad besi di bawah tali kuning tu. Ramai yang bolos kot..termasuklah saya..haha..ambek ko..

kawad besi dibawah tali kuning
 
satu lagi khemah, untuk proses bantuan makanan
 
Dah seminggu terperuk dalam rumah, pagi Ahad baru ni, keluar nak beli barang. Baru tahu yang setingkat dengan rumah saya, 4 buah rumah yang ada tampal notis kuarantin, OMG..
kat ground floor ada 1 buah...
 
Kali ni ikut peraturan, pergi ke pos kawalan untuk lapor diri nak keluar kawasan.
 
lapor diri di sini
 
Kena tinggal kad pengenalan, depa bagi kad keluar masuk
 

 tengok petugas sibuk mengurus bantuan
 
 
 
Petang hari Ahad, dapat sekotak barang, depa letak tepi pintu
haritu ada orang ambik nama mak saya, ni termasuk dalam
kategori warga emas..Alhamdulillah..
 
beras & mi segera pun dapat..Alhamdulillah..
 
Semalam hari Isnin..ada pengumuman suruh semua penduduk buat swab test di blok sebelah..
bagi masa 1 jam je, maka beramai-ramai lah turun..
tetiba tak jadi, sebab ramai sangat belum habis test
 
pos kawalan di jalan masuk

bekalan barangan basah..ayam & ikan
tak jadi buat swab test, lapor diri kat sini, dapat seekor ayam
segan den, mak saya lah, nak juga pi ambik..haha..
tapi pakai mask takde lah segan sangat..hihi..

nampak dalam whatsapp group, kawasan rumah masuk rancangan MHI, ada lintas langsung..
harap berakhirlah PKPD ni seperti dijadualkan hari Jumaat ni..

#staysafe  #kitajagakita

38 comments:

  1. Laaaaa awak dok sini ke? Hehehe.. Ni klu bole g sek slalu je lalu situ htr uyum heeh. Sek uyum dkt ngan UTC tu je hehe.. Pape pun semoga yg baik2 aje ye kat area situ.. Ada gak join group kawasan tu kt fb.. Mcm2 dpt info, tu yg tau gak apa jd kat belah2 sana...

    Bebaik tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, dok BBSentul...UTC tu tempat bermain..tmpat belanja..hehe..

      ok, semoga baik2 je sampai habis pkpd & sampai covid berlalu pergi..

      Delete
  2. pkpd pun nampak sibut kat situ kan..kak kat serendah senyapsunyi je berkurung dlm rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sibuk dkt kwsan petugas...setiap hari ada je van penerangan buat pengumuman..siap ada lagu covid versi dangdut..hehe..

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan kamu dan semua penduduk di sana.

    ReplyDelete
  4. Ada juga pengalaman dalam PKPD. Harap segera terakhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini semua pengalaman..hihi..itulah..semoga tamat seperti dijadualkan..

      Delete
  5. Ketat sungguh PKPD kan.
    Mudah-mudahan segala usaha dapat hasil yang diharapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, ketat kawalan keluar masuk..
      amiin..semoga berhasil..

      Delete
  6. Strict betul untuk urusan keluar masuk. Harap semua sabar lah bila PKPD ni. Banyak dugaannya. Syukur ada juga berikan bantuan. Sikit hari lagi nak habis dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. pkpd mmg strict...bertabahlah, lagi sikit je lagi...harap2 takdelah extent..

      yang positive covid, depa bagi makanan masak..

      Delete
  7. Salam pkpd dari jiran sebelah ^_^
    Sampai berkawat duri rupanya area rumah nohas ni. Seb baik area kitorang takde apa2, boleh keluar masuk takde roadblock semua
    Semoga cecepat la berakhir semua ni, amin and take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..jiran sebelah??..Mawar, Melur, Rafflesia??..drpd photoshot dlm your blog, rasanya dok Melur..hihi..

      tq, ya semoga cepat berakhir covid ni..amiin..

      Delete
  8. Alhamdulillah cukup segala bantuan diberi ya..siap dapat ayam.
    Semoga dipermudahkan Allah urusan Nohas dan tetangga lain.

    ReplyDelete
  9. Hati2 nohas. jgn langgar peraturan yang di buat tu. Kita ni selagi tak kena selagi tu tak tahu bahayanya covid ni. Tp dari pengalaman sorang kawan sekerja dulu, yang kena covid dan di ceritakan pada saya baru-baru ni, sakitnya covid tu sukar di gambarkan. Covid mmg tiada ubatnya. Hanya semangat saja seseorang yang dijangkiti boleh melepasinya. Apabila sembuh, trauma pula menghantui kehidupan hari2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haritu je, keluar x lapor diri..sekrg ni dah ikut peraturan..hehe..tengok org kena covid ni merana sungguh terutama yg kena intubated..semoga kita semua dilindungi Allah..

      Delete
  10. Replies
    1. semoga kita semua tabah & sabar dgn ujian ni..

      Delete
  11. Mak mak memang macam tu hahaha, semua benda nak ambik >.<
    Apa apapunn, stay safe! Take care! Semoga dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..mak cakap orang lain pi ambik, kita pun meti ambik jg..haha..

      Thanks..

      Delete
  12. Extra care please! Semoga keadaan bertambah pulih. in shaa Allah, amiinnn
    Berat masa SS yang tengok gambar2 ni, berat lagi bahu korang yang menghadapinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..
      mostly duduk rumah je, time pkpd ni 2 kali je keluar, sebab leceh nak tinggal kad pengenalan..

      Delete
  13. Alhamdulillah ada bantuan makanan semua ye, moga frontliners dan semua penduduk dilindungi Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dapat bantuan barangan kering...amiin..

      Delete
  14. Semoga PKPD tamat dengan segera. Semoga nohas dan family selamat. Alhamdulillah, dapat bantuan makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..Ya Rabbalalamin..Alhamdulillah, 2x dapat bantuan...

      Delete
  15. Kt kampung akak ni sunyi sepi sbb ramai yg kena angkut oleh ambulan..yg tak kena covid masing2 berkurung dlm rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yg kena ya..itulah, nak keluar pun takut sekarang ni..

      Delete
  16. Semoga semuanya baik-baik sahaja..

    ReplyDelete
  17. Tinggal ic tu takut penduduk lari kot kak? Samalah saya rumah ni dapat banyak bantuan sebab mak ayah warga emas. Malu pulak sebab rasa ada yang lebih layak dapat. Tapi dah diorang insist kita ambil jelah. Semoga PKPD ditamatkan segera

    ReplyDelete
    Replies
    1. time PKPD tak boleh gi mana2, pergi kedai je boleh, sebab tu kena tinggal IC..nak gi klinik/vaksin kena tunjuk bukti...time pkpd ni, ramai yg dapat bantuan..kalau time pkp, tak dapat..Alhamdulillah, dah tamat PKPD..

      Delete
  18. Sekarang macam mana keadaan di sana? Gerun juga tengok kes makin meningkat.

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah harap semoga dipermudahkan sehingga tamat. Memang payah nk keluar membeli dan buat aktiviti lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg payah nk keluar, kena daftar dulu..aktiviti lain mmg tk buat, duduk rumah je..Alhamdulillah, dah tamat..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!