Friday 23 September 2022

Jalan-jalan ke Kota Bharu - Day 1

Assalamualaikum..

Hari Jumaat lepas, cuti sempena Hari Malaysia, kami terbang ke Kota Bharu, Kelantan. Cuti-cuti Malaysia selama 4 hari 3 malam.

Pertama kali naik kapal terbang sejak PKP tahun Mac 2020...huhu..flight petang pukul 5, dari KLIA2..

 
hai, lama tak bersua
 
tempat yang dirindui, tiberrr..

Sekarang ni semua DIY, cetak boarding pass dan luggage tag. Download app Air Asia dan scan kod QR di mesin khas yang ada banyak di sini. Kelam-kelibut juga, pertama kali guna. Dah settle cetak, beg drop pun kena buat sendiri.

sib baik ada petugas yang tunjuk ajar
 
 

gerak dulu, see you in KB
 
Dah settle bag-drop, jom masuk, first ambik gambo ni dulu..hehe..

 
lama tak tengok..kesiannya..haha..

Flight ke Kota Bharu lebih kurang 1jam. Cuaca ok, Alhamdulillah, mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
 
 
Dah ambik beg semua, nak ambik grab ke hotel. Tetiba, hotel pulak takde dalam senarai grab. Kena pulak cari teksi. dah dekat pukul 7, kaunter teksi dah tutup. Kena cari sendiri teksi kat luar. Alhamdulillah, ada satu teksi, charge RM30 ke hotel.
 
Kami book hotel KB Street Boutique Hotel di Jalan Parit Dalam, depan pasar Siti Khadijah. Kat tengah-tengah bandar KB.
 
KB Street Boutique Hotel, bersebelahan dengan Kamdar
 
rumah kedai dijadikan hotel, takde lif ya
 
pintu masuk, hotelnya di tingkat satu
 
Jom tengok suasana dalam hotel
 
common lounge, tempat makan, ada mesin coway, peti ais
kopi, teh, gula, pinggan mangkuk, sudu garpu, cawan2
pintu no. 104 tu ialah bilik hotel kami
 
Hotel ni cuma provide light breakfast - kuih muih je, teh kopi kena bancuh sendiri
bagus juga, boleh breakfast makanan tempatan di pasar

kuih-muih untuk breakfast
 
Jom tengok bilik hotel pula. 
 
Kami book city view suite, triple room thru Agoda. Total RM518.40, lebih kurang RM172.80 per night, hari cuti mahal sikit. Ada satu queen bed & single bed, besar juga, Selesa. Ada disediakan sejadah, al-quran, shower cream & shampoo.

gambar bilik sebelum check out

ada TV, hairdryer, meja & kerusi
Ada disediakan seterika di satu ruang dekat common lounge
 
pemandangan dari bilik hotel di waktu malam
ada pasar malam di Jalan Parit Dalam
tapi mcam sendu sikit, gerai tak banyak


Malamnya hujan turun dengan lebatnya. Alhamduiillah, kami ada bawa bekal dari rumah untuk makan malam. Bekal spagetti bolognese, nasi putih dan sambal tumis ikan bilis. 
 
view hotel di waktu malam
 
Tapi turun juga, tengok-tengok apa yang dijual di pasar malam. Beli kuih pau, sotong mesin dan buah potong. Ada juga jual lokcing, tapi tak beli. Sotong mesin disini, yang saiz kecik harga RM5.00, murah dari tempat lain...tapi masinnya Subhanallah..tapi bila dicicah dengan sos, enak rasanya...nampaknya tak boleh dimakan begitu saja..

Sekian untuk hari pertama di Kota Bharu..

30 comments:

  1. Rindunya KB. Paling rindu nak naik kapalterbang 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali naik kapalterbang lepas pkp...hehe..

      Delete
  2. syok tu cuti2 ke kelantan...selamat dtg ke kampung negeriku....lg best naik flight sbb tk lama perjalanan berbading travel naik kete

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok...naik flight sekejap je sampai...hihi..

      Delete
  3. Untung juga dapat hotel di dalam bandar...senang nak jalan-jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang nk ke pasar sebenarnya...hehe..sbb ahli rombongan semua kaki shopping barang makan..

      Delete
  4. wah lama x gi KB.... ok bole jadi panduan lepas ni hehehe

    ReplyDelete
  5. Senang hotel dekat bandar, dah tak perlu susah2 cari kedai makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, dekat pasar ada mcm2 makanan...rambang mata..

      Delete
  6. Nampak cantik dan selesa hotelnya. Breakfast no problem kan. Macam-macan ada di KB nu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde breakfast pun ok...boleh cuba local foods..

      Delete
  7. Lama tak ke KB. Dan lamaa tak naik flight 😄
    Hotel di tengah bandar, mahal sikit pun takpe. Mudah kita nak jalan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun pertama kali naik flight lepas pkp...yg utamanya dekat dgn pasar...hehe..

      Delete
  8. Replies
    1. best...tak puas..tak gi tempat2 makan viral...hehe..

      Delete
  9. eh eh nohas.....sama lah hotel yang kami dok dulu dan bilik yang sama. Aduhaiiiii mengimbau kenangan sungguh ni. Bilik tu best sebab depan pasar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ya ke..ha'ah, bilik tu best, boleh tengok view depan pasar..

      Delete
  10. Best betul la hari ni singgah sini dapat jenjalan Kota Bharu plak...

    ReplyDelete
  11. Best! Memang best pergi Kelantan. Kalau boleh saya hendak jelajah banyak tempat, nak merasa pelbagai makanannya.

    ReplyDelete
  12. mama terfikir gak nak naik flight ke kb boleh lah mama rujuk sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik flight sekejap je..boleh sewa kereta di KB..

      Delete
  13. Best juga hotelnya.. dekat dengan pasar siti khadijah.. Okay juga kalau naik flight ke KB..

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang nak shopping kt pasar...hehe...mudah naik flight, kalau nak jalan2 kena sewa kereta..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!