Monday 8 November 2021

Korean Bento @ Dodo Korea

Cerita makan-makan..

Ada site inspection di the Intermark, Jalan Tun Razak. The Intermark ni mixed commercial development - ada Doubletree Hotel by Hilton, dua office bulding Integra Tower & Vista Tower dan shopping complex the Intermark Mall. Dulu-dulu namanya Empire Square. 

Intermark Mall by Pavilion REIT
 

Ronda-ronda mall nak cari lunch. Turun ke food court di Lower Concourse. Nampak outlet Dodo Korea ni. Teringin pulak nak makan korean food. Teringat rancangan Three Meals A Day: Doctors, sedap betul tengok depa makan bila Rosa (mak Jungwon) datang, depa masak japchae dan daging bulgogi..

Ada set lunch, style bento. Harga RM15. order yang ni..

pelbagai pilihan main dish - squid game pun ada
ambil daging bulgogi

Ingatkan sikit je, perghh..banyak betul isi kandung bento ni

Bento Korea - ada nasi, kuah sayur, japchae, tembikai, daging bulgogi
ditengah-tengah tu kimchi dan tauhu cili
kemudian ada pulak udang tempura, seaweed dan pajeon sayur

Jenuh nak makan. Makan nasi dulu, japchae & tempura makan asing

daging bulgogi, kimchi, tauhu cili
 
udang tempura & pajeon sayur
cannot go lah dengan sos mayo ni
rasa nak terkeluar balik..haha..
 
Alhamdulillah, kenyang betul..

34 comments:

  1. Foodcourtnya kemas cantik, padat bento, nampak sedap daging bulgogi tu, betul makan nasi dulu.. penting kenyang, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. foodcourt nya kecik je, ok lah..

      itulah byk nk dimakan..hehe..sedap bulgogi tu..

      Delete
  2. Memang berbaloi dengan harga. Murah.
    Hehe boleh cuba lain. Tapikan pertama kali dengar nama Dodo Korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi dgn harga..Dodo nama outlet ni kot..

      Delete
  3. nampak sedap semua makanan korea ni xpernah rasa lai

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nampak.. oooh sos mayo tu rasa dia pelik sangat ka 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sbb dah kenyang, tak lalu nk cicah sos mayo..rasa kembang tekak..hihi..

      Delete
  5. semalam ke ayer 8 putrajaya ja....merasa makan ala chinese....korea ja belum lagi lepas pkp ni

    ReplyDelete
  6. adudu sedapnyaaa..dah lama x makan korea nih

    ReplyDelete
  7. belum pernah makan makanan camni. sebab confirm kena pi ke bandar besar. hehe

    ReplyDelete
  8. Murah la kak...kat sini mau RM19.50 to RM22.50...tak tau la kenapa makanan kat putrajaya ni mahal bebenor...kalah Key Ell...

    ReplyDelete
  9. set bento macam tu okey la harga dia...reasonable...

    ReplyDelete
  10. lama tak ke Intermark. bolehla try nanti minus sos mayones tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..akk kurang gemar tempura mkn dgn sos mayo..

      Delete
  11. satu set lengkap. memang kenyangla makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenyang sungguh...jenuh jgk nak abiskan..hihi..

      Delete
  12. Banyaknya memang kenyang sokmo tu.

    ReplyDelete
  13. Harga dengan apa yang dia bagi tu memang puas hatilah tengok.. Tak pernah cuba lagi bento korea cam nie.. menarik nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, berbaloi dgn harga..akk pun first time jumpa bento korea..

      Delete
  14. Nasi campur versi korea dalam bento. Makanan Korea ni kalau rasa pelik memang tak tertelan jugak kak. huhu...

    ReplyDelete
  15. Banyaknya portion dan meriahhh

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!