Friday 30 September 2022

Day 3 : Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor..

Sambung kisah jalan-jalan di Kelantan. 

Masih lagi di hari ketiga, kali ni jalan-jalan ke daerah Tumpat, yang bersempadan dengan negara Thailand. Orang tempatan yang jadi pemandu pelancong, memang best le kan...kita dibawa jalan-jalan tengok sempadan Thai, kawasan Takbai yang bersebelahan Sungai Golok..

rumah-rumah orang Thai di hujung sana

Suspens gak lalu-lalang, nampak bangunan-bangunan tertutup, bengkel-bengkel papan, yang banyak disepanjang jalan, ditepi sungai. Suami kawan kakak cakap ni tempat simpan barang-barang seludup. Orang-orang yang nampak ditepi jalan, lain macam je pandang kami. Depa ingat kami nak intip depa kot...haisshh..tak sio teman..

Ok, sambung perjalanan ke kawasan bebas cukai. Kita masuk ikut belakang, ikut depan kompleks ICQ.

 parking kereta di sini, masuk ikut pintu di bangunan sana

  

keluar masuk ikut sini

 
Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor luas jugalah. Jalan-jalan tengok barang.
 
banyak jual pakaian, barang-barang permainan
 
beli tudung di kedai ni
 
Sampai di kedai Idaman Suri, borong coklat dan sudu garpu.
 
otw nak keluar
 
Dari sini, kembali ke Kota Bharu. Jalan-jalan naik kereta lihat-lihat pantai Sri Tujuh dan pantai Geting. Singgah makan mee celup di Kedai Makan Kak Za, rekomendasi dari orang tempatan. Segan nak snap gambo. 

Hari dah petang, depa berdua pun nak pi ambik anak sekolah. Kami balik hotel. Makan laksa penang yang dibeli pagi tadi.
 
laksa penang, RM4.00
kureng, kuahnya rasa pahit sikit sebab banyak belacan 
 
Malamnya keluar, cari makan. 
 
Makan di sini, Medan Selera Laman Siti Khadijah
 
makan di sini, Kiosk Kak Na
 
gerai depan
 
cucuk-cucuk

 order nasi putih telur bistik, maggi belut, nasi goreng USA. Air yang special, keladi jebok dan teh hijau jebok.
 
keladi jebok, melimpah ruah buihnya
sedap rasanya
 
keladi & teh hijau jebok

nasi putih & telur bistik
 
maggi belut, tapau bawa balik
teman tak makan, tak lalu, kakak makan tak habis
 
suasana pasar malam depan hotel
 
gerai yang jual nasi kerabu sedap (belah kiri)
nasi kerabu golok namanya


 Sekian aktiviti di hari ke3 di Kota Bharu.

40 comments:

  1. wah cantek dah ye kawasan pasar siti khadijah tu... food court pun nampak kemas dan bersih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus buat food court mcm ni...takyah masuk kwsn pasar..

      Delete
  2. org2 siam sblh sungai golok tu bangsa melayu jugak, tapi tu lahh., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ramai penduduk yg beragama Islam di Takbai..

      Delete
  3. pelancong ramai dtg kelate sbb nak merasa makanan n shopping je. tempat2 menarik ada tp x diusahakan. tu yg menyedihkan. kerajaan negeri x reti nak majukan sektor pelancongan. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..food-hunting & shopping yang best...oo..ada yg x diusahakan, moga ada sektor swasta yg buat pelaburan..

      Delete
  4. kalau kita p site visit n tangkap gambar area situ..rasa2 kena tarik masuk gudang tak??/

    ReplyDelete
    Replies
    1. highly likely...hehe...tak pun kena pukul...agaknya lah..

      Delete
  5. Kampung suami saya tu, Tumpat. :)

    ReplyDelete
  6. Memborong barang2 bebas cukai di golok ya nohas

    ReplyDelete
  7. seram jugak lalu kat golok tu ye. bilalah nak gi jalan2 ke kelantan ni. Lama giler tak pergi ke kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah kan, bila barang2 belah sana murah, byk le aktiviti penyeludupan...

      Delete
  8. Saya pergi tu hari. harga sama je seperti harga di luar . Bebas cukai apenye.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. adalah 2-3 barang yg murah sikit dari yg luar...sikit je kot barang yg bebas cukai, yg lain harga sama..

      Delete
  9. tempat paling digemari emak2. Jenuh menunggu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul...mula2 tu mcm takde nak beli apa2...haha..

      Delete
  10. Ingatkan Nohas lalu makan maggi belut tu..hehe

    ReplyDelete
  11. Laksa di Kelantan memang kureng sikit. Bukan bidang diorang kot. Wah saya pun tak sampai Tak Bai lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga...dtg kelantan, kena makan laksa lemak & laksam...

      Delete
  12. yuhuuu maggi belut tak pernah terbayang

    ReplyDelete
  13. dtg sini kena bw duit bykkk he hee sb mcm2 nanti nk beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 tu mcm takde nak beli apa...hehe..masuk idaman suri, giler tengok coklat..

      Delete
  14. keladi jebok ...bab air buih2 jebok gtu femes tehbeng madu ..jrg plak jmpa keladi..menarik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt kedai ni, ada mcm2 jenis jebok....boleh try..

      Delete
  15. Assalamualaikum... jemput join GA saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2022/10/giveaway-contengan-cuya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam....thank you jemput saya..

      Delete
  16. rindu pulak rasanya dengan KB ini...tahun 2019 permah pergi jalan-jalan ke sana

    ReplyDelete
  17. SA suka laksam, laksa lemak x pernah rasa lagi...rasa mcm nak pi kelantan.plak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksam dpt makan, laksa lemak tak nampak pula...pergi 2h 1m pun ok, khas JJCM..

      Delete
  18. Syok betul baca perkongsian akak nie.. Dengan gambar makanan yang pelbagai.. Shopping lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang Kelantan, mmg best makan-makan & shopping....hihi..

      Delete
  19. last time aida sempat singgah rantau panjang je. plan nya nak ke pengkalan kubo next visit ke kelate. hu hu hu covid19 plak singgah Malaya. lebih 2 tahun tak jejak kelate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Kelantan, byk tempat shopping 'duty free'...mmg best menyoping...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!